Monday, May 19, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM...96 - 104

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

96) Imam tidak dapat menanggung syak dan kelupaan makmum.

Huraian :
Satu qaedah penting ialah imam tidak dapat menanggung syak makmum dan kelupaan makmum. Yang dapat menanggung, syak dan kelupaan ialah sujud sahwinya. Oleh itu jika makmum syak adakah ia solat tiga atau empat rakaat, maka hendaklah ambil yang kurang dan wajiblah ia tambahkan atau sempurnakan selepas salam imam. Jika makmum syak adakah ia sujud sekali atau dua kali, maka hendaklah ia ambil yang kurang dan sujud sekali lagi sekiranya ia masih ditempat sujudnya, contohnya jika ia syak selepas ia mengangkatkan kepalanya dari sujud dan sebelum ia bangun bersama imam, tetapi jika syak atau keraguan itu timbul selepas ia bergerak hendak bangun bersama imam, maka janganlah ia kembali sujud, bahkan hendaklah ia tambahkan dengan satu rakaat selepas salam imam. Jika ia syak semasa tasyahud awal adakah sujud sekali atau dua kali maka hendaklah ia sujud sekali lagi walaupun ia telah masuk dalam tasyahud awal, kerana tasyahud awal itu sunat, dan duduknya bersama imam untuk tasyahud itu dikira menggantikan duduk diantara dua sujud, oleh itu ia boleh terus sujud, kemudian duduk bersama imam untuk tasyahud, tetapi jika sebaik sahaja ia mengangkat kepalanya dari sujud tiba-tiba imam pun bangkit, maka hendaklah ia dapatkan imam dalam qiam dan jangan lagi duduk untuk tasyahud. Begitu juga jika keraguannya timbul selepas selesai solat, adakah ia solat tiga atau empat rakaat, maka pastilah ia solat serakaat lagi selepas salam. Tetapi adakah makmum ini kena sujud sahwi? Menurut imam ghazali ia kena sujud sahwi, kerana ia ragu-ragu dengan apa yang telah dilakukan selepas salam.

Jika ia mendapat imam dalam rukuk tetapi ia ragu-ragu adakah ia sempat bertomakninah atau tidak, maka mengikut pendapat yang shohih rakaat itu tidak dikirakan untuknya, bahkan hendaklah ia mendirikan serakaat lagi selepas salam dan kenalah sujud sahwi menurut imam nawawi, teta pi pendapat beliau tentang kena sujud sahwi itu tidak mendapat kata sepakat para ulamak. Kerana imam ghazali mengatakan kena sujud sahwi, sedangkan alqadi husain mengatakan tidak kena sujud sahwi kerana keeaguan itu timbul semasa mengikut imam.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

97) Solat lebih rakaat.

Huraian :
Jika ia mendirikan solat empat rakaat tiba-tiba ia bangkit kerakaat yang kelima, maka solatnya tidak batal walaupun banyak perbuatannya yang lebih, kerana jika perbuatan-perbuatan yang lebih itu dari jenis perbuatan solat, maka solat itu tidak batal. Kemudian jika ia teringat bahawa dia telah mendirikan rakaat yang lebih semasa ia qiam atau rukuk atau sujud, maka pastilah ia wajib duduk dan kenalah ia sujud sahwi. Tetapi jika ia teringat selepas ia duduk dalam rakaat yang kelima hendaklah ia sujud sahwi dan memberi salam samaada ia selesai membaca tasyahud atau belum. Kemudian kita lihat pula jika ia teringat selepas ia selesai membaca tasyahud pada rakaat yang kelima, maka ia tidak payah lagi mengulangi bacaannya. Dan jika ia teringat sebelum membaca tasyahud, maka dilihat jika ia belum lagi membaca tasyahud pada rakaat yang keempat maka wajiblah ia membaca tasyahud, tetapi ia telahpun membaca tasyahud pada rakaat yang keempat dan sedar pula bahawa tasyahud itu adalah tasyahid akhir, maka ia tidak wajib ulang tasyahud menurut pendapat yang asoh tetapi menurut ibnu surih wajib ulang tasyahud kerana menjaga موالاة diantara tasyahud dan salam, memandangkan tasyahud rakaat keempat telah terputus dengan rakaat yang kelima.

98) Makmum muafiq mengangkat kepala dari sujud sebelum imam.

Huraian :
Menurut al-'ibadi jika makmum muafiq manyangka bahawa imam telah mengangkat kepalanya dari sujud, lalu iapun mengangkatkan kepalanya dari sujud tiba-tiba ia dapati imam masih lagi dalam sujud, maka dia diberi piliha diantara rujuk kembali kepada imam atau tidak rujuk kembali.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

99) Imam tiba-tiba sujud pada akhir solat.

Huraian :
Jika imam sujud pada akhir solat, maka wajib bagi makmum mengikutinya kerana ditanggung imam itu lupa walaupun makmum tidak mengetahui sebab lupanya.

100) Imam sujud sekali sahaja.

Huraian :
Jika imam hanya sujud sekali sahaja kemudian terus bangun maka hendaklah makmum sujud sekali lagi kerana ditanggung imam itu lupa.

101) Makmum diwajibkan memberitahu segala kecacatan solat.

Huraian :
Wajib diatas makmum memberitahu imam selepas solat apa sahaja kecacatan yang telah berlaku supaya dapat disempurnakannya.

102) Imam tiba-tiba turun sujud dalam solat siriah.

Huraian :
Jika imam turun sujud dari qiam di dalam solat siriah (tidak baca lantang) maka hendaklah makmum mengikutinya kerana ditanggung ia telah membaca ayat sajadah.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

103) Imam teringat dalam solat ia berhadas.

Huraian :
Jika imam teringat dalam solat bahawa ia berhadas besar atau berhadas kecil, maka pastilah ia keluar dari solat itu. Kemudian jika tempat bersuci itu dekat hendaklah ia memberi isyarat kepada para makmum supaya menunggu, dan hendaklah ia pergi bersuci kemudian balik mengihramkan solat dan hendaklah para makmum mengikutinya dan tidak payah mereka memulakan semula solat mereka dan itulah yang lebih aula.

Sebaliknya jika para makmum tidak mahu menunggunya, maka bolehlah mereka solat bersendirian atau menggantikannya dengan orang lain. Ujar syeikh abu hamid yang diharuskan menunggu imam jika solat belum lagi selesai serakaat. Tetapi jika selepas selesai satu rakaat maka tidak diharuskan menunggu imam. Tetapi jika tempat bersuci itu jauh maka hendaklah para makmum itu menyempurnakan solat mereka tanpa menunggunya. Ujar imam syafie para makmum diberi pilih samaada hendak menyempurnakan solat mereka secara bersendirian atau mengangkat seseorang menjadi imam mereka.

104) Makmum nampak najis diatas baju imam.

Huraian :
Jika seorang itu solat dibelakang imam kemudian ia nampak najis diatas baju imam, maka hendaklah ditilik iaitu jika najis itu boleh dilihat dengan terang maka wajiblah diulang solat. Tetapi jika najis itu tersembunyi dibawah baju maka tidak wajib ulang solat, tetapi jika najis dibaju imam itu kelihatan nyata, tetapi makmum tidak sedar kerana ia asyik dengan solatnya atau ia tidak dapat melihat najis itu kerana ia berada jauh dari imam, maka hukumnya wajib ulang solat.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

No comments: