Wednesday, May 21, 2014

Aku membesarkan seorang khalifah 5

AKU MEMBESARKAN SEORANG KHALIFAH 5

Ketika mengendalikan sesi ceramah bersama guru dan ibu bapa, mereka turut ditanya mengenai impian mereka terhadap anak2.

Semuanya mengimpikan anak2 yg soleh, dapat membalas jasa, bertaqwa, beriman dan berjaya dunia akhirat.

Rumusannya, semua ibu bapa dan guru berkongsi impian, harapan dan cita2 yg sama.

Yg berbeza adalah mekanisme ataupun cara utk merealisasikan impian tersebut. Kadang kala akan berlaku sedikit sebanyak impian kita tergelincir drpd apa yg kita harapkan. Atau dgn lain perkataan kemenjadian anak2 kurang dinampakkan dgn mata kasar.

Sekadar ingatan buat semua, jgn disebabkan berlaku kegelinciran ini, kita saling menyalahkan pihak yg lain.
Ibu bapa menyalahkan guru dan sebaliknya sedangkan kita semua berkongsi impian yg sama. Adakah menyalahkan org boleh menyelesaikan masalah?

Maka, bertindaklah dgn wajar dan waras dgn sama2 bekerjasama. Bagaimana? Kelemahan ibu bapa di tampung oleh guru dan kekurangan guru dilengkapkan oleh ibu bapa.

Kan kita sedang membesarkan seorang KHALIFAH.

Apakah khalifah boleh membesar dgn hebat dlm keluarga yg sentiasa dgn tekanan, marah, sedih dan caci maki. Marahnya lebih byk berbanding kasih sayangnya....

Apakah khalifah hebat akan lahir dgn makanan yg tidak tentu halal haram dan khasiatnya...

Apakah KHALIFAH boleh membesar dgn kurangnya kelengkapan pembelajaran dan pendidikan yg biasa2 shj.

Apakah KHALIFAH boleh membesar hebat dgn hanya suruhan semata2 tanpa ada bimbingan dan tunjuk ajar. Amat besar kesilapan dan kezaliman ibu bapa yg hanya menyuruh anaknya solat tetapi tidak memberi tunjuk ajar anaknya solat.

Mmg betul hadis nabi saw menyebut :

عن عبدالله بن عمرو قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر) (رواه أبو داود وقال الألباني : صحيح) .

Maksudnya : perintahkan anakmu solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak bersolat ketika berumur 10 tahun.

Maaf kerna terpaksa menegur dan memberi ingatan kerana byk ibu bapa hanya menyuruh a
nak solat dan merotan bila tidak solat sedangkan anak2 tidak tahu bagaimana solat yg betul. Apa yg boleh diistilahkan melainkan melakukan kezaliman kpd anak2.

Kan kita pun confuse sekiranya majikan mengarahkan kita menyiapkan teks ucapannya sedangkan bos kita tidak menjelaskan teks itu berkaitan apa.. kita pun peningkan...

So jgn peningkan anak2 dgn arahan yg mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana utk melakukan.

Ertinya setiap arahan kpd anak2 perlu kpd tunjuk ajar dan bimbingan sehingga menjadi satu kebiasaan yg disebut sbg pelaziman minda.

Berbalik kpd kerjasama membesarkan seorang khalifah, ibu bapa dan guru perlu sentiasa bersangka baik antara satu sama lain, saling melengkapi dan berusaha mencapai impian yg satu.

Besarkan KHALIFAH kita dgn haknya. Hak makan minum dan kehidupan yg sempurna, hak kasih sayang dan penghargaan serta hak iman dan islamnya.

Teruskan dan perkukuhkan kerjasama sesama. Semoga usaha kita dinilai sbg amal2 soleh yg menyelamatkan dlm perjalanan barzakh dan memudahkan laluan kita meniti titian sirot.

Firman allah :

﴿ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ﴾ [المائدة: 2]

Maksudnya : dan tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan taqwa. Janganlah kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan.

Hidup mati biarlah bererti
Bakhtiar fitri hj abdul hamid

No comments: