Tuesday, May 6, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM...22/4/2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

25) Makmum tidak sempat baca alFatihah kerana membaca doa iftitah.

Jika makmum masbuk itu mendapat waktu yang cukup untuk membaca alFatihah, tetapi ia sibukan dirinya membaca doa iftitah dan اعوذبالله, sedangkan ia yakin jika ia membaca doa iftitah ia tidak akan sempat menyempurnakan bacaan Fatihah, maka dia dianggap cuai, dan tidak diberi keuzuran تخلف (lewat) dengan tiga rukun. Bahkan ia dikira luput rakaat jika ia tidak sempat menyempurnakan bacaan Fatihah dan mendapat imam didalam rukuk, tetapi adakah batal solatnya?
Disana ada dua pendapat. Menurut pendapat yang lebih utama dari keduanya solatnya tidak batal, jika ia sempat mendapat imam didalam iktidal dan sebaliknya batal jika ia tidak sempat mendapat imam didalam iktidal.

26) Jika makmum masbuk itu sibukan dirinya membaca doa iftitah dan اعوذبالله dengan sangkaan yang kuat bahawa ia akan sempat menunaikan bacaan Fatihah sebelum imam rukuk maka hukumnya ada tiga pendapat.

Pertama hendaklah ia menyempurnakan bacaan Fatihahnya.

Kedua hendaklah ia terus sahaja rukuk mengikut imam dan gugurlah dirinya kewajipan membaca Fatihah. Pendapat ini dinaskan dalan kitab الاملاء.

Ketiga hendaklah ia membaca Fatihah sepanjang ia membaca doa iftitah dan اعوذبالله. Inilah pendapat yang اصح dan inilah pendapat abu zaid almarwazi dan inilah pendapat yang disohkan oleh القفال.

Mengikut pendapat yang ketiga ini jika bacaan doa iftitah dan اعوذبالله itu didapati lebih panjang dari Fatihah maka hendaklah ia membaca Fatihah itu semuanya, kerana ia dikira cuai atas perbuatannya tidak terus membaca Fatihah itu. Didalam شرح المهذب الامام النواوي menjelaskan masalah ini dengan lebih terperinci lagi.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

29) Makmum yang tidak terus membaca selepas takbiratul ihram.

Huraian :
Jika makmum masbuk itu mengangkat takbiratul ihram kemudian ia diam dan tidak berbuat apa-apa selepas takbiratul ihram, maka ia juga dikira cuai kerana ia dilarang mendengar bacaan yng lain dari imam sebagaimana ditegaskan oleh imam nawawi dalam kitab arRaudhah. Yang dimaksudkan larangan disini ialah larangan makruh. Ini bermakna makmum masbuk terus membaca Fatihah selepas takbiratul ihram dan tidak perlu mendengar bacaan imam.

30) Makmum masbuk diganggu was-was.

Huraian :
Jika makmum masbuk itu diganggu waswas dalam bacaan Fatihah dan sebelum ia menyempurnakan bacaannya dan imam pun rukuk, maka hendaklah ia menyempurnakan bacaan Fatihah. Hukumnya sama dengan hukum orang yang تخلف (lewat dari perbuatan imam) kerana sesuatu keuzuran. Ini menurut apa dinaqalkan oleh القمولي dalam kitab الجواهر dari imam nawawi.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

31) Makmum masbuk terlupa membaca alFatihah.

Huraian :
Jika makmum masbuk itu mengangkat takbiratul ihram kemudian ia tinggalkan bacaan Fatihaj kerana terlupa dan ia tidak sedar melainkan sesudah imam itu rukuk, maka hendaklah ia تخلف untuk menyempurnakan bacaan Fatihah dan takholufnya itu diberi keuzuran. Tetapi menurut pendapat yang lain ia tidak diberi keuzuran kerana ia dianggap cuai melupakan bacaan itu, dan atas pendapat ini jika ia tidak teringat bahawa ia meninggalkan bacaan Fatihah melainkan sesudah imam itu rukuk, maka ia tidak harus kembali berdiri untuk membaca Fatihah, bahkan hendaklah ia terus mengikut imam dan rakaat itu dikira luput baginya, dan kerana itu hendaklah ia tambah satu rakaat lagi selepas salam.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

32) Makmum melambat-lambatkan takbiratul ihram.

Huraian :
Jika makmum itu sempat mendapat imam pada awal rakaat dan sekiranya ia terus takbiratul ihram solat bersama imam tentulah ia dapat menyempurnakan bacaan Fatihah, tetapi ia melambat-lambatkan takbirarul ihram sehingga imam rukuk atau hampir-hampir rukuk, maka ia dikira cuai dalam mendapatkan fadhilat takbiratul ihram dan fadhilat membaca Fatihah bersama imam tetapi tidak dikira cuai dalam memdapatkan rakaat.

33) Imam rukuk selepas sahaja makmum bertakbiratul ihram.

Huraiam :
Jika makmum masbuk mengangkat takbiratul ihram tiba-tiba imam rukuk selepas takbiranya, maka ia tidak boleh lagi terus berdiri untuk membaca Fatihah, bahkan hendaklah ia turut rukuk mengikut imam kerana menurut imam itu wajib. Sedangkan membaca Fatihah dalam keadaan seperti itu tidak wajib dan tidak pula disunatkan.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

34) Makmum masbuk mendapat imam dalam rukuk.

Huraian :
Jika makmum masbuk mendapat imam di dalam rukuk lalu ia ikutnya dan sempat berthomakninah bersamanya dalam rukuk tiba-tiba imam itu berhadas ketika sujud, maka makmum masbuk itu dikira mendapat rakaat itu tanpa sebarang khilaf lagi kerana dia telah mendapat rukuk yang dikira diperolehi oleh imam. Bahkan makmum juga dikira mendapat rakaat itu sekiranya imam berhadas dalam rukuk dengan syarat makmum sempat berthomakninah dengannya di dalam rukuk itu, kerana rukuk itu dikira diperolehi oleh imam.

35) Imam mendahului makmum membaca surah.

Huraian :
Jika imam mendahului makmum membaca surah didalam solat jahariah (lantang) atau solat siriah lalu rukuk, sedangkan makmum terus membaca untuk menghabiskan surah itu dan dapat menghabiskan serta sempat pula mendapatkan imam di dalam rukuk, maka menurut abu muhammad makmum itu telah melakukan kesalahan kerana menurut imam itu wajib dan membaca surah itu hanya sunat sahaja.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

36) Makmum ragu-ragu bacaan Fatihah didalam rukuk.

Huraian :
Jika makmum membaca Fatihah bersama imam dan setelah ia rukuk ia ragu-ragu tentang bacaanya, maka wajiblah ia terus mengikut imam dwngan keraguan itu. Dan ia tidak boleh bangkit kembali untuk membaca semula kerana mengikut imam itu wajib.

37) Makmum tak dapat sujud di atas lantai.

Huraian :
Jika makmum tidak dapat melakukan sujudnya di atas lantai bersama imam pada rakaat pertama jemaah kerana dihalangi oleh kesesakan manusia, sedangkan ia boleh sujud diatas belakang orang lain, maka hendaklah ia sujud diatas belakang orang itu. Begitu juga ia boleh sujud diatas tangan, kaki atau baju orang itu dengan syarat ia dapat melakukan gerak rupa sujud itu iaitu ia berada ditempat yang tinggi, yang mana jika ia sujud punggungnya menjungkit keatas dan kepalanya menjunam kebawah.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

1 comment:

Unknown said...

Salam kak sy mohon copy n jika ada dri yg mula2 sy nk copy jgk mtk halal atas ilmu yg di kongsi..