Thursday, May 1, 2014

melewatkan solat isyak....

melewatkan solat isyak....
......
soalan : Betul ka ada hadis yg berbunyi "jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku akan menyuruh utk melewat2kan solat isyak". Blh minta kepastian bg yg arif.
.......
UST rizal : Ye betul tu akhi mzamzuria...memang ada hadis tu...dan nabi pernah melewatkan solat isyak sambil berkata....Haza waktuha...haza waktuha... iaitu inilah waktunya...ini lah waktunya... (waktu solat isyak)..... Tapi kena ingat.... sekiranya kita sempat dan boleh solat jama'ah isyak...maka didahulukan solat jama'ah isyak di masjid2 atau surau...
Tapi sekiranya kita tak sempat jama'ah isyak di masjid atau surau...sebab balik lewat...sampai rumah dah kul 930 malam... maka afdhalnya ialah dilewatkan solat isyak tersebut.... Jangan tinggalkan jama'ah semata2 nak lewatkan isyak...  Antara hikmah kenapa solat isyak dilewatkan lebih afdhal dari solat isyak awal secara berseorangan ialah ia menjadi penguji kekuatan iman dan taqwa kita kepada Allah swt... kerana kita mampu utk solat diwaktu mata tengah mengantuk....
Samalah juga dengan hadis nabi berkenaan solat dhuha... kata nabi saw, waktu yang paling afdhal solat awwabin iaitu solat dhuha ialah ketika hari mula kepanasan atau ketika anak2 unta mula merasai panas matahari...
Ini kerana, amat jarang orang yang mampu tunaikan solat SUNAT dhuha ketika hari mula kepanasan... berbeza dengan waktu awal pagi iaitu awal waktu dhuha dalam jam 730 ke 745 pgi.... waktu tu ramai yang boleh solat dhuha kerana masih berbaju solat..berbaju melayi dan berkain pelikat dan waktu masih sejuk... 

No comments: