Monday, May 19, 2014

MENCARI SUMBER RIZQI YANG HALAL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH RINGKAS UNTUK MUHASABAH DIRI. ???
(Selasa 20 Mei 2014)

MENCARI SUMBER RIZQI YANG HALAL.

Manusia dalam menjalani kehidupannya, diwajibkan untuk bekerja & berusaha bagi memenuhi keperluan hidupnya. Dalam Islam, pekerjaan yg dilakukannya mestilah yg menepati tuntutan syariat Islam. Kerana dengan pekerjaan yg baik akan di perolehi sumber rizqi yang halal.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqara, ayat 172:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُون.َ

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (QS al Baqarah 172).

Ayat di atas memerintahkan kepada umat manusia agar berusaha untuk mencari sumber rizqi yang halal serta makan minum yg halal.

Di antara halal haram makanan dalam islam ada beberapa perkara diantaranya:

1. Barangnya.
2. Sumbernya
3. Prosesnya
4. Bahannya.
5. Pilihannya
6. Caranya.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Mukminun 51).

Oleh kerana itu wahai saudara-saudaraku marilah kita berusaha untuk menjauhkan diri dari perkara yang di haramkan dalam pekerjaan kita dan makan minum kita sehari hari.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

ان الله تعالى طيب ﻻ يقبل اﻻ طيبا

"Sesungguhnya Allahu SWT adalah zat yang baik, tidak menerima sesuatu, melainkan dari sesuatu yang baik. ( HR Muslim).

Ya Allah ya Tuhan kami. Mudahkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan sumber rizqi yang halal. Yg dengan nya dapatlah kami membeli sesuatu yang halal yg Engkau Redhoi, dan Jauhkanlah kami memakan makanan dan minuman yang haram yg dengannya azab Mu akan menimpa kami di dunia dan di akhirat. Aamiinn ya Robbal 'aalamiin. !!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam USM.

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dg yg lainnya.
ILMU ITU MILIK ALLAH
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Insya-Allah. !!!

No comments: