copy n paste dr al fadhil ustaz mashudi mayuti mashadi Masyuti
Melayu dan sifat Ilmu Allah.
Sedikit minum pagi buat hamba yang jahil lagi degil ni.
Semoga Allah ampunkan dosa hamba dan muslimin sekeliannya dan jauhkan kami sekeliannya daripada bala dosa dan keburukannya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al-Hujarat ayat 01.
Tafsir Ibnu Kathir;
Ini ayat adab yang mengajar adab oleh Allah akan hambanya yang mukmin pada memuliakan Nabi saw. Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah” dengan makna jangan kamu bersegara dalam apa apa perkara sebelum apa apa yang dikatakan oleh Allah dan Rasulnya bahkan yang sepatutnya kamu mengikut bagi RasulNya pada sekelian perkara.
Keumuman suruhan ini boleh dikatakan masuk di bawah hadis Muaz bin Jabal ra yang antara adab syar’I iaitu:
Sabda Nabi saw: sewaktu Muaz di hantar Nabi saw kepada negeri Yaman:
Nabi saw: wahai muaz- dengan apa kamu berhukum?
Muaz ra: Dengan Kitab Allah.
Nabi saw: Maka jika tidak engkau dapati dalam Kitab Allah?
Muaz ra: Dengan Sunnah Rasulullah saw.
Nabi saw: maka jika tiada juga engkau dapati dengan sunnah Aku?
Muaz ra: Aku akan Berijtihad.
Nabi saw: maka menepuk Nabi saw akan dada Muaz.
Nabi saw: " الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ ، لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ " .
Telah meriwayat akan ini hadith oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan Imam Tarmizi dan Ibnu Majah.
Kesimpulannya: Muaaz mentakhirkan/mengkemudiankan pendapatnya/ijtihadnya dan mendahulukan kita b Allah dan Sunnah Rasulullah saw.
Berkata Ali bin Talhah daripada Ibni Abbas pada menafsirkan ayat : “Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya”- Yakni jangan menyalahi Kitab Allah dan Sunnah RasulNya (pada menyatakan sesuatu hukum).
Kalam Tafsir at-Tabari:
Firman Allah: “Wahai Orang yang beriman” yakni wahai orang yang mengaku dengan keesaan Allah dan kenabian Nabi saw “ Jangan kamu Mendahului Allah dan RasulNya” yakni jangan gopoh kamu dengan menghukum sesuatu perkara dalam peperangan kamu atau agama kamu sebelum menghukum oleh Allah dan RasulNya maka ditakuti bahawa menghukum kamu dengan menyalahi suruh Allah dan RasulNya.
Kalam tafsir al-Bughawi:
Firman Allah “ jangan mendahului Allah dan RasulNya” yakni jangan kamu buat sesuatu sebelum suruhan Allah dan RasulNya.
dan tafsir lainnya.
Kesimpulannya:
Mana mana mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan RasulNya kenalah dengar suruhan Allah dan RasulNya, jangan memandai dengan perkataan atau perbuatan atau kedua-duanya sekali.
Salah satu sifat Allah iaitu “ILMU” iaitu Sifat yang wujudiah yang sedia kala yang ada di zat Allah yang mengetahui/nyata oleh Allah dengan dia akan segala perkara atas barang yang ia dengan dia daripada segala yang wajib dan mustahil dan harus atas wajah/jalan meliputi secara tafsil dengan ketiadaan kena belajar dulu.
Allah tahu akan keadilan yang ada pada hokum hudud/jenayah syariyah yang di suruh, mana boleh ahli Tauhid apalagi yang mendakwa ASWJ yang mengaku dengan sifat2 ketuhanan boleh mencari alasan itu dan ini sehingga kerja/usha perlaksanaannya tertangguh atau lainnya.
Kerana ianya satu kewajiban yang diwajibkan secara ain(fardhu Ain) atas setiap individu Mukmin selagi belum di laksanakan dia.
Takutlah kita tergolong daripada kalangan mereka yang yang beriman dengan sifat-sifat Allah dengan lidah dan belaian helaian kitab kitab tauhid sebaliknya didalam dada mengkufuri sifat siaft tuhan ini.
Muktazilah : boleh Tangguh hokum Hudud sebab kepaya han mencari saksi yang adil.
Murjiah : Boleh Tangguh hokum hudud sehingga hari kiamat dengan alasan ramai yang tak faham.
Ahli Sunnah wal Jamaah: wajib mengamalkan hokum jenayah Syar’3iyah/hudud sebab ianya kewajiban mengikut suruhan Allah dan Rasulnya.
Semoga kita Ahli Sunnah wal jamaah yang tidak di mulut bahkan di dada dan di mulut dan perbuatan.
Wallahuaalam.
Ya Allah jadikan kami dari kalangan mereka yang benar2 beriman dengan Mu ya Allah. Amiiin
No comments:
Post a Comment