Friday, May 23, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM 105 - 128

HByKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

105) Hukum berimamkan seorang امي (tidak tahu membaca al-Quran).

Huraian :
Jika ternyata bahawa imam yang diikutinya seorang امي yang tidak tahu membaca maka solatnya tidak sah. Jika seorang امي menjadi imam kepada satu jemaah امي bersama dengan jemaah yang tahu membaca, maka solat jemaah امي itu sah, dan solat jemaah yang tahu membaca itu tidak sah dan wajib mereka ulang solat.

106) Hukum berimamkan seorang khunsa.

Huraian :
Tidak sah bagi lelaki berimamkan khunsa atau berimamkan perempuan dan tidak sah bagi khunsa berimamkan khunsa, tetapi sah bagi perempuan berimamkan perempuan atau khunsa. Jika khunsa menjadi imam kepada jemaah perempuan maka hendaklah ia berdiri didepan mereka seperti imam lelaki bukan berdiri ditengah mereka seperti imam perempuan, tetapi tidak harus khunsa menjadi imam kepada jemaah perempuan, melainkan disana pastilah ada mahram bagi salah seorang dari perempuan-perempuan yang menjadi makmum itu.

107) Perempuan cantik dimakruhkan berjemaah dimasjid.

Huraian :
Dimakruhkan kepada perempuan hadir bersolat jemaah dimasjid jika ia seorang yang muda atau tua yang mempunyai daya penarik yang memberahikan. Hak memberi izin terpegang ditangan suami dan walinya. Jika ada orang yang memandang dengan penuh berahi maka haram bagi suami dan wali memberi izin kepadanya hadir kemasjid.

108) Hukum beeimamkan anak zina.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada anak zina dan orang yang tidak diketahui bapanya seperti anak pungut/ anak yang dijumpai.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

109) Hukum berimamkan orang yang fasik.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada orang yang fasik, orang yang membaca cepat yang tidak dafahami, orang yang gagap, orang yang salah bacaannya dan orang yang was-was.

110) Hukum berimamkan orang yang melakukan perkara-perkara yang makruh dalam solat.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada orang yang melakukan perkara-perkara yang makruh di dalam solat. Abu sahlah alSayib bin khilaf salah seorang sahabat nabi telah bercerita katanya : "ada seorang lelaki mengimamkan satu jemaah tiba-tiba ia meludah kearah qiblat dan perbuatannya diperhatikan oleh Rasulullah. Apabila selesai solat Rasulullah bersabda : " orang ini tidak boleh jadi imam kamu selepas hari ini".

111) Hukum solat dengan berselimut.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan berselimut iaitu menutup semua badannya tanpa mengeluarkan tangannya.

112) Hukum solat dengan kain yang labuh.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan melabuhkan kain sehingga menjejak bumi dan diharamkan dengan niat takbur, tetapi tidak dimakruhkan kepada perempuan melabuhkan kainnya, kerana perempuan ini lebih menutup dan melindungkannya.

113) Hukum solat dengan membalut muka.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan membalut muka kerana pada suatu masa Rasulullah telah melihat seorang lelaki membalut mukanya lalu rasulullah pun menyuruh "dedahkan janggutmu kerana ia sebahagian dari muka".

114) Hukum solat dengan memutup muka (purdah) bagi perempuan.

Huraian :
Dimakruhkan kepada perempuan bersolat dengan menutup mukanya dan menampakkan dua matanya sahaja.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

115) Hukum solat dengan meletak tangan dimulut.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan meletakan tangan dimulutnya tanpa suatu keperluan, tetapi jika kerana suatu keperluan seperti menguap, maka diharuskan kepada seorang menutup mulut dengan tangannya, sabda Rasulullah
اذا تئاب احدكم فليرده ما استطاع فانه اذا قال ها ها ضخك الشيطان منه
"Apabila seorang dari kamu menguap, maka hendaklah ia menahannya sedaya upaya, dan jika ia mengeluarkan suara ha ha nescaya ia akan diketawakan syaitan.

116) Hukum solat diatas hamparan-hamparan (sejadah) bergambar.

Huraian :
Dimakruhkan solat diatas hamparan-hamparan yang bergambar atau berjalur-jalur seperti sejadah yaman atau tikar yang berjalur-jalur yang melalaikan solat, kata syeikh izzuddin abdul salam jika ia mendirikan solat diatas hamparan-hamparan seperti itu, maka diharuskan kita memejamkan kedua belah matanya jika ia takut terlalai.

117) Hukum solat dalam gereja.

Huraian :
Diharamkan solat didalam gereja walaupun bersih dari najis-najis jika pada dinding-dindingnya terdapat gambar-gambar atau patung-patung, sebaliknya jika pada dindingnya itu tidak terdapat gambar atai patung dan tidak pula menimbulkan sangkaan bahawa ia membesarkan syiar-syiar ibadah mereka atau memuliakan sembahan-sembahan mereka, maka hukumnya makruh didirikan solat disana.

118) Hukum solat dengan rambut yang diikat.

Huraian :
Dimakruhkan bagi lelaki mendirikan solat dengan rambut dan baju yang diikat atau disimpul sanggulnya atau disingsingkan lengan bajunya, atau dengan rambut yang diikat atau ditolak bawah serebannya. Oleh itu barang siapa yang melihat lelaki yang bersolat dengan rambut yang diikat atau lengan baju yang disingsing, maka diharuskan kepadanya menguraikan rambut dan meluruskan lengan bajunya samaada diizin orang itu atau tidak kerana mengikut amalan sahabat-sahabat r.a.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doa

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

119) Hukum mengangkat baju atau kain ketika rukuk dan sujud.

Huraian :
Dimakruhkan mengangkat baju atau kain ketika rukuk atau sujud.

120) Hukum solat dengan merapatkan dua belah kaki.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan merapatkan kedua belah kaki, bahkan diantara keduanya sunat direnggangkan sedikit.

121) Hukum rukuk yang tidak betul.

Huraian :
Dimakruhkan keterlaluan menunduk kepala, membongkok belakang dan mengangkat kepala tinggi daro paras kelurusan belakang ketika rukuk dan yang disunat ialah meluruskan belakang badan dengan kepala.

122) Hukum solat dihadapan perempuan.

Huraian :
Kata para ulamak dikalangan imam Syafie dimakruhkan bagi lelaki mendirikan solat dihadapan perempuan atau dihadapan lelaki yang berhadapan dengannya. Oleh itu jika ada lelaki yang duduk di masjid dan menghadapi orang-orang yang solat, maka hendaklah orang itu disuruh bangun dari tempat itu atau disuruh memalingkan mukanya kearah qiblat. Demikian mengikut nas imam Syafie.

123) Perbuatan-perbuatan yang makruh ketika sujud.

Huraian :
Dimakruhkan memegang anak-anak batu atau meratakan tanah atau batu ketika hendak sujud.

124) Dimakruhkan menghembuskan debu-debu dilantai ketika hendak sujud.

125) Hukum mengipas dalam solat.

Huraian :
Dimakruhkan mengipaskan dirinya dalam solat atau menyuruh orang lain mengipasnya. (Kipas elektrik dikecualikan).

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

126) Melihat kutu atau pijat dibajunya dalam solat.

Huraian :
Jika dalam solat ia melihat kutu atau pijat diatas bajunya maka kata syeikh abu hamid, aula baginya membiarkannya sahaja. Tetapi tidak mengapa jika ia campakkannya dengan tangannya atau ia pegangkannya hingga selesai solat. Jika ia bunuh serangga itu dalam solat, maka darahnya sahaja dimaafkan tidak kulitnya dengan erti jika ia membunuhnya dalam solat dan kulit binatang itu terlekat dikukunya atau bajunya, maka hukumnya batal solat. Kerana berdasarkan pendapat yang sohih bahawa bangkai serangga yang tidak mengalir darahnya itu adalah najis. Tetapi kata syeikh abu hamid tidak mengapa serangga itu dibunuh didalam solat.

127) Hukum memakai serban dan pakaian warna putih dalam solat.

Huraian :
Diharuskan bagi imam dan lainnya solat dengan serban dan memakai sebaik-baik pakaian, dan pakaian yang afdal ialah putih, kerana sabda rasulullah "sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi tuhan dimasjid dan di kubur-kubur kamu ialah putih".

128) Hukum tempat imam lebih tinggi dari tempat imam.

Huraian :
Dimakruhkan tempat imam itu lebih tinggi dari tempat para makmum atau sebaliknya melainkan kerana keperluan, seperti kesempitan tempat atau kerana mengajar.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

No comments: