KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
81) Makmum mendapati imam telah selesai mengerjakan sebahagian solat.
Huraian :
Jika seseorang datang dan dapati imam telahpun mendahuluinya dengan sebahagian solat lalu ia ihramkan solat seorang diri dan segera melakukan bahagian-bahagian solat yang telah didahului oleh imam sehingga ia sempat mendapatkan imam dan ketika itu barulah ia berniat masuk berjemaah dengan imam dan terus menyempurnakan solatnya bwrsama imam, maka hukumnya harus menurut pendapat yang jelas, tetapi yang afdhal ialah ia terus mulakan ihram solat dengan niat jemaah bersama imam dan menyempurnakan bahagian-bahagian solat yang luput itu selepas salam imam.
Setengah-setengah sahabat dizaman rasulullah apabila didahului oleh imam dengan sebahagian solat mereka, maka sahabat ihramkan solat mereka secara sendirian dan terus mengerjakan bahagian solat yang terluput itu dan apabila mereka sempat mendapat imam mereka pun berniat masuk berjamaaj bersama rasulullah, sehingga berlalulah pada suatu hari muaz bin jabal r.a datang hendak berjemaah dengan nabi s.a.w. dan ia dapati nabi mendahuluinya dengan sebahagian solat lalu ia ihramkan solatnya berjemaah dengan nabi s.a.w. dan apabila nabi memberi salam, muaz pun bangkit menyempurnakan bahagian-bahagian solat yang terluput darinya, kemudian cara yang dilakukan oleh muaz telah disampaikan kepada rasulullah s.a.w. lalu nabi bersabda " muaz telah mengasaskan saru sunat, oleh itu hendaklah kamu amalkannya". Hadis ini telah dibawa oleh ibnul rif'ah dalam kitab alKifayah.
82) Ujar alRuyani jika seseorang itu datang hendak berimam dan dapati ia telah terluput sebahagian solat, sedangkan ia masih mengharapkan ada satu jemaah yang lain yang akan didirikan di masjid itu atau di lain tempat, maka yang afdhal baginya ialah ia tidak ikut bersilat dengan jemaah pertama yang ada itu, bahkan hendaklah ia menunggu supaya ia dapat menunaikan solatnya dengan sempurna bersama jemaah yang akan datang.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
83) Solat diqamat tetapi makmum belum lagi menunaikan solat yang perlu diqada'.
Huraian :
Jika seseorang itu datang kemasjid tiba-tiba diqamatkan solat sedangkan ia belum lagi menunaikan solat yang luput yang wajib di atasnya, maka kata imam nawawi di dalam kitab arRaudhah diharuskan kepadanya memulakan solat yang luput dengan seorang diri dan apabila ia selesai menunaikan solat itu dan masih sempat mendapatkan jemaah maka hendaklah ia solat bersama mereka dan jika tidak sempat hendaklah ia solat sendirian. Janganlah ia mendirikan solat yang luput selepas mendirikan solat tunai atau fardhu kerana perbuatan itu telah menimbulkan khilaf ulamak tentang harusnya dan perbuatan mendirikan solat tunai bagi orang yang belum lagi mendirikan solat yang luput itu telah menimbulkan khilaf ulamak tentang sahnya.
Oleh itu menjauhkan diri dari solat tunai sebelum solat qada' adalah terlebih utama tetapi menurut imam Gazhali dan satu kumpulan ulamak yang lain diharuskan kepadanya memulakan solat tunai jika dibimbangkan luput jemaah sekiranya ia terus menunaikan solat luput.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...
والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
84) Imam tertinggal bacaan alFatihah pada rakaat yang pertama.
Huraian :
Jika imam meninggalkan bacaan alFatihah pada rakaat yang pertama dan terus rukuk, maka makmum tidak wajib mengikut imam dan hendaklah ia anggapkan perbuatan itu sebagai lupa dan janganlah ia ikut rukuk bersamanya kerana rukuk itu tidak dimasuk kira untuknya, bahkan makmum diberi pilihan samaada bermufarakah dengan imam itu atau melakukan rukuk dan sujud dengan sendirian atau menunggu imam sambil berdiri sehingga imam selesai sujud dan bangkit kerakaat yang kedua, dan apabila imam bangkit kerakaat yang kedua dan membaca alFatihah, kemudian rukuk maka hendaklah ia turut rukuk bersama imam dan rakaat ini dikira permulaan solat bagi imam dan makmum dan apa yang telah dilakukan imam pada rakaat pertama itu tidak diambil kira.
Apabila imam menyempurnakan rakaat yang kedua mengikut anggapan imam dan terus duduk untuk membaca tasyahud pertama, maka makmum tidak boleh mengikutnya, bahkan hendaklah ia terus bangkit dan menunggu imam sambil berdiri, dan janganlah ia membaca kerana bacaannya tidak diambil kira.
Dan apabila imam selesai tasyahud kemudian bangkit dan membaca maka hendaklah makmum turut membaca bersamanya, apabila imam itu bangkit kerakaat ketiga mengikut anggapan imam, maka makmum itu tidak boleh duduk tasyahud pertama baginya. Sebaliknya jika ia duduk tasyahud nescaya batallah solatnya.
Dan jika imam menyelesaikan rakaat yang keempat menurut anggapannya dan terus duduk tasyahud akhir, maka tidak harus bagi makmum mengikutnya bahkan ia diberi pilihan samaada terus bangkit dan menunggu imam sambil berdiri atau bermufarakah dengan imam dan menyempurnakan solatnya sendirian. Dan jika makmum itu menunggu imam sambil berdiri sehingga imam selesai memberi salam, maka ikutannya tidak terbatal dengan semata-mata salam imam bahkan kena tunggu sengkang waktu yang lama selepas imam memberi salam, tetapi jika makmum itu terus rukuk dan iktidal selepas salam imam sebelum dilalui sengkang wakt
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM
بسم الله الرحمن الرحيم
85) Imam sujud tilawah.
Huraian :
Jika imam yang bermazhab syafie atau lain mazhab membaca surah sajadah atau lain-lain surah, lalu ia sujud tilawah, maka lazimlah bagi makmum mengikutinya. Sekiranya makmum tidak ikut sujud bersamanya nescaya batallah solatnya. Begitu juga jika imam meninggalkan sujud tilawah tiba-tiba makmum sujud nescaya batallah solatnya, atau jika makmum membaca ayat sajadah kemudian ia sujud dibelakang imam nescaya batallah solatnya. Makmum dimakruhkan membaca ayat sajadah dibelakang imam.
Jika makmum turun untuk sujud tilawah dibelakang imam tiba-tiba imam mengangkatkan kepalanya dari sujid tilawah sebelum makmum sempat meletakkan dahinya kelantai, maka makmum tidak boleh sujud bahkan hendaklah makmum mengikut imam. Sekiranya makmum sujud juga nescaya batallah solatnya kerana ia menambahkan satu rukun dalam solat, sedangkan masa mengikut imam itu telahpun luput sebaik sahaja imam itu mengangkatkan kepalanya dari sujud.
Masalah ini tidak sama dengan masalah mendahului imam dengan satu rukun, bahkan masalah ini ialah masalah tambah rukun dalam solat, oleh itu masalah ini sama dengan masalah makmum membaca ayat sejadah, lalu ia sujud tilawah dibelakang imam kerana bacaannya. Fatwa ini tersebut dalam arRaudhah bg imam Nawawi.
Perbezaan diantara masalah ini dengan masalah jika makmum turun dibelakang imam untuk sujud biasa tiba-tiba imam mengangkatkan kepalanya, maka makmum wajib sujud dan mendapatkan imam dalam qiam kerana sujud biasa itu dari rukun solat, sedangkan sujud tilawah bukan rukun solat. Jika imam atau orang yang solat sendirian membaca ayat sejadah dengan tujuan untuk sujud tilawah nescaya batallah solatnya. Samalah dengan seorang yang masuk kedalam masjid dengan tujuan untuk solat dua rakaat tahiyatul masjid pada waktu yang dimakruhkan.
Bersambung..........
Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...
والله اعلم
No comments:
Post a Comment