NiKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
40) Imam lupa sujud sahwi.
Huraian :
Jika imam memberi salam sedangkan ia lupa sujud sahwi kerana sesuatu kesilapan yang telah dilakukan di dalam solat, lalu makmum pun turut memberi salam dengan keadaan lupa juga, kemudian barulah imam teringat bahawa ia terlupa sujud sahwi, lalu ia pun sujud, maka hendaklah makmum ikut sujud bersama imam atas asas imam itu kembali solat.
Disini jelas menunjukan bahawa mengikut imam itu tidak terputus dengan salam yang terlupa.
41) Kifiat takbiratul ihram.
Huraian :
Kifiat takbiratul ihram ialah mengucap الله اكبر dengan dimatikan راء. Menurut ibnu yunus dalam syarah atTanbih jika seseorang itu menyebut اكبر dengan baris ضمة ( ro baris hadapan) maka solatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda rasulullah :
صلوا كما رايتمونى اصلى
"Solatlah seperti kamu melihat aku solat".
Rasulullah selamanya menyebut اكبر dengan ro baris mati.
Ujar imam nawawi dalam syarah alMahzab:
"Takbir itu tidak pernah didengar melainkan dibaca dengan waqaf".
Jika ada yang memanjangkan sebutan 'اليف' pada الله atau pada اكبر maka solatnya tidak sah, kerana sebutan seperti itu mengubahkan maksud kata-kata itu kepada maksud pertanyaan.
43) jika ada yang menambahkan اليف selepas باء
dalam اكبر dan menyebutkanya اكبار sama ada dengan hamzah berbaris diatas atau dibawah, maka solatnya tidak sah kerana اكبار dengan hamzah berbaris dibawah itu bererti darah haid dan اكبار dengan hamzah berbaris diatas itu bererti rebana atau gendang. Oleh itu siapa yang menyebutkan kata-kata itu dengan sengaja nescaya ia menjadi kafir. والاعوذ بالله.
43) Jika ada yang mengulang atau menggentarkan ro pada اكبر maka solatnya sah kerana ia tidak mengubah maksud kata-kata itu.
44) Jika imam mengangkat takbiratul ihram dengan mana-mana cara yang salah itu maka makmum tidak harus menjadikannya imam.
45) Jika seseorang imam mengangkat takbiratul ihram tanpa suara, sedangkan makmum tidak mengenalinya, maka ia tidak boleh diikuti.
46) Jika imam mengangkat takbiratul ihram ta npa niat, maka solat para makmum sah kerana niat itu perkara yang sulit untuk diketahui.
Bersambung..........
Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
55) Imam terlebih sujud.
Huraian :
Jika makmum bersolat bersama imam dan duduk tasyahud bersama dengannya, kemudian imam tiba-tiba membuat sujud yang ketiga, maka adakah makmum wajib mengikutinya?
Jawapnya hendaklah diteliti jika imam itu sujud setelah berlalunya masa sepanjang bacaan tasyahud, maka ia wajib mengikut imam pada sujud yang ketiga itu dan ditanggungkan imam itu melakukan sujud sahwi. Sebaliknya jika imam itu sujud sebelum berlalunya masa sepanjang bacaan tasyahud, maka ia tidak harus mengikutnya kerana ditanggungkan sujudnya itu sebagai terlupa, dan tidak boleh ditanggungkan sujud itu sebagai sujud sahwi, kerana waktunya belum lagi tiba. Oleh itu jika makmum ikut sujud nescaya batallah solatnya. Dan jika sujud imam itu ditanggung sebagai terlupa maka makmum tidak wajib mufarakah bahkan hendaklah makmum menunggu sehingga imam itu selesai memberi salam dan setelah itu hendaklah ia sujud sahwi.
56) Disunatkan lima سكتة (berhenti seketika) dalam solat.
Huraian :
Disunatkan didalam solat lima saktah iaitu diam atau berhenti sejenak.
1.saktah selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah.
2.saktah selepas selesai membaca doa iftitah.
3.saktah selepas ولا الضالين iaitu disunatkan berhenti sejenak sebelum berdoa امين supaya tidak disangkakan امين itu sebahagian dari alFatihah.
4.saktah selepas امين iaitu sebelum membaca surah disunatkan bagi imam disini berhenti sejenak sekadar meluangkan makmum membaca alFatihah kecuali makmum itu pekak maka tidaklah disunatkan berhenti sebentar untuknya.
5.saktah selepas membaca surah, iaitu berhenti sejenak sebelum turun rukuk.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf dan kesilapan.
Doakan kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
57) Bacaan امين.
Huraian :
Apabila imam berkata امين maka para malaikat dilangit turut berkata امين, sebagaimana yang diterangkan oleh rasulullah di dalam hadis. Oleh itu disunatkan kepada makmum turut berkata امين bersama imam, sabda rasulullah :
من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفرله ما تقدم من ذنبه.
"Barangsiapa yang bacaan aminnya sama serentak dengan bacaan amin malaikat nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu".
58) Erti امين ialah "ya Allah pwrkenankan permintaan kami". Menurut pendapat yang lain pula bererti :
#jangan dihampakan harapan kami
#kami datang semata-mata kepadamu dan kepadamu kami berdoa dengan penuh harapan.
#tiada siapa yang berkuasa memberi hidayah melainkan engkau
Ada pula pendapat yang mengatakan amin itu salah satu dari nama-nama Allah, oleh itu apabila dikatakan amin, maka seolah-olah orang itu berkata "ya Allah kurniakan hifayah kepada kami".
