بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
Tazkirah Buat Diriku
Siri 1
Mengenang Jasa Guru,
Beradab Dengan Ahli Ilmu
Zaman teknologi serta mutaakhir ini kita sering melihat secara jelas di fb, blog dan sebagainya orang² yg bukan di kalangan ilmuan amat mudah memperlekehkan para ilmuan. Tanpa adab mereka begitu kasar rakus mengeji sehingga mengeluarkan perkataan² mahupun simbol yg menghina para ilmuan. Ampunilah aku dan mereka ya Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
«لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَفِ لِعَالِمِنَا»
“Bukanlah termasuk golongan kami, orang yg tidak menghormati orang yg tua, tidak menyayangi yang muda, dan tidak mengerti hak ulama kami.” (HR. Al-Bazzar)
Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan orang alim ke atas ahli ibadah seperti kelebihanku ke atas orang² yang paling rendah di antara kamu. (HR at-Tirmidzi dari Abu Umamah al Bahily RA).
Amirul mukminin Umar al-Khattab berkata: "kematian 1000 ahli ibadat yg bangun beramal ibadah sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang, itu lebih ringan berbanding kematian seorang alim yg mahir tentang ilmunya apa yg di halalkan & yg diharamkan Allah.
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Hendaklah seorang murid memperhatikan gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah ia meyakini keahlian gurunya dibandingkan yg lain. Karena hal itu akan menghantarkan seorang murid untuk banyak mengambil manfaat darinya, dan lebih bisa membekas dalam hati terhadap apa yg ia dengar dari gurunya tersebut” (Al-Majmu’ 1/84).
Hujah² di atas sudah membuktikan bahawa nilai guru dan para ilmuan itu sangat tinggi. Bukan bermakna mereka maksum. Tetapi jika mereka melakukan kesalahan atau kesilapan wajarlah ditangani selayaknya sebagai guru dan orang berilmu. Apatah lagi para ulamak yg hafal serta pakar al-quran dan hadis.
Berkesempatan juga dengan sambutan hari guru walaupun bukan sesuatu yg pernah dilakukan para sahabat mahupun Rasulullah s.a.w, namun menjadi tuntutan kepada kita sebagai umat islam cintakan Allah dan rasul Nya mengenang jasa memuliakan guru dan para ilmuan. Hormatilah dan sentiasa berdoa yg baik² buat mereka.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَمَنْ أَتَى إِليْكُم مَعْروفاً فَكَافِئُوه فَإِنْ لَمْ تَجِدوا فَادْعُوا لَهُ، حَتَّى يَعلَمَ أن قَد كَافَئْتُمُوه
“Apabila ada yang berbuat baik kepadamu maka balaslah dengan balasan yang setimpal. Apabila kamu tidak bisa membalasnya, maka doakanlah dia hingga engkau memandang telah mencukupi untuk membalas dengan balasan yang setimpal.” (HR. Bukhori)
Ibnu Jama’ah rahimahullah berkata: “Hendaklah seorang penuntut ilmu mendoakan gurunya sepanjang masa. Memperhatikan anak-anaknya, kerabatnya dan menunaikan haknya apabila telah wafat” (Tadzkirah Sami’ hal. 91).
Merendah diri serta serta beradab ketika menghadapi mereka.
Ibnu Jama’ah rahimahullah berkata: “Hendaklah seorang murid mengetahui bahwa rendah dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan.” (Tadzkirah Sami’ hal. 88)
Imam as-Sam’ani rahimahullah menceritakan bahwa majlis Imam Ahmad bin Hanbal dihadiri lima ribu orang. Lima ratus orang menulis, sedangkan selainnya hanya ingin melihat dan meniru adab dan akhlak Imam Ahmad. (Siyar AlamNubala, 11/316).
Terima kasih yg tidak terhingga buat semua guru²ku walaupun yg ku pelajari adalah sekelumit pahala. Doa yg terbaik buat mereka. Moga rahmat Allah sentiasa bersama mereka.
Pepatah Arab mengatakan
لولا مربي ما عرفت ربي
"Kalaulah tanpa guru maka niscaya aku tak akan kenal Tuhan ku".
*Terima kasih dan semoga beroleh pahala kepada orang tempat dimana semua ilmu yg ditulis.
Juga buat semua para ilmuan dan guru termasuklah rakan² dan sahabat²ku. Shk160514. Teruskanlah mendidik dgn ikhlas dan tegas.
Wallahua'lam. Masya Allah....hebat..hebat akhi Syukree Zain.... slot "tazkirah buat diriku" pula menyusul..... subhanallah.....
Moga istiqamah..
No comments:
Post a Comment