Tuesday, May 6, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

3) Masa berdiri apabila solat diqamatkan.

Huraian :
Afdal bagi para makmum yang sihat dan kuat yang duduk jangan bangkit berdiri sehingga selesai qamat, dan menurut setengah ulamak syafie boleh bangkit berdiri sewaktu juru qamat itu mengucapkan قد قامت الصلاة bagi yang tua dan lemah (uzur) supaya ia sempat bertakbiratul ihram dengan imam.

4) Tiada sunat tahiyatul masjid apabila solat diqamatkan.

Huraian :
Jika seseorang itu masuk kedalam masjid sewaktu juru qamat sedang qamat, maka tidaklah disunatkan baginya solat sunat tahiyatul masjid. Ini berdasarkan kepada sabda nabi :
اذا اقيمت الصلاة فلا صلاة الا المكتوبة
"apabila solat telah diqamatkan, maka tidak boleh didirikan solat yang lain melainkan solat fardhu".

Menurut pendapat yang sohih orang yang seperti itu hendaklah terus berdiri menunggu solat, demikian tersebut dalam kitab alkifayah. Tetapi الحناطي dalam kumpulan fatwanya telah berkata "jika seseorang itu masuk kedalam masjid sewaktu juru qamat sedang qamat, maka janganlah ia terus berdiri bahkan hendaklah ia duduk dan apabila selesai qamat barulah ia bangkit berdiri kembali.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
Termisss kuliah....

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

9) Menghadirkan tiga perkara dalam takbirarul ihram.

Huraian :
Apabila seseorang itu bertakbiratul ihram, maka wajid keatasnya menghadirkan tiga perkara iaitu :
1-Qasad=sahaja aku
2-Ta'rudh=solat
3-Ta'yin=fardhu subuh

Takbirarul ihram adalah menyebut kalimah الله اكبر.

10) Menghadirkan niat menjadi makmum

Huraian :
Apabila seseorang yang menjadi makmum kepada imam, maka wajib baginya berniat menjadi makmum, jika tidak batallah solat makmum tersebut mengikut pandangan jumhur ulamak termasuk imam malik, imam syafie, imam abu hanifah. Adapun imam yg tidak berniat menjadi imam adalah sah solatnya dan solat jemaah itu dikira fadhilatnya. Tetapi imam tidak mendapt pahala menjadi imam.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

11) Mendapat fadhilat takbiratul ihram

Huraian :
Apabila imam mengangkat takbiratul ihram, maka disunatkan bagi makmum segera bertakbiratul ihram selepas takbirarul ihram imam supaya ia mendapat fadhilat takbiratul ibram. Ada hadis menyatakan siapa yang menghadirkan takbiratul ihram selama empat puluh pagi nescaya ditulis padanya dua kebebasan iaitu

1⃣kebebasan dari api neraka
2⃣kebebsan dari nifak.

Tersebut dalam kitab syarah الشهاب menurut riwayat ada sekumpulan penyamun telah menyamun empat ratus ekor unta dan 40 puluh orang hamba sahya milik abu amamah al-bahali. Lalu beliau datang menemui rasulullah s.a.w. dengan rupa yang sugul. Beliau telah ditanya oleh rasulullah "apakah yang telah mendukacitakanmu". Beliau pun menceritakan peristiwa itu. Lalu rasulullah bersabda
" aku fikir engkau dukacita kerana luput takbiratul ihram bersama imam". Jawab beliau " ya rasulullah keluputan takbiratul ihram itu padaku lebih besar dari kehilangan semua harta itu. Bahkan lebih besar dari kehilangan unta sepenuh bumi".

12) Menyebut takbiratul ihram tanpa mad.

Huraian :
Disunatkan bagi imam dan makmum mengucapakan takbiratul ihram tanpa mad. Itulah sunnah yang dilakukan oleh rasulullah.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

Termisss kuliah....

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

17) Memberi salam sebelum imam dengan niat مفارقه

Huraian :
Jika makmum memberi salam sebelum imam dengan niat mufarokah (berpisah dari imam) maka hendaklah ditilik, sekiranya ia berbuat demikian dengan alasan-alasan yang membenarkan untuk mufarokah maka solatnya tidak batal. Diantara alasan-alasan yang dibenarkan ialah imam membaca terlalu panjang atau imam meninggalkan sunat-sunat yang مقصوده seperti tasyahud pertama, bacaan qunut, bacaan surah dan sebagainya. Sekiranya makmum mufarokah tanpa alasan maka hukumnya ada dua pendapat. Pendapat yang paling utama dari keduanya ialah solatnya batal.

Sekiranya makmum berbuat demikian tanpa niat mufarokah sedangkan makmum tahu dan sedar bahawa dia mengikut imam, maka solatnya batal tanpa khilaf kerana makmum telah melakukan dua perbiatan haram. Pertama mendahului imamnya dengan satu rukun dan kedua memutuskan qudwah (ikut imam) tanpa niat mufarokah. Demikian di تصريح kan dalam kitab الكفاية..

18) Makmum wajib mengikut imam.

Huraian :
Wajib bagi makmum mengikut imam di dalam segala gerak solat tanpa mendahului imam dan tanpa melakukan gerak solat serentak dengan gerak solat imamnya. Kebiasaan sahabat-sahabat yang bersolat belakang rasulullah ialah mereka tidak rukuk dan sujud sehingga mereka melihat rasulullah turun sujud.

Bersambung..........

Doakan kebaikan kepada Ustaz Mahfuz dan keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

No comments: