Thursday, May 1, 2014

TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN::

TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN::

Daripada Abi Najih'Irbadh bin Sariyah ra berkata; Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: ya Rasullulah, Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekalu maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Baginda pun bersabda; Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah swt dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' Ar Rasyidin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap2 bid'ah itu adalah sesat... Bakar, Omar, Osman dan Ali) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Ta'ala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. ..

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu ape jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, padahal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah)..

Sekian....MZA....

Hadis Riwayat Abu Daud danTirmizi..

Keterangan:
Hadis di atas mengandungi pesanan pesanan yang sangat berharga daripada Rasullullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.. dalam hadis ini iaitulah:

Pertama: Hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam keadaan ape jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya..

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang kepada Alquran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa' arrasyidin, kerana patuh kepada pemerintah yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada al- quran dan Hadis Nabi saw..

Ketiga:
Berpegang teguh kepsda sunnah Nabi saw dan sunnah para khulafa' arrasyidin al mahdiyin (Abu

No comments: