Tuesday, May 13, 2014

AKU MEMBESARKAN SEORANG KHALIFAH 2

AKU MEMBESARKAN SEORANG KHALIFAH 2

JOM KENAL SIAPA ANAK KITA.

Isu besar yg semakin menular hebat dlm kalangan anak2 remaja sekarang berkaitan dgn LGBT. hal ini telah dikongsikan oleh ibu bapa yg melihat kecenderungan dan perlakuan anak2 mereka yg menyalahi fitrah mereka. Atas alasan ini, saya berminat berkongsi isu ini bersama seluruh ibu bapa.

Saya pernah berbual dgn beberapa remaja yg terlibat dgn LGBT dan yg terlibat dgn gejala menyalahi fitrah manusia di samping pemerhatian apabila bergaul dgn mereka. Antara persoalan yg saya tanya mengapa yg perempuan bercouple dgn pengkid (perempuan menyerupai lelaki).

Antara jawapan yg diberikan ialah pengkid lebih memahami, tidak kasar, boleh dipercayai dan tidak curang, sgt mengambil berat serta bertanggungjawab. Yg lebih mengejutkan jawapan mereka ialah kepuasan seks mereka tetap tercapai malahan mereka tidak perlu mengandung. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan akan bercouple dgn lelaki setelah memiliki lelaki yg mampu memainkan tanggungjawab melebihi pasangan pengkid.

Sudah tertentu perkara ini sangat bertentangan dgn fitrah manusia.

Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 

“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa:“Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). 

Malahan allah menekankan konsep fitrah dan perkahwinan dlm alquran

(وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ) [Surat Ar-Room : 21]

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara
kamu (pasangan suami isteri) perasaan cinta (kasih sayang) dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang berfikir.

Isu utama yg ingin saya bangkitkan kpd seluruh ibu bapa ialah mengenali anak2 dari sudut perubahan fizikal, emosi dan perlakuan anak2. Lebih-lebih apabila gejala ini sudah mula diperjuangkan oleh kumpulan manusia yg berdiri di atas nama hak asasi dan kebebasan.

Menurut hafiz firdaus abdullah terdapat 7 golongan yg dikategorikan menyalahi fitrah.

1. Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.

2. Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.

3. Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.

4. Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki.

5. Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.

6. Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.

7. Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilan sebagai lelaki.

Perhalusi satu persatu anak2 kita dan anak2 rakan masyarakat kita. Kenal mereka, bergaul bersama mereka dan fahami mereka. Kemudian bertindaklah dgn hikmah. Elakkan suka melabel dan mencari salah yg akhirnya matlamat dakwah kita terkubur begitu sahaja.

Semoga kita semua beroleh anak2 soleh
dan solehah. Ingatlah!!! Anak yg soleh hasil drpd ibu bapa yg soleh dan solehah.

Hidup dan mati biar bererti
Bakhtiar fitri hj abdul hamid

No comments: