Thursday, May 29, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM 129 - 153

HuNiKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

129) Hukum berimam ditempat-tempat yang terpisah atau berlainan.

Huraian:
Jika ia mengikut imam didalam masjid sedangkan ia berada didalam sebuah bilik yang tertutup atau terkunci pintunya, maka ikutannya sah mengikut pendapat yang sohih sebagaimana tersebut dalam Raudah imam nawawi, hukumnya sama dengan masjid-masjid yang bersambung-sambung satu sama lain, sedangkan pintunya tertutup (sekarang masjid ada ruang solat utama dan kiri kanan ruang solat utama ada lagi ruang solat yang lain) iaitu makmum yang berada disatu masjid sah mengikut imam yang berada dimasjid lain.

Tersebut dalam kitab arRaudhah syarat dua bangunan dalam sebuah masjid itu ialah salah satu dari kedua binaan itu boleh menembusi ke bangunan yang satu lagi. Jika kedaan tidak demikian maka kedua-dua bangunan itu tidak dikira sebagai sebuah masjid. Berdasarkan keterangan ini jika seorang mengambil sebuah bilik di dalam masjid itu dan menutup semua jendelanya dengan binaan dan tidak membuat pintu baginya, kemudian ia solat di dalamnya sebagai makmum bagi imam yang berada diluar bilik itu maka hukumnya tidak sah ikutannya, tetapi pendapat ini ada khilaf kerana syarat اتصال (berhubung) atau perhubungan antara imam dan makmum itu tidak dikira dalam masjid.

130) Jika seorang itu bersolat diatas سطح masjid, sedangkan imam yang diikutinya bersolat dibawah maka ikutannya sah.

131) Jika ia bersolat diatas sutukh masjid, dan imam yang diikutinya bersolat diatas sutukh sebuah rumah yang lain atau diatas sutukh sebuah masjid yang lain yang berasingan, sedangkan kedudukannya bertentangan dengan imam itu dan diantara keduanya tidak didinding oleh sebarang pendinding, maka hukumnya mungkin tidak sah kerana makmum dan imam berada didua bangunan yang berlainan dan kerana tidak wujud perhubungan diantara imam dan makmum, dan mungkin sah jika jarak diantara keduanya tidak melebihi 300 hasta.

Jika imam berdiri diatas sutukh masjid, sedangkan ma kmum berdiri dibelakangnya diluar masjid diatas padang dan jarak diantara keduanya tidak sampai 300 hasta maka ikutannya sah walaupun makmum tidak bertentangan dengan imam. Hukum ini disebut oleh syeikh abu muhammad.

132) Jika seorang itu bersolat diatas sutukh sebuah rumah diluar masjid dan ia mengikut imam masjid, maka ikutannya tidak sah, kerana berlainan bangunan dan kerana tidak bersententangan.
*maksud bertentang disini adalah dapat melihat perbuatan imam.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

133) Apabila beberapa buah masjid bersambung-sambung satu dengan lain dan tidak ada diantara masjid-masjid itu satu binaan kepunyaan orang lain, maka masjid-masjid itu dikira sebagai sebuah masjid sahaja dan sahlah bagi makmum yang berada disalah sebuah masjid-masjid itu mengikut imam yang yang ada dimasjid yang lain sekalipun masjid-masjid itu tertutup pintunya. Kata imam nawawi dalam kitab arRaudhah:"masjid masjid yang bersambung itu diberi hukum sebuah masjid".

134) Jika diantara dua buah masjid itu ada pendinding yang lain dari dinding seperti diantara keduanya dipisahkan oleh sebatang jalan raya, maka mengikut alMutawali tidak harus didirikan jemaah mengikut zagir mazhab syafie kecuali barisan jemaah itu bersambung, kerana kedua-dua masjid itu berasingan satu dari yang lain, kerana itu jika jemaah telah didirikan disalah sebuah masjid itu, maka harus pula satu jemaah yang lain didirikan pada masjid yang satu lagi.

135) Jika makmum itu bersolat diatas sutukh masjid mengikut solat imam, sedangkan pintu tangga sutukh itu tertutup atau ia bersolat dalam sebuah bilik dalam masjid, sedangkan pintu bilik itu tertutup maka ikutannya sah, tetapi menurut satu pendapat yang tidak kuat tidak sah.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

136) Imam salah baca alFatihah.

Huraian :
Jika imam melakukan kesalahan membaca Fatihah sehingga mengubahkan maknanya, maka wajib diatas makmum bermufarakah dengan imam, tetapi adakah makmum kena mufarakah serta merta atau menunggu hingga imam itu rukuk, kerana kemungkinan kesalahan bacaan itu berlaku dengan sebab lupa dan boleh jadi ia akan teringat dan dapat membetulkan semula bacaan itu? Yang jelas ia kena mufarakah dengan serta merta kerana tidak harus mengikut imam dalam peebuatan lupa.

137) Makmum masbuk mendapati imam pada iqtidal.
Huraian :
Jika makmum masbuk mendapat imam pada iqtidal, maka diharuskan kepadanya bertakbir bersama imam untuk turun sujud, tetapi jika ia mendapat imam sedang sujud, maka hendaklah ia bertakbiratul ihram dan terus sujud tanpa takbir turun sujud kerana ia tidak mendapat takbir turun sujud bersama imam.

138) Kifiat bangun makmum masbuk apabila imam memberi salam.

Huraian :
Jika imam memberi salam maka diharuskan kepada makmum masbuk bangun menyempurnakan bahagian solat yang ketinggalan tanpa bertakbir jika ia ihram bersama imam pada rakaat keempat, tetapi jika ia berihram bersama imam pada rakaay yang ketiga maka hendaklah ia bangun dengan bertakbir kerana ini memang tempat duduknya.

139) Jika imam memberi salam, maka diharuskan kepada makmum jangan bangun sehingga imam selesai memberi salam yang kedua kerana salam yang kedua itu termasuk dalam ekoran solat.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

140) Hukum imam yang tidak disukai para makmum.

Huraian :
Dimakruhkan seorang itu menjadi imam kepada satu jemaah yang bilangan tersebut tidak sukakannya, kerana rasulullah bersabda

تلاتة لا ترفع صلاتهم فرق رؤوسهم شبرا رجل ام قوما وهم له كارهون وامراة باتت وزوجها عليها ساحط واخوان متصارمان. رواه ابن عباس.

"Tiga orang yang tidak diangkatkan solat mereka diatas kepala mereka walaupun sejengkal (maksud solat mereka tidak diterima Allah) iaitu lelaki yang mengimamkan satu jemaah, sedangkan mereka tidak sukakannya, dan perempuan yang tidur sedangkan suaminya marah kepadanya dan dua saudara bergaduh".

عن عمرو بن العاص ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ثلاثة لا يقبل الله منهم صلاة رجل تقدم قوما وهم له كارهون ورجل يأتى بالصلاة دبارا ورجل اعتبد محررا.

"Dari amru bin al-'as ia menceritakan bahawa rasulullah telah bersabda: tiga orang yang tidak diterima solat darinya iaitu lelaki yang tampil menjadi imam kepada satu jemaah, sedangkan mereka tidak sukakannya, dan lelaki yang mendirikan solat setelah luput waktunya, dan lelaki yang memperhambakan orang yang sudah merdeka".

Tersebut dalam syarah muhazab, jika ia hanya dibenci oleh separuh bilangan jemaah itu sahaja, atau lebih kecil dari itu lagi maka ia tidak dimakruhkan menjadi imam, tetapi al-Qadhi al-tobari telah meriwayatkan nas as-Syafie katanya: jika ia menjadi imam kepada satu jemaah sedangkan ada dalam kalangan mereka orang yang tidak sukakannya, maka kami makruhkannya menjadi imam dan yang afdhal baginya ialah ia jangan menjadi imam mereka. Ini jika mereka bencikannya kerana alasan syar'i seperti ia seorang yang zalim, atau seorang yang tidak menjaga dirinya dari najis atau mencari makan dari punca yang hina atau dia bergaul dengan orang-orang yang zalim dan fasik atau ia meninggalkan sunat-sunat haiah solat. Sebaliknya jika mereka bencikannya bukan kerana alasan syar'i maka ia tidak dimakruhkan menjadi imam. Dan disini pihak yang tercel a ialah mereka yang bencikannya.

Hukum makruh ini hanya tertentu kepada imam sahaja, sedangkan bagi makmum ia tidak dimakruhkan mengikut imam itu.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

141) Kehadiran satu jemaah dimasjid yang mempunyai imam tetap.

Huraian :
Jika satu jemaah hadir disatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diharuskan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput imam hadir, tetapi jika dibimbang luput waktu solat maka diharuskan seseorang yang lain tampil menjadi imam. Ujar imam nawawi jika dibimbang timbul fitnah hendaklah mereka solat sendirian dan diharuskan kepada mereka mengulangi solat bersama imam jika ia hadir selepas itu.

142) Kehadiran seorang makmum yang tidak disukai ahki masjid.

Huraian :
Apabila kehadiran seseorang makmum pada sebuah masjid itu tidak disukai oleh ahli-ahli masjid maka ia tidak dimakruhkan menghadirkannya demikian dinaskan oleh imam syafie.

143) Hukum berimamkan kanak-kanak pada solat jumaat.

Huraian :
Sah mengikut imam kanak-kanak pada solat jumaat menurut pendapat yang azhar jika ia lebih dari bilangan empat puluh orang, tetapi mengikut imam yang baligh adalah lebih utama dari imam kanak-kanak sama ada pada solat jumaat atau lainnya.

144) Hukum mengikut imam yang bertayamum.

Huraian :
Sah makmum yang mengambil wudhuk mengikut imam bertayamum.

145) Hukum mengikut imam yang duduk atau baring.

Huraian :
Sah makmum yang berkuasa berdiri mengikut imam yang duduk dan imam yang baring.

146) Hukum mengikut imam yang menggunakan isyarat.

Huraian :
Sah makmum yang berkuasa rukuk dan sujud mengikut imam yang menggunakan isyarat.

147) Hukum mengikut imam yang buta.

Huraian :
Sah makmum yang celik mengikut imam yang buta.

148) Hukum mengikut imam yang berpenyakit dedas (kencing tak lawas).

Huraian :
Sah makmum yang sihat mengikut imam yang berpenyakit dedas, atau imam yang mengidap luka-luka yang berdarah.

149) Hukum mengikut imam yang fasik.

Huraian :
Sah makmum yang adil mengikut imam yang membuat bid'ah yang tidak mengkufurkannya.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran sean

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

151) Makmum mazhab syafie mengikut imam bermazhab hanafi.

Huraian :
Jika makmun mazhab syafie mengikut imam mazhab hanafi, sedangkan imam itu tidak menganggapkan wajib mengambil wudhuk apabila menyentuh kemaluan atau menyentuh perempuan, begitu juga ia tidak menganggapkan wajib iqtidal dari rukuk dan sujud, ia tidak menganggapkan wajib tomakninah, wajib membaca fatihah dan wajib niat wudhuk, atau makmum mazhab syafie mengikut imam mazhab maliki yang tidak menganggapkan wajib tertib pada wudhuk dan selawat keatas nabi, maka disana terdapat beberapa pendapat tentang sah atau tidak sah ikutan itu, pendapat yang asoh ikutan itu sah jika ia tidak pasti atau ragu-ragu bahawa imam itu beranggapan sedemikian. Sebaliknya jika is yakin imam itu bersolat dengan anggapan sedemikian, maka ikutannya itu tidak sah.

Jika kita katakan ikutan orang yang bermazhab syafie yang berimamkan orang yang bermazhab hanafi itu sah, maka adakah perbuatan itu makruh? Menurut kami (pengarang kitab masalah imam dan makmum) tidak makruh, tetapi menurut abu ishak solat dengan berasingan lebih afdhal. Sedangkan orang lain berpendapat mengikut imam itu lebih afdhal.

Jija orang yang bermazhab syafie mengikut imam yang bermazhab hanafi pada solat subuh, jika imam itu berhenti ketika iqtidal sekadar masa yang membolehkan makmum membaca qunut, maka hendaklah ia membaca qunut tetapi jika kadar masa itu tidak cukup untuk baca qunut maka hendaklah ia terus mengikut imam, jika makmun yang bemazhab syafie itu takhaluf dari imamnya untuk membaca qunut dan sempat mandapat imam dalam sujud maka perbuatan itu makruh.

Dalam hubungan ini (tertinggal qunut kerana mengikut imam hanafi) kenalah makmum sujud sahwi menurut pendapat yang asoh kerana berpegang kepada iktikad makmum, dan menurut pendapat yang lain tidak kena sujud sahwi kerana berpegang kepada iktikad imam.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf d

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

152) Hukum mengikut imam yang telor (pelat).

Huraian :
Kata alBandihi jika seseorang yang pandai membaca berimamkan orang yang telor bacaannya seperti ia tidak dapat menyebut huruf ق dengan makhraj yang betul bahkan ia sebutkannya diantara bunyi ك dan ق maka solatnya sah tetapi makruh.

Kata abu hamid jika imam itu menyebut ذ pada الذين انعمت عليهم dengan bunyi د maka ikutannya sah kerana sebutan sedemikian tidak mengubahkan makna ayat tetapi hukum ini tidak berlaku pada imam yang menukarkan bunyi ض dengan ظ pada
ولا الضالين
kerana perubahan itu mengubahkan makna ayat. Sebab الظالين beerti orang yang bermukim diwaktu siang hari dan الضالين beerti orang yang sesat.

153) Makmum musafir tidak tahu niat imam musafir.

Huraian :
Jika makmum musafir tidak tahu niat imam musafir lalu ia berkata dalam hatinya, "jika ia solat qasar aku solat qasar, dan jika ia solat cukup, aku solat cukup, maka hukumnya ada dua pendapat, pendapat yang asoh tak'liq seperti itu sah sebagaimana sah tak'liq solat jenazah keatas mayat orang islam yang terkeliru dengan mayat-mayat orang kafir apabila ia berkata "aku niat solat diatas orang ini jika ia muslim". Begitu juga sah tak'liq solat jenazah keatas orang yang mati syahid yang bercampur aduk dengan mayat-mayat yang bukan mati syahid apabila ia berkata " aku niat solat diatas orang ini jika ia bukan syahid", oleh itu jika imam solat cukup maka hendaklah makmum solat cukup dan jika ia solat qasar hendaklah makmum solat qasar.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

No comments: