10/4/15
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Sabtu, 10 Rejab 1435H)
Allah First, Insan Second !
عن أبي أمامة قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: ” أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقّاً، وببيتٍ في وسط الجنة، لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيتٍ في أعلى الجنة لمن حسَّن خلقه
Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Saya menjadi penjamin terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perdebatanan walaupun dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya."
(HR : Abu Daud)
PENCERAHAN :
Dalam kehidupan kita seharian, selalunya kita terlepas pandang untuk buat 'check list' melihat mana yang perlu dibuat dahulu, first priority...dengan izin. Teringat zaman sekolah dulu diajar 'time management' dengan kaedah Tingkap Jauhari, iaitu;
1) Penting dan Segera. Contoh, solat,
2) Penting tapi Tak Segera. Contoh, tidur,
3) Tak Penting tapi Segera. Contoh, mandi,
4) Tak Penting dan Tak Segera. Conton tonton TV.
Dalam bidang fiqh di sebut 'Fiqh Aulawiyyat' iaitu kefahaman yang mendalam untuk memilih keutamaan. Contoh, pergi haji untuk kali kedua dan seterusnya dengan menginfakkan wang tersebut untuk bina surau atau untuk fisabilillah. Begitu juga dalam peringatan baginda Rasulullah SAW melalui hadis diatas. Malangnya kita yang seharusnya mengamalkannya selalu meninggalkan ketiga-tiga perkara tersebut.
1. Semasa kita berbalah atau berdebat kita selalu ingin menang. Alangkah baiknya sekiranya kita mengalah dan mengundurkan diri sahaja daripada medan perbalahan tersebut. Biarkan sahaja mereka merasa menang dan puas hati dengan perbalahan tersebut. Kerana disisi Allah, kita yang menang bukan dia. Perdebatan bukan untuk menjadi juara dan dipandang hebat tetapi adalah untuk memenangkan kebenaran. Kita telah hujjahkan kebenaran pun sudah memadai. Contoh, berdeb at dengan orang yang tak pernah menerima pendapat orang lain.
2. Kita selalu menyatakan suatu perkara yang tidak benar, berdusta, berbohong ataupun menipu. Ketahuilah alangkah buruknya kita yang suka mereka-reka cerita atas suatu perkara yang tidak benar walaupun ia sebenarnya bertujuan mungkin untuk menyeronokkan pembaca atau si pendengar mendengar cerita kita. Contoh, dalam Whatsapp, Telegram atau facebook kita copy dan edit ambil gambar perempuan muslimah cantik kemudian tuliskan kata-kata; "Ingat, malam ini malam Jumaat ye Bang !" Bukankah ini juga sudah menjadi fitnah kepada muslimat tersebut, seolah-olah merekalah yang berkata sedemikian.
3. Akhlak kita kepada Allah SWT dan akhlak kita sesama manusia. Akhlak bukan sekadar yang dapat dilihat oleh manusia sekeliling kita tetapi akhlak kita terutamanya terhadap diri kita sendiri kerana kebanyakan daripada kita begitu sukar sekali untuk berlaku jujur dengan diri sendiri. Contohilah akhlak yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT;
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (QS. Al-Qalam : 4)
KESIMPULAN :
'Ihfazillah yahfazka'...kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Kita dahulukan urusan Allah seperti solat dan perintah-perintah Allah yang lain maka Allah akan utamakan kita untuk menerima bantuan dari-Nya, rezeki dan barakah dari-Nya. Kita dipukau dengan istilah Human Right atau hak asasi manusia sehingga kita melupakan Allah Right, hak Allah untuk ditaati, undang-undang-Nya dilaksanakan dan diutamakan.
Wallahu a'lam - Katakanlah yang hak walaupun pahit. Ukay's
Friday, May 9, 2014
Allah First, Insan Second !... 10/5/14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment