Assalamualaikum ikhwah sekalian...Semoga sentiasa dalam Rahmat Ilahi....
Jazakumullahu khairal jazak buat Ustaz Kay, Ustaz Mahfuz, Tn Hj Jalius dan semua para ustaz, para ustazah , para alim ulama , Tuan2 Guru , para penuntut Ilmu dan mukminin serta mukminat sekalian... atas segala curahan Ilmu dan peringatan demi peringatan yang telah diberikan sepanjang group ini diwujudkan oleh Admin Sohibul Fadhilah Ustaz Muhaimin.
Semoga hari ini yang di sambut di seluruh negara sebagai Hari Guru, akan lebih menjadikan kita untuk terus bersemangat dan istiqomah dalam mendidik umat Islam agar selamat di dunia dan bahagia di akhirat....
"Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa,sebab
ibu bapa adalah penyebab adanya kita sekarang serta
kehidupan yang fana ini.... Sementara guru pula adalah penyebab hidup
yang kekal bahagia...Kalaulah tiada guru, nescaya apa yang
dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan
celaka selamanya"
-imam al-Ghazali-
Jadikanlah diri kita sebagai sebaik2 teman terhadap murid2 kita semua, kerana pepatah arab ada menyebutkan :
خير الأصحاب من يدلّك على الخير
"Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan"
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.... salam Ikhlas penuh ta'zim dari hamba Allah yang faqir ini yang sentiasa mengharap rahmat dari TUhannya yang Maha Pemberi Rahmat....
- UMRAY- 2014.
No comments:
Post a Comment