59) Ujar imam syafie dalam kitab الام jika imam meninggalkan ucapan amin maka hendaklah makmum mengucapkan dengan lantang supaya didengar imam.
60) Menurut riwayat البيهقي apabila rasulullah membaca ولا الضالين ia berkata رب اغفرلي امين. Begitu juga tersebut di dalam مسند imam syafie dari abu hurairah ia bercerita bahawa rasulullah apabila ia membaca ولا الضالين ia berkata رب اغفرلي امين.
61) Ada empat لغة (cara baca) dalam menyebutkan perkataan امين iaitu:
●memanjangkan sebutan alif serta meringankan sebutan mim.
●memendekkan sebutan alif serta meringankan sebutan mim.
● imalah (اماله) pada alif serta meringankan sebutan mim.
●memanjangkan sebutan alif serta tasydidkan mim.
Cara baca yang keempat itulah yang bererti "kami datang semata-mata kepadamu dan kepadamu kami berdoa penuh harapan".
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf dan kesilapan.
Doakan kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم..
.
Terdapat empat wajah Amin dalam solat:
Menyebut ‘A’ dengan kadar satu harakat dan memanjangkan ‘miin’ dengan kadar empat – enam harakat. Bermaksud, "Perkenankanlah."Membaca dengan memanjangkan sebutan Alif (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat – enam harakat). Bermaksud, "perkenankanlah permohonan kami."Memanjangkan sebutan ‘A’ dengan kadar enam harakat dan mensaqalkannya ke dalam huruf miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mustaqqal. "Aaaaaammiiiiiiin." Maksudnya, "Kami benar-benar datang kepada-Mu, dan hanya Engkaulah yang layak menerima permohonan kami."Menyebut ‘Aa’ dengan imalah, iaitu melewehkan bunyi ‘Aa’ (sebutannya menjadi Eemiin). Bermaksud, "Hanya Engkau yang dapat memberi petunjuk."
Dalam mazhab Syafie, disunatkan menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
62) Makmum mendahului imam dalam bacaan alFatihah.
Huraian :
Diharuskan (ditetapkan) kepada makmum jangan mendahului imam dalam membaca alFatihah dan jika ia mendahului imam, maka menurut pendapat yang sohih bacaannya itu sudah memada tetapi ia di istihbabkan (diharuskan) mengulangi semula bacaan itu selepas bacaan imamnya.
63) Makmum selesai membaca alFatihah terdahulu dari imam.
Huraian :
Jika makmum membaca alFatihah dan selesai bacaannya terdahulu dari imam, maka menurut pendapat البغوى aula baginya jangan menyebut amin sehingga lebih dahulu disebutkan oleh imam, tetapi menurut pendapat imam nawawi makmum itu kenalah mengaminkan bacaannya dan setelah itu mengaminkan pula sebutan amin imamnya.
64) Di istihbabkan sebut amin serentak dengan imam.
Huraian :
Di istihbabkan bagi makmum menyebut amin bersama imam dengan suara yang lantang dan jangan ia menyebutnya selepas imam bahkan hendaklah ia menyebutnya serentak bersama imam.
65) Makmum wanita kena menyebut amin dengan suara yang rendah.
Huraian :
Sepatutnya makmum wanita menyebut amin dengan suara yang rendah, kerana suaranya aurat sebagaimana di istihbabkan (ditetapkan) kepadanya membaca dengan suara yang rendah di dalam solat جهرية jika di sana ada kaum lelaki.
66) Menyebut amin sebelum imam.
Huraian :
Terdapat ramai orang-orang awam yang jahil menyegerakan sebutan amin sebelum imam mula menyebutnya. Perbuatannya ini adalah salah, kerana menurut assunnah ialah menyebutnya serentak dengan sebutan imam.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf dan kesilapan.
Doakan kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
71) Imam dimakruhkan memanjangkan bacaan.
Huraian :
Makruh bagi imam memanjangkan bacaan surah kecuali disukai oleh para makmum. Inilah yang telah dinaskan oleh imam syafie di dalam الام. Kata beliau wajib bagi imam meringankan solat dan menyempurnakan bacaan surah, dan apabila ia mengimamkan sekumpulan makmum yang diketahuinya sukakan bacaan surah yang panjang, maka diharuskan kepadanya memanjangkan bacaan.
72) Jika makmum yang ada itu semunya sukakan bacaan yang panjang, sedangkan masjid masih terbuka kepada kedatangan orang-orang lain yang mungkin tiba selepas imam berjemaah dengan mereka, maka hendaklah imam itu tetap dengan meringankan juga dan jangan memanjangkan solat. ( masjid-masjid @surau-surau di kawasan bandar dan persingahan orang ramai kebiasaannya ).
73) Mengikut syeikh Abu Amru bin asSolah jika semua makmum yang ada itu sukakan bacaan panjang kecuali seorang atau dua orang sahaja yang tidak suka, maka keduanya tidaklau boleh diutamakan samaada sebab sakit atau sebagainya, tetapi jika kehadiran keduanya adalah sekali sekala sahaja berjemaah dimasjid, maka hendaklah solat itu diringankan, (untuk menarik minat makmum tersebut berjemaah selalu), tetapi jika keduanya seringkali datang berjemaah dimasjid maka hendaklah dipanjangkan solat kerana meraikan kemahuan para makmum yang sukakan solat panjang dan hak mereka tidak luput dengan sebab kehadiran seorang dua yang tidak sukakan solat panjang.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf dan kesilapan.
Doakan kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم...
No comments:
Post a Comment