Salam Isra' wa Mikraj..
Kepada sahabat2 yg tidak berkesempatan mendengar pengajian tentang peristiwa Isra' dan Mikraj berikut antara ringkasan pengajarannya...
1. Kehidupan seluruh umat Islam di dunia ini adalah 'Perjuangan' (mengamalkan kebaikan, mencegah kemungkaran);
2. Umat Islam sejak Nabi Muhammad hingga kini di seluruh pelusuk dunia sentiasa dimusuhi, dibenci dan diperangi kerana tiada kesatuan dan kepaduan;
3. Manusia kini sibuk dengan keduniaan dan kurang peka dengan akhirat yg kekal abadi termasuklah lalai dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap cara hidup berpandukan Quran dan Sunnah serta memandang sipi/sinis perjuangan Islam samada dari segi dakwah, siasah, ekonomi dan keadilan sosial;
4. Solat terutamanya solat berjamaah juga adalah satu perjuangan. Namun, hanya mereka yg bersolat berjamaah saja yg ada jati diri untuk berjuang khususnya berdakwah menegakkan agama Allah..
5. Wajib menjaga solat tidak kira sibuk mana pun kita, di mana sahaja. Umat Islam mesti menjaga solatnya kerana solat adalah perintah Allah yg disampaikan kpd Nabi Muhammad ketika bertemu Allah di Sidratul Muntaha. Itulah penting dan istimewanya solat.
6. Kita besyukur dapat menunaikan solat 5 waktu berbandung sepatutnya 50 waktu atas perjuangan dan belas kasih Nabi Muhammad terhadap umatnya. Bayangkan sekarang ini jika kita wajib solat 50 waktu. Mampukah? Sedangkan 5 waktu pun kita lalai;
7. Asas Keimanan adalah solat. Solat adalah tiang agama. Solat jamaah adalah asas kepada asas kepada kekuatan berkomuniti. Tanpa solat berjamaah perpaduan umat tidak akan dicapai..
8. Umat Islam tanpa perjuangan tiada nilai (cth: umat Islam di Palestin di sembelih tapi umat Islam di negara jiran langsung tidak sensitif dlm melindungi dan mempertahankannya, maka umat Islam di negara jiran tersebut tiada nilai di sisi Allah).
9. Kebenaran dan Keberanian. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi lebih berani memperjuangkan kebenaran. Sekiranya kita hilang keberanian dlm perjuangan, maka kejayaan tidak akan diperoleh. Oleh itu umat Islam p erlu keberanian dlm menyatakan yang hak dan menentang kebatilan.
10. Umat Islam yang tidak menjaga solat, bererti akan hilang kekuatan dan imannya amat lemah. Dengan solat berjamaah InsyaAllah organisasi, kawasan, negeri, negara, rakyat dan agama kita akan aman tenteram. Ayuh marilah kita sama2 mengambil berat tentang perintah solat 5 waktu kerana solat tiang agama.
Allahu'alam..
[Tazkirah Surau An-Nur, 26/5/2014]
Cnp...dr ust muhaimin
No comments:
Post a Comment