Sunday, May 4, 2014

Fiqh mencegah kemungkaran

5/5/14
Assalamualaikum ikhwah sekalian...semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi... aminn..

Berikut adalah sambungan Fiqh mencegah kemungkaran oleh Asy-Syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi....

(SIRI 3)

تغيير المنكر ومراتبه

من هنا جاء الحديث الصحيح الذي رواه أبو سـعيد الخـدري عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال : "من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده، فمن لم يستطع فبلسانه، فمن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان". (رواه مسلم في كتاب الإيمان من صحيحه عن أبي سعيد الخدري). والحديث واضح الدلالة في أن تغيير المنكر من حق كل من رآه من المسلمين، بل من واجبه.ودليل ذلك أن "من" في الحديث "من رأى" من ألفاظ العموم، كما يقول الأصوليون، فهي عامة تشمل كل من رأى المنكر، حاكمًا كان أو محكومًا، وقد خاطب الرسول الكريم بها المسلمين كافة (من رأى منكم) لم يستثن منهم أحدًا، ابتداء من الصحابة فمن بعدهم من أجيال الأمة إلى يوم القيامة.

Mencegah Mungkar dan Tahapnya.

Terdapat satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri menceritakan Rasulullah (SAW) bersabda,
"Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat satu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; dan jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka dia mesti mengubahnya dengan lidahnya; dan jika tidak mampu berbuat demikian, maka dia mesti mengubahnya dengan hatinya, dan itulah iman yang paling lemah.‏" (Riwayat Muslim)
Hadith yang mulia ini jelas menunjukkan mengubah Mungkar wajib atas setiap Muslim yang melihatnya berdalilkan kepada perkataan "Man / barangsiapa" sebagaimana dalam hadis.. Ulama usul juga menyebut bahawa lafaz "Barangsiapa" dalam hadis tersebut adalah umum yang merangkumi semua sekali. Kenyataan Rasulullah " Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat …" termasuklah semua Muslim (pemerintah dan rakyat); sebagaimana baginda (SAW) tidak mengecualikan sesiapa; bermula daripada Sahabat Baginda sehingga generasi terakhir umat ini sehinggalah hari kiamat.

شروط تغيير المنكر

كل ما هو مطلوب من الفرد المسلم ـ أو الفئة المسلمة ـ عند التغيير: أن يراعي الشروط التي لابد منها، والتي تدل عليها ألفاظ الحديث.

الشرط الأول:

أن يكون محرمًا مجمعًا عليه أي أن يكون "منكرا" حقًا، ونعني هنا : المنكر الذي يطلب تغييره باليد أولاً، ثم باللسان، ثم بالقلب عند العجز. ولا يطلق "المنكر" إلا على "الحرام" الذي طلب الشارع تركه طلبًا جازمًا، بحيث يستحق عقاب اللّه من ارتكبه.. وسواء أكان هذا الحرام فعل محظور، أم ترك مأمور.وسواء أكان الحرام من الصغائر أم من الكبائر، وإن كانت الصغائر قد يتساهل فيها ما لا يتساهل في الكبائر، ولاسيما إذا لم يواظب عليها، وقد قال تعالى: (إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلاً كَرِيماً) (النساء: 31).وقال - صلى الله عليه وسلم- : "الصلــوات الخمـس، والجمعـة إلى الجمعـة، ورمضان إلى رمضان، مكفرات لما بينهن، إذا اجتنبت الكبائر". (رواه مسلم في صحيحه عن أبي هريرة

فلا يدخل في المنكر إذن المكروهات، أو ترك السنن والمستحبات، وقد صح في أكثر من حديث أن رجلا سأل النبي -صلى الله عليه وسلم- عما فرض اللّه عليه في الإسلام فذكر له الفرائض من الصلاة والزكاة، والصيام وهو يسأل بعد كل منها: هل على غيرها؟ فيجيبه الرسول الكريم: "إلا أن تطوع" حتى إذا فرغ منها قال الرجل: واللّه يا رسول اللّه، لا أزيد على هذا ولا أنقص، منه فقال عليه الصلاة والسلام: "أفلح إن صدق، أو دخل الجنة إن صدق". (متفق عليه عن طلحة بن عبيد الله وفي حديث آخر: "من سره أن ينظر إلى رجل من أهل الجنة، فلينظر إلى هذا". (متفق عليه عن أبي هريرة).

لابد إذن أن يكون المنكر في درجة "الحرام"، وأن يكون منكرًا شرعيًا حقيقيًا، أي ثبت إنكاره بنصوص الشرع المحكمة، أو قواعده القاطعة، التي دل عليها استقراء جزئيات الشريعة.وليس إنكاره بمجرد رأى أو اجتهاد، قد يصيب ويخطئ، وقد يتغير بتغير الزمان والمكان والعرف والحال.وكذلك يجب أن يكون مجمعًا على أنه منكر، فأما ما اختلف فيه العلماء المجتهدون قديمًا أو حديثًا، بين مجيز ومانع، فلا يدخل دائرة "المنكر" الذي يجب تغييره باليد، وخصوصًا للأفراد.

Syarat-syarat Mengubah Mungkar.

Individu atau Kumpulan Muslim yang mahu mengubah sebarang Mungkar mestilah mematuhi syarat-syarat untuk berbuat demikian. Syarat-syarat dinyatakan dalam hadith di atas.

Syarat pertama:

Mungkar itu mestilah di sepakati haram.Mungkar yang mesti diubah dengan pertamanya dengan tangan, kemudian dengan lidah dan kemudian dengan hati dalam keadaan tidak mampu mestilah perkara yang diharam kan. Maka, perkataan Mungkar bermakna melakukan yang haram (perbuatan yang dilarang) yang Allah SWT mengarahkan kita tidak melakukan, atau tidak melaksanakan perbuatan (kewajipan) yang Allah SWT perintahkan kita buat. Yang haram termasuklah dosa besar atau kecil walaupun jika dosa kecil itu mungkin mudah terlepas pandang khasnya jika seseorang tidak berterusan melakukannya. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran :
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."

Tambahan lagi, Abu Hurairah menceritakan yang Rasulullah (SAW) bersabda :
"Lima solat (harian) dan dari satu solat Jumaat ke satu solat Jumaat (seterusnya ), dan dari Ramadan ke Ramadan merupakan penebus (dosa-dosa) yang dilakukan diantara (tempoh tersebut) dengan syarat seseorang tidak melakukan dosa besar."

Jadi, perkataan Mungkar tidak termasuk yang makruh, meninggalkan perbuatan yang sunat atau yang digalakkan (mustahabb).
Diriwayatkan bahawa seorang badwi datang kepada Rasulullah (SAW) dan berkata :
"Beritahu saya satu perbuatan yang akan menjadikan saya masuk Syurga jika saya amalkannya." Rasulullah (SAW) bersabda, "Sembahlah Allah, dan sembah tidak lain daripada Dia, lakukan (lima) Solat fardu yang diwajidkan dengan sempurna, bayarlah Zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadan." Badwi itu berkata, "Demi Dia yang hidup saya pada tangan Nya, Saya tidak akan buat lebih daripada ini."
Dan pada suatu hadis yang lain , Rasulullah saw bersabda : "Sesiapa yang ingin melihat lelaki daripada Syurga, dia boleh melihat pada lelaki itu."
Maka mungkar mestilah berada ditahap haram dan mestilah perkara munkar itu benar-benar munkar di sisi syarak. Ini bermakna ia adalah apa-apa yang dilarang oleh nas Islam yang sahih atau hukum Islam yang jelas, dan tidak melalui satu pendapat atau satu pertimbangan yang mungkin betul atau salah dan mungkin berubah mengikut perubahan masa, tempat, budaya dan keadaan. Tam bahan pula, ia mesti disepakati diharamkan oleh Ulama; jadi, hal-hal yang ulama tidak sepakati tidak di anggap sebagai Mungkar yang wajib dicegah dengan tangan atau kuasa khususnya oleh individu...

*bersambung pada siri seterusnya*....

Semoga dapat memberi manfaat pada ikhwah sekalian bagaimana yg dikatakan kaedah mencegah kemungkaran... insya Allah..Aminn...

Ar-Raajii Rahmata Rabbihi Al-jawwad.
Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli Al-yamani.

No comments: