Friday, May 30, 2014

Anak lelaki... 31/5/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Sabtu, 2 S'ban 1435H)
Anak Lelaki

'Anak Lelaki' kerap dirujuk sebagai seseorang yang terbukti maskulin, jantan, lanang dan telah terbukti kelakiannya. Mungkin dengan KPI nya yang mempunyai isteri lebih daripada seorang atau yang mempunyai anak yang ramai. Jarang dirujuk kepada maksud sebenarnya iaitu anak lelaki yang sanggup menyara, berbakti dan menanggung hidup kedua orang tuanya.

Ramai dikalangan anak lelaki yang telah berkahwin terutamanya, mengabaikan tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya. Mereka menyerahkan kepada kakak atau adik perempuan untuk menguruskan ibu bapa mereka yang sudah uzur. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perlu difahami bahawa perhubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga sampai bila-bila...

PENCERAHAN :
Anak-anak lelaki pada hari ini, bila sudah berumah tangga terus melupakan peranannya sebagai 'anak lelaki' pada keluarganya. Melebihkan isterinya daripada ibu bapanya sendiri sama ada pada sudut harta atau kasih sayang. Sebab itu si isteri perlu memahami dan menerima hakikat bahawa dia berkahwin dengan anak lelaki keluarga mertua. Janganlah jadi pesaing kepada ibu mertua malah sepatutnya menjadi penggalak hubungan yang lebih akrab anak lelaki atau suaminya itu kepada kedua ibu bapanya.

Seorang lelaki datang kepada Saidina Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkan mu."

Ini menjelaskan kepada kita, selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa.uk. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup, keselamatan dan hak-hak mereka perlulah dipenuhi sekadar kemampuan si anak lelaki tadi. Sempurnakan dahulu tanggung jawab terhadap mereka sebelum kepada anak isteri sendiri.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama mu kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (HR : Ibnu Majah)

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tuanya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan. Ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.uk.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap empat wanita ini;
1. Ibunya,
2. Isterinya,
3. Anak perempuan dan
4. Saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu;
1. Suaminya,
2. Ayahnya (jika belum berkahwin),
3. Anak lelakinya dan
4. Saudara lelakinya.

Diriwayatkan dari Jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku". Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya?". Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi) Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

uk.Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata: "Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa. Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu. Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu. Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis. Diriku takut jika engkau binasa. Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu. Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia. Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu". Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

KESIMPULAN :
Adalah menjadi kebimbangan hari ini kualiti anak lelaki semakin merudum. Ada anak lelaki yang terus bergantung pada ibu bapa sendiri dari bujang sampailah dah beranak-pinak, anak lelaki yang terlibat dengan rempit, ragut, rompak dan rogol (4R), belum lagi dadahnya dan yang jadi 'nyah' lagi, maka semakin sedikitlah bilangan 'anak lelaki' yang sebenar. Wallahu a'lam - Ust Kay ada 3 orang anak lelaki, risau juga ! Ukay's.

Thursday, May 29, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM 129 - 153

HuNiKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

129) Hukum berimam ditempat-tempat yang terpisah atau berlainan.

Huraian:
Jika ia mengikut imam didalam masjid sedangkan ia berada didalam sebuah bilik yang tertutup atau terkunci pintunya, maka ikutannya sah mengikut pendapat yang sohih sebagaimana tersebut dalam Raudah imam nawawi, hukumnya sama dengan masjid-masjid yang bersambung-sambung satu sama lain, sedangkan pintunya tertutup (sekarang masjid ada ruang solat utama dan kiri kanan ruang solat utama ada lagi ruang solat yang lain) iaitu makmum yang berada disatu masjid sah mengikut imam yang berada dimasjid lain.

Tersebut dalam kitab arRaudhah syarat dua bangunan dalam sebuah masjid itu ialah salah satu dari kedua binaan itu boleh menembusi ke bangunan yang satu lagi. Jika kedaan tidak demikian maka kedua-dua bangunan itu tidak dikira sebagai sebuah masjid. Berdasarkan keterangan ini jika seorang mengambil sebuah bilik di dalam masjid itu dan menutup semua jendelanya dengan binaan dan tidak membuat pintu baginya, kemudian ia solat di dalamnya sebagai makmum bagi imam yang berada diluar bilik itu maka hukumnya tidak sah ikutannya, tetapi pendapat ini ada khilaf kerana syarat اتصال (berhubung) atau perhubungan antara imam dan makmum itu tidak dikira dalam masjid.

130) Jika seorang itu bersolat diatas سطح masjid, sedangkan imam yang diikutinya bersolat dibawah maka ikutannya sah.

131) Jika ia bersolat diatas sutukh masjid, dan imam yang diikutinya bersolat diatas sutukh sebuah rumah yang lain atau diatas sutukh sebuah masjid yang lain yang berasingan, sedangkan kedudukannya bertentangan dengan imam itu dan diantara keduanya tidak didinding oleh sebarang pendinding, maka hukumnya mungkin tidak sah kerana makmum dan imam berada didua bangunan yang berlainan dan kerana tidak wujud perhubungan diantara imam dan makmum, dan mungkin sah jika jarak diantara keduanya tidak melebihi 300 hasta.

Jika imam berdiri diatas sutukh masjid, sedangkan ma kmum berdiri dibelakangnya diluar masjid diatas padang dan jarak diantara keduanya tidak sampai 300 hasta maka ikutannya sah walaupun makmum tidak bertentangan dengan imam. Hukum ini disebut oleh syeikh abu muhammad.

132) Jika seorang itu bersolat diatas sutukh sebuah rumah diluar masjid dan ia mengikut imam masjid, maka ikutannya tidak sah, kerana berlainan bangunan dan kerana tidak bersententangan.
*maksud bertentang disini adalah dapat melihat perbuatan imam.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

133) Apabila beberapa buah masjid bersambung-sambung satu dengan lain dan tidak ada diantara masjid-masjid itu satu binaan kepunyaan orang lain, maka masjid-masjid itu dikira sebagai sebuah masjid sahaja dan sahlah bagi makmum yang berada disalah sebuah masjid-masjid itu mengikut imam yang yang ada dimasjid yang lain sekalipun masjid-masjid itu tertutup pintunya. Kata imam nawawi dalam kitab arRaudhah:"masjid masjid yang bersambung itu diberi hukum sebuah masjid".

134) Jika diantara dua buah masjid itu ada pendinding yang lain dari dinding seperti diantara keduanya dipisahkan oleh sebatang jalan raya, maka mengikut alMutawali tidak harus didirikan jemaah mengikut zagir mazhab syafie kecuali barisan jemaah itu bersambung, kerana kedua-dua masjid itu berasingan satu dari yang lain, kerana itu jika jemaah telah didirikan disalah sebuah masjid itu, maka harus pula satu jemaah yang lain didirikan pada masjid yang satu lagi.

135) Jika makmum itu bersolat diatas sutukh masjid mengikut solat imam, sedangkan pintu tangga sutukh itu tertutup atau ia bersolat dalam sebuah bilik dalam masjid, sedangkan pintu bilik itu tertutup maka ikutannya sah, tetapi menurut satu pendapat yang tidak kuat tidak sah.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

136) Imam salah baca alFatihah.

Huraian :
Jika imam melakukan kesalahan membaca Fatihah sehingga mengubahkan maknanya, maka wajib diatas makmum bermufarakah dengan imam, tetapi adakah makmum kena mufarakah serta merta atau menunggu hingga imam itu rukuk, kerana kemungkinan kesalahan bacaan itu berlaku dengan sebab lupa dan boleh jadi ia akan teringat dan dapat membetulkan semula bacaan itu? Yang jelas ia kena mufarakah dengan serta merta kerana tidak harus mengikut imam dalam peebuatan lupa.

137) Makmum masbuk mendapati imam pada iqtidal.
Huraian :
Jika makmum masbuk mendapat imam pada iqtidal, maka diharuskan kepadanya bertakbir bersama imam untuk turun sujud, tetapi jika ia mendapat imam sedang sujud, maka hendaklah ia bertakbiratul ihram dan terus sujud tanpa takbir turun sujud kerana ia tidak mendapat takbir turun sujud bersama imam.

138) Kifiat bangun makmum masbuk apabila imam memberi salam.

Huraian :
Jika imam memberi salam maka diharuskan kepada makmum masbuk bangun menyempurnakan bahagian solat yang ketinggalan tanpa bertakbir jika ia ihram bersama imam pada rakaat keempat, tetapi jika ia berihram bersama imam pada rakaay yang ketiga maka hendaklah ia bangun dengan bertakbir kerana ini memang tempat duduknya.

139) Jika imam memberi salam, maka diharuskan kepada makmum jangan bangun sehingga imam selesai memberi salam yang kedua kerana salam yang kedua itu termasuk dalam ekoran solat.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

140) Hukum imam yang tidak disukai para makmum.

Huraian :
Dimakruhkan seorang itu menjadi imam kepada satu jemaah yang bilangan tersebut tidak sukakannya, kerana rasulullah bersabda

تلاتة لا ترفع صلاتهم فرق رؤوسهم شبرا رجل ام قوما وهم له كارهون وامراة باتت وزوجها عليها ساحط واخوان متصارمان. رواه ابن عباس.

"Tiga orang yang tidak diangkatkan solat mereka diatas kepala mereka walaupun sejengkal (maksud solat mereka tidak diterima Allah) iaitu lelaki yang mengimamkan satu jemaah, sedangkan mereka tidak sukakannya, dan perempuan yang tidur sedangkan suaminya marah kepadanya dan dua saudara bergaduh".

عن عمرو بن العاص ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ثلاثة لا يقبل الله منهم صلاة رجل تقدم قوما وهم له كارهون ورجل يأتى بالصلاة دبارا ورجل اعتبد محررا.

"Dari amru bin al-'as ia menceritakan bahawa rasulullah telah bersabda: tiga orang yang tidak diterima solat darinya iaitu lelaki yang tampil menjadi imam kepada satu jemaah, sedangkan mereka tidak sukakannya, dan lelaki yang mendirikan solat setelah luput waktunya, dan lelaki yang memperhambakan orang yang sudah merdeka".

Tersebut dalam syarah muhazab, jika ia hanya dibenci oleh separuh bilangan jemaah itu sahaja, atau lebih kecil dari itu lagi maka ia tidak dimakruhkan menjadi imam, tetapi al-Qadhi al-tobari telah meriwayatkan nas as-Syafie katanya: jika ia menjadi imam kepada satu jemaah sedangkan ada dalam kalangan mereka orang yang tidak sukakannya, maka kami makruhkannya menjadi imam dan yang afdhal baginya ialah ia jangan menjadi imam mereka. Ini jika mereka bencikannya kerana alasan syar'i seperti ia seorang yang zalim, atau seorang yang tidak menjaga dirinya dari najis atau mencari makan dari punca yang hina atau dia bergaul dengan orang-orang yang zalim dan fasik atau ia meninggalkan sunat-sunat haiah solat. Sebaliknya jika mereka bencikannya bukan kerana alasan syar'i maka ia tidak dimakruhkan menjadi imam. Dan disini pihak yang tercel a ialah mereka yang bencikannya.

Hukum makruh ini hanya tertentu kepada imam sahaja, sedangkan bagi makmum ia tidak dimakruhkan mengikut imam itu.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

141) Kehadiran satu jemaah dimasjid yang mempunyai imam tetap.

Huraian :
Jika satu jemaah hadir disatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diharuskan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput imam hadir, tetapi jika dibimbang luput waktu solat maka diharuskan seseorang yang lain tampil menjadi imam. Ujar imam nawawi jika dibimbang timbul fitnah hendaklah mereka solat sendirian dan diharuskan kepada mereka mengulangi solat bersama imam jika ia hadir selepas itu.

142) Kehadiran seorang makmum yang tidak disukai ahki masjid.

Huraian :
Apabila kehadiran seseorang makmum pada sebuah masjid itu tidak disukai oleh ahli-ahli masjid maka ia tidak dimakruhkan menghadirkannya demikian dinaskan oleh imam syafie.

143) Hukum berimamkan kanak-kanak pada solat jumaat.

Huraian :
Sah mengikut imam kanak-kanak pada solat jumaat menurut pendapat yang azhar jika ia lebih dari bilangan empat puluh orang, tetapi mengikut imam yang baligh adalah lebih utama dari imam kanak-kanak sama ada pada solat jumaat atau lainnya.

144) Hukum mengikut imam yang bertayamum.

Huraian :
Sah makmum yang mengambil wudhuk mengikut imam bertayamum.

145) Hukum mengikut imam yang duduk atau baring.

Huraian :
Sah makmum yang berkuasa berdiri mengikut imam yang duduk dan imam yang baring.

146) Hukum mengikut imam yang menggunakan isyarat.

Huraian :
Sah makmum yang berkuasa rukuk dan sujud mengikut imam yang menggunakan isyarat.

147) Hukum mengikut imam yang buta.

Huraian :
Sah makmum yang celik mengikut imam yang buta.

148) Hukum mengikut imam yang berpenyakit dedas (kencing tak lawas).

Huraian :
Sah makmum yang sihat mengikut imam yang berpenyakit dedas, atau imam yang mengidap luka-luka yang berdarah.

149) Hukum mengikut imam yang fasik.

Huraian :
Sah makmum yang adil mengikut imam yang membuat bid'ah yang tidak mengkufurkannya.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran sean

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

151) Makmum mazhab syafie mengikut imam bermazhab hanafi.

Huraian :
Jika makmun mazhab syafie mengikut imam mazhab hanafi, sedangkan imam itu tidak menganggapkan wajib mengambil wudhuk apabila menyentuh kemaluan atau menyentuh perempuan, begitu juga ia tidak menganggapkan wajib iqtidal dari rukuk dan sujud, ia tidak menganggapkan wajib tomakninah, wajib membaca fatihah dan wajib niat wudhuk, atau makmum mazhab syafie mengikut imam mazhab maliki yang tidak menganggapkan wajib tertib pada wudhuk dan selawat keatas nabi, maka disana terdapat beberapa pendapat tentang sah atau tidak sah ikutan itu, pendapat yang asoh ikutan itu sah jika ia tidak pasti atau ragu-ragu bahawa imam itu beranggapan sedemikian. Sebaliknya jika is yakin imam itu bersolat dengan anggapan sedemikian, maka ikutannya itu tidak sah.

Jika kita katakan ikutan orang yang bermazhab syafie yang berimamkan orang yang bermazhab hanafi itu sah, maka adakah perbuatan itu makruh? Menurut kami (pengarang kitab masalah imam dan makmum) tidak makruh, tetapi menurut abu ishak solat dengan berasingan lebih afdhal. Sedangkan orang lain berpendapat mengikut imam itu lebih afdhal.

Jija orang yang bermazhab syafie mengikut imam yang bermazhab hanafi pada solat subuh, jika imam itu berhenti ketika iqtidal sekadar masa yang membolehkan makmum membaca qunut, maka hendaklah ia membaca qunut tetapi jika kadar masa itu tidak cukup untuk baca qunut maka hendaklah ia terus mengikut imam, jika makmun yang bemazhab syafie itu takhaluf dari imamnya untuk membaca qunut dan sempat mandapat imam dalam sujud maka perbuatan itu makruh.

Dalam hubungan ini (tertinggal qunut kerana mengikut imam hanafi) kenalah makmum sujud sahwi menurut pendapat yang asoh kerana berpegang kepada iktikad makmum, dan menurut pendapat yang lain tidak kena sujud sahwi kerana berpegang kepada iktikad imam.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku khilaf d

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

152) Hukum mengikut imam yang telor (pelat).

Huraian :
Kata alBandihi jika seseorang yang pandai membaca berimamkan orang yang telor bacaannya seperti ia tidak dapat menyebut huruf ق dengan makhraj yang betul bahkan ia sebutkannya diantara bunyi ك dan ق maka solatnya sah tetapi makruh.

Kata abu hamid jika imam itu menyebut ذ pada الذين انعمت عليهم dengan bunyi د maka ikutannya sah kerana sebutan sedemikian tidak mengubahkan makna ayat tetapi hukum ini tidak berlaku pada imam yang menukarkan bunyi ض dengan ظ pada
ولا الضالين
kerana perubahan itu mengubahkan makna ayat. Sebab الظالين beerti orang yang bermukim diwaktu siang hari dan الضالين beerti orang yang sesat.

153) Makmum musafir tidak tahu niat imam musafir.

Huraian :
Jika makmum musafir tidak tahu niat imam musafir lalu ia berkata dalam hatinya, "jika ia solat qasar aku solat qasar, dan jika ia solat cukup, aku solat cukup, maka hukumnya ada dua pendapat, pendapat yang asoh tak'liq seperti itu sah sebagaimana sah tak'liq solat jenazah keatas mayat orang islam yang terkeliru dengan mayat-mayat orang kafir apabila ia berkata "aku niat solat diatas orang ini jika ia muslim". Begitu juga sah tak'liq solat jenazah keatas orang yang mati syahid yang bercampur aduk dengan mayat-mayat yang bukan mati syahid apabila ia berkata " aku niat solat diatas orang ini jika ia bukan syahid", oleh itu jika imam solat cukup maka hendaklah makmum solat cukup dan jika ia solat qasar hendaklah makmum solat qasar.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

Siapa kentut ni ?.... 30/5/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 1 Sya'ban 1435H)
Siapa kentut ni ?

Jangan ditanya siapa yang kentut. Nescaya tiada siapa yang akan mengaku, percayalah ! Terutamanya bila ianya dilepaskan di khalayak ramai. Kenapa Kita Kentut, Kentut datang dari mana?, Berapa kali kita mampu kentut? Bunyi macam tak senonoh tapi tu lah hakikatnya. Kita kenalah tahu sebab apa kita kentut. Jangan asyik ingat sebab sakit perut, sebab makan telur, atau sebab nak buang air besar. Kentut ni memang tak da cara nak atasi. Nak tak nak kena kentut jugak, tapi control lah sikit.Jangan lepas ikut suka hati je...uk

PENCERAHAN :
Kentut adalah salah satu daripada fungsi badan yang paling biasa sepanjang zaman. Semua orang melakukannya, daripada Neelofa sampailah Angelina Jolie pasti juga kentut. Malah, perkataan “fart” (kentut) adalah salah satu perkataan yang tertua dalam bahasa Inggeris! Teruskan membaca untuk mengetahui fakta-fakta yang lebih menarik perihal kentut ini.

Dari mana datang kentut ni? Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari dubur. Tapi sebenarnya, kajian perubatan menyatakan kentut ini berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui dubur. Maksudnya, bukanlah dubur punca sebenar kentut tetapi selalu kena tuduh !

Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk? Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang boleh 'membunuh'.

Berapa banyak kita mampu kentut sehari? Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Tapi ada yang kentut tak sampai 14 kali atau terlebih kan? Sebab tiada siapa yang sudi mengira berap a kali kah sudah terkentut. Tetapi harus ingat... kentutpun ada adab-adabnya.

Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walau bagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku...buat 'donno' !

Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidatina Aisyah r.a yang berkata, Nabi SAW bersabda ;

إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ

"Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat)." (HR : Abu Daud)

Menurut al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik.

Abdullah bin Zam'ah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya ;

لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ ؟

"Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya?"
(HR : Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain.

Kentut adalah sebagian dari rangkaian metabolisme tubuh manusia. Sehingga semua orang yang normal mengalaminya. Oleh itu, ketika kita mendengar ada orang yang kentut, kita dilarang mentertawakannya. Kerana kita sendiripun kentut atau pernah terkentut !

Dalam Tuhfatul Ahwadzi, Syarh Sunan at-Tirmiz i, Al-Mubarokfuri mengatakan,

وكانوا في الجاهلية إذا وقع ذلك من أحد منهم في مجلس يضحكون فنهاهم عن ذلك

“Dulu mereka (para sahabat) di masa jahiliyah, apabila ada salah satu peserta majlis yang kentut, mereka semua tertawa. Kemudian baginda melarang hal itu.” (Tuhfatul Ahwadzi, 9/189). uk.

BAKAL PENGHUNI SYURGA KERANA KENTUT :
Sekitar satu bulan selepas Hatim bin Asom meninggal dunia, seorang teman Hatim bermimpi seolah-olah ia bertemu dengan Hatim Al-Asom.
"Wahai Hatim, apa yang telah kau dapatkan dari Allah, dan bagaimana pula Dia memperlakukan dirimu?"
"Allah memperlakukan aku dengan baik sekali, bahkan aku mendapat nikmat kubur yang begitu luas, nikmat awal bagi para penghuni syurga." Jawab Hatim.
"Amalan apakah yang membuat dirimu mendapat perlakuan istimewa seperti itu?"
"Semua itu ku dapatkan, hanya kerana kentut. Seorang gadis membeli pakaian di kedaiku. Tanpa sengaja ia telah terkentut, namun aku pura-pura tak mendengarnya. Aku berlagak pekak. Bila aku tak berpura-pura pekak, maka boleh saja aku akan terjerumus mendedahkan keaibannya itu. Padahal sesama muslim harus saling menutupi aib dan cela antara satu sama lain, bukan dicanang merata. Jangan pula kamu bukakan rahsia orang lain kesana kemari, kerana itulah rahsia mu juga akan ditutupi oleh Allah jua."

KESIMPULAN :
Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan? Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda saja dari keluar ke dunia. Sampai masanya... Siapa kentut ni ?
Wallahu a'lam - Alhamdulillah masih dapat kentut. Ukay's

Wednesday, May 28, 2014

mikraj..

Dalam hadis Imam Bukhari dinyatakan bahawa di langit ke dua nabi berjumpa dengan 2 orang nabi iaitu Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s .... langit ke 3 baru jumpa Nabi yusof... a.s....UST umray

Info nya hanyalah perlu diperbetulkan bab nabi2 yang dijumpai oleh nabi muhammad saw di langi ke 2 dan ke 3...

1) langit ke 2 : nabi yahya a.s dan nabi isa a.s...

2) langit ke 3 : nabi Yusof a.s

Kalau nak nukil hadis bukhari tu, teramatlah panjangnya... hehe...

Al-Hadaad.... 29/5/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 29 Rejab 1435H)
Al-Hadaad

Al-Hadaad (Berkabung) ataupun Ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405) Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek.

Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Jangan berghuluw (berlebih-lebihan) dalam urusan agama.

PENCERAHAN :
Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al-Hadaad ( الْحَدَادُ ). Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya. Pendapat lain menyatakan, al-Hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya.

Al-Hadaad, terbahagi kepada dua. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Pembahagian ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجِهَا رواه مسلم

"Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" (HR : Muslim)

فَإِنَّهَا تُحِدُّ عَلَيْهِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

"Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari" (HR : Bukhari)

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja.
Manakala kaum lelaki, tida k disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah lama dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.

Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah SAW ;
من تشبه بقوم فهو منهم

“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا النصارى

“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”

Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan! (MAZA)

KESIMPULAN :
Apa yang Ust Kay nampak pelik sikit situasi masyarakat kita ni, bila ada kematian raja-raja atau pembesar barulah nak hentikan rancangan hiburan kat tv, konsert dan sebagainya, yang pembaca berita pula barulah nak pakai tudung. Bacaan Al-Quran pun tak henti-henti di semua saluran TV, Alhamdulillah ! Lepas tujuh hari lepas tu hiburan akan rancak kembali...
Wallahu a'lam - Berkabung maksiat selamanya. Ukay's

Monday, May 26, 2014

B*** aka khinzir... 27/5/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Selasa, 26 Rejab 1435H)
B***

B*** adalah sejenis haiwan yang bermuncung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. B*** sejenis haiwan yang haram dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. B*** mempunyai nickname tersendiri iaitu 'khinzir' dan nama sebenarnya ialah BABI !

PENCERAHAN :
Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah SWT dan membuat potongan urat Halkum dan urat Merih, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya.

Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan tersebut berasid, akan tercemar dengan asid urik sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah...

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Memang jenis binatang yang bukan untuk dimakan.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pul a melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Baqarah : 173)

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan-haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir. Macam babi...

Mungkin tidak ramai yang sedar, di dalam badan babi terdapat sejenis cacing pita yang di mana ianya tidak dapat dimatikan dengan proses pendidihan walaupun dengan takat didih 1000°celcius sekalipun. (Seperti daging-daging lain, setelah direbus, cacing-cacing dan kuman yang terdapat dalam daging ini akan dapat dimatikan.) Oleh itu, mereka yang makan babi akan terdedah kepada kewujudan kuman-kuman ini di dalam badannya.

Sebenarnya bukan soal kesihatan sahaja hikmah Allah haramkan babi, tetapi soal 'akhlak' babi itu juga. Teri ngat Ust Kay tentang kisah Syeikh Muhammad Abduh, Tokoh Gerakan Islah terkenal sewaktu beliau berkunjung ke Perancis. Pemuda di sana mempertikaikan tentang ‘kekotoran’ daging babi. Mereka menyatakan bahawa babi sekarang adalah bersih… dipelihara dan dijaga makan minumnya… tidak mungkin membawa penyakit.

Syeikh Muhammad Abduh telah meminta mereka menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina untuk dijadikan ‘eksperimen’nya. Setelah disediakan… dilepaskan tiga ekor ayam tersebut ke dalam kandang…. maka terjadilah pergelutan antara dua ekor ayam jantan kerana sifat cemburu dan saling mempertahankan seekor ayam betina tersebut.

Di lepas pula tiga ekor babi tadi ke dalam kandang… maka babi tersebut tidak ada rasa cemburu… bahkan saling ‘tolong menolong’ untuk 'tidur bersama' babi betina yang ada dalam kandang tersebut. Syeikh Muhammad Abduh lantas menyatakan… itulah sifat babi. Apa yang kita makan akan mempengaruhi sifatnya. Justeru, sekiranya kita makan daging babi, maka hilanglah sifat cemburu kita….kita tidak kisah kalau isteri kita bergaul dengan bukan mahram dengan keadaan yang meragukan.. kita tidak ambil peduli anak perempuan atau anak lelaki kita keluar dengan sesiapa… bahkan kalau suami akan menjadi suami yang dayus. Memang teruk betul babi ni...

KESIMPULAN :
Masyarakat kita umumnya cukup terkesan tentang haramnya babi ni. Apa sahaja yang berkaitan tentang babi cukup dibenci. Bila dikatakan ada produk yang dicemari dengan DNA babi, terus segera ditinggalkan. Tetapi malangnya, seolah-olah yang haram cuma babi, yang perlu dijauhi dan dielakkan cuma babi. Babi, babi, babi dan babi lagi... Sedangkan riba, rasuah, judi, mencuri, khianat amanah juga HARAM. Ironinya mereka melakukan semua ini tetapi percayalah mereka tak akan makan daging babi. Sebab merasakan babi sahaja yang haram...kesian babi !
Wallahu’alam - Jangan buat tuduhan 'mengkhinzir buta'. Ukay's.

Salam Isra' wa Mikraj..

Salam Isra' wa Mikraj..

Kepada sahabat2 yg tidak berkesempatan mendengar pengajian tentang peristiwa Isra' dan Mikraj berikut antara ringkasan pengajarannya...

1. Kehidupan seluruh umat Islam di dunia ini adalah 'Perjuangan' (mengamalkan kebaikan, mencegah kemungkaran);

2. Umat Islam sejak Nabi Muhammad hingga kini di seluruh pelusuk dunia sentiasa dimusuhi, dibenci dan diperangi kerana tiada kesatuan dan kepaduan;

3. Manusia kini sibuk dengan keduniaan dan kurang peka dengan akhirat yg kekal abadi termasuklah lalai dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap cara hidup berpandukan Quran dan Sunnah serta memandang sipi/sinis perjuangan Islam samada dari segi dakwah, siasah, ekonomi dan keadilan sosial;

4. Solat terutamanya solat berjamaah juga adalah satu perjuangan. Namun, hanya mereka yg bersolat berjamaah saja yg ada jati diri untuk berjuang khususnya berdakwah menegakkan agama Allah..

5. Wajib menjaga solat tidak kira sibuk mana pun kita, di mana sahaja. Umat Islam mesti menjaga solatnya kerana solat adalah perintah Allah yg disampaikan kpd Nabi Muhammad ketika bertemu Allah di Sidratul Muntaha. Itulah penting dan istimewanya solat.

6. Kita besyukur dapat menunaikan solat 5 waktu berbandung sepatutnya 50 waktu atas perjuangan dan belas kasih Nabi Muhammad terhadap umatnya. Bayangkan sekarang ini jika kita wajib solat 50 waktu. Mampukah? Sedangkan 5 waktu pun kita lalai;

7. Asas Keimanan adalah solat. Solat adalah tiang agama. Solat jamaah adalah asas kepada asas kepada kekuatan berkomuniti. Tanpa solat berjamaah perpaduan umat tidak akan dicapai..

8. Umat Islam tanpa perjuangan tiada nilai (cth: umat Islam di Palestin di sembelih tapi umat Islam di negara jiran langsung tidak sensitif dlm melindungi dan mempertahankannya, maka umat Islam di negara jiran tersebut tiada nilai di sisi Allah).

9. Kebenaran dan Keberanian. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi lebih berani memperjuangkan kebenaran. Sekiranya kita hilang keberanian dlm perjuangan, maka kejayaan tidak akan diperoleh. Oleh itu umat Islam p erlu keberanian dlm menyatakan yang hak dan menentang kebatilan.

10. Umat Islam yang tidak menjaga solat, bererti akan hilang kekuatan dan imannya amat lemah. Dengan solat berjamaah InsyaAllah organisasi, kawasan, negeri, negara, rakyat dan agama kita akan aman tenteram. Ayuh marilah kita sama2 mengambil berat tentang perintah solat 5 waktu kerana solat tiang agama.

Allahu'alam..

[Tazkirah Surau An-Nur, 26/5/2014]
Cnp...dr ust muhaimin

Sunday, May 25, 2014

AKU SEORANG DA’IE.

AKU SEORANG DA’IE.

(SIRI 2)

Dalam siri pertama yang lalu, saya telah menyebutkan bahawa tugas para Rasul dan Anbiya’ Alaihimussolatu wassalam ialah mengajak manusia ke arah menyembah dan menuju Allah swt… Maka dengan sebab itu tugas dakwah adalah merupakan tugas yang sangat mulia..

Walaupun begitu dalam melayari bahtera dakwah, seseorang da’ie itu perlu ada padanya beberapa sifat akhlak dan perbadi yang menghiasi dirinya agar keberkesanan dakwah itu dapat dicapai. Antaranya ialah :

Pertama : Ikhlas Dalam Berdakwah. 

Motivasi utama bagi seorang da’ie ketika berdakwah ialah rasa cinta kepada Allah swt, kepada agamaNya, kepada sesame umat Islam dan mengharapkan kebaikan dan hidayah untuk orang yang ingin didakwahinya.Maka dengan sebab itu Keikhlasan seorang da’ie dalam dakwahnya adalah merupakan suatu perkara yang paling penting bagi menjamin tercapainya misi dakwahnya, sebagaimana Allah swt memberitahu tentang para nabi tatkala mereka berkata kepada kaumnya :

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ"

"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun daripadamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepadaNya)". [Yunus:72]

Jika dakwah didasarkan bukan kerana ikhlas, tetapi karena riya’, mengharap kedudukan, harta ataupun ketinggian darjat dan kedudukan disisi masyarakat serta kepentingan dunia lainnya, maka apa yang dilakukan oleh da’ie tersebut tidak dapat dianggap sebagai dakwah karena Allah swt, melainkan seruan tersebut hanyalah semata-mata untuk dirinya sendiri, kepentingan pribadi atau maksud-maksud lainnya. Sesungguhnya Allah swt telah memberikan peringatan tentang hal ini dalam firmanNya:

مَن كَانَ يُريدُِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ {15} أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

"Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka, di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan". [Hud:15-16]

Ibnu Abbas r.a berkata :

“Sesungguhnya, orang-orang yang riya’, mereka diberi kebaikan di dunia, dan tidak di dirugikan sedikitpun. Allah swt berfirman ‘barangsiapa beramal shalih namun tujuannya untuk mencari dunia, Aku akan membalas perbuatan mereka dengan sempurna di dunia, tetapi sia-sialah apa yang dia perbuat. Dan di akhirat, ia termasuk orang-orang yang merugi’.” 

Sifat Ikhlas juga sebenarnya merupakan benteng diri seorang pendakwah daripada godaan dan hasutan Iblis atau Syaitan , yang mana ia memiliki komitmen yang teguh serta bersungguh-sungguh untuk menjerumuskan anak keturunan Adam kejurang kehinaan. Allah swt berfirman dalam Al-quran , surah Al Hijr ayat 39-40 :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

“Iblis berkata : Ya tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,pasti aku akan menjadikan mereka (anak Adam) memandang baik (perbuatan maksiat) dibumi,dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba – hamba Engkau yang Mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” 

Dari ayat di atas sangat jelas komitmen yang di miliki Iblis untuk menghinakan manusia bahkan lebih hina dari Iblis itu sendiri, dimana realitinya sekarang ini telah ramai yang sudah menjadi penyambung dan penerus perilaku dan perangai Iblis serta Syaitan tersebut, sehingga mereka terus leka dan tenggelam dalam berbagai bentuk kemaksiatan.

Namun, disana terdapat satu benteng dan perisai yang diberikan Allah untuk umat manusia yang tidak boleh ditembusi oleh Syaitan dan Iblis, iaitulah “hamba-ha mba Allah swt yang Ikhlas” .
Mereka adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk,kurniaan, taufik serta hidayah dari Allah swt untuk mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sesungguhnya bukan mustahil untuk kita memperolehi sifat Ikhlas ini, kerana Hamba-hamba Allah swt yang ikhlas itu sememangnya ada atau wujud sebagaimana yang disebut dalam ayat di atas.. Cumanya, Bagaimanakah dan dengan apakah kita boleh mencapai maqam Mukhlisin tersebut??....

Ini lah dia sifat pertama yang perlu ada pada seorang pendakwah.. Renung2 kan dan selamat beramal..

*bersambung pada siri seterusnya*….

Ar-Raaji Rahmata Rabbihi al-Jawwad
UMRay – Mei 2014. ْ

Bla bla bla bla bla bla.... 25/5/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Ahad, 25 Rejab 1435H)
Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla... !

‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun' dan ‘Mutasyaddiqun’ ada kaitannya dengan tajuk yang pelik di atas. Apakah itu ? Ketahui jawapannya dengan baca CCUK ini hingga habis..., jangan baca tajuk kemudian 'just ignore' !

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...." Berapa ramai di kalangan kita, dapat menjaga lidahnya, setelah menbaca tajuk di atas? Bla bla bla..huhuhu ! Ust Kay pun kadang-kadang ada juga mengeluarkan kenyataan yang lazer, yang mungkin mengguris mata yang membaca. Tapi Ust Kay percaya, jika mereka membacanya secara positif atau cuba berfikiran positif, pasti mereka tidak akan terasa hati.

Imam Nawawi ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada bercakap yang sia-sia, kecuali jika percakapan itu mendatangkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baiklah berdiam diri. Hal ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatan lidahnya."
(HR : Ibnu Abib-Dunya).

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Di antara hikmah diam ini ialah ;
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutup aib diri.

Hadis-hadis Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud ; "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiap a yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (HR : Abu Naim) "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam." (HR : Bukhari dan Muslim) "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya." (HR : At-Tarmizi)

Bagai ‘Mulut Ayam’ tiada henti bercakap. Mulut ayam atau dari erti kata lain dalam peribahasa yang berbunyi “Mulut bagai ekor ayam dihembus” atau lebih dikenali dalam peribahasa yang lain, “Moncong seperti ekor ayam” bermaksud seseorang yang tidak berhenti-henti bercakap dan juga yang tidak tahu erti diam. Individu ini juga mungkin lebih dikenali dalam masyarakat melayu kita sebagai “Mulut Murai” atau “Banyak mulut”.

Ada pepatah juga mengatakan ; 'Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik.' Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan mendiamkan lidahnya. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang LIMA perkara berkaitan hal ini iaitu ;
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan semata-mata.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikkan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita.
5. Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kelak keaiban diri juga dikatakan orang.

Baginda SAW juga pernah bersabda ;

عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه مَرْفُوْعًا : " إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّيْ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا , وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّيْ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُوْنَ , وَالْمُتَشَدِّقُوْنَ , وَالْمُتَفَيْهِقُوْنَ " قَالُوْا : قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُوْنَ وَالْمُتَشَدِّقُوْنَ , فَمَا الْمُتَفَيْهِقُوْنَ؟ قَالَ : اَلْمُتَكَبِّرُوْنَ

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai diantara kalian dan yang paling dekat kedudukannya dengan ku pada hari Kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dari ku diantara kalian pada hari kiamat kelak adalah Tsarsarun, Mutasyaddiqun dan Mutafaihiqun.” Para Sahabat bertanya : “Kami sudah tahu siapa Tsarsarun dan Mutasyaddiqun, tapi siapakah Mutafaihiqun?” Baginda menjawab : “Orang yang sombong.”
(Ash-Shahihah no 791 dan Mukhtashar no 84)

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap dan maksud Mutasyaddiqun pula ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai oleh Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN :
Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak. Bercakap-cakap kini telah ditransfer kepada bentuk-bentuk moden seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Instagram, facebook dan sebagainya... Ancaman dan bahayanya tetap sama seperti bercakap biasa atau mungkin lebih bahaya. Betul tak?
Wallahu a'lam - ...................................... syyy diam ! Ukay's.

Friday, May 23, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM 105 - 128

HByKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

105) Hukum berimamkan seorang امي (tidak tahu membaca al-Quran).

Huraian :
Jika ternyata bahawa imam yang diikutinya seorang امي yang tidak tahu membaca maka solatnya tidak sah. Jika seorang امي menjadi imam kepada satu jemaah امي bersama dengan jemaah yang tahu membaca, maka solat jemaah امي itu sah, dan solat jemaah yang tahu membaca itu tidak sah dan wajib mereka ulang solat.

106) Hukum berimamkan seorang khunsa.

Huraian :
Tidak sah bagi lelaki berimamkan khunsa atau berimamkan perempuan dan tidak sah bagi khunsa berimamkan khunsa, tetapi sah bagi perempuan berimamkan perempuan atau khunsa. Jika khunsa menjadi imam kepada jemaah perempuan maka hendaklah ia berdiri didepan mereka seperti imam lelaki bukan berdiri ditengah mereka seperti imam perempuan, tetapi tidak harus khunsa menjadi imam kepada jemaah perempuan, melainkan disana pastilah ada mahram bagi salah seorang dari perempuan-perempuan yang menjadi makmum itu.

107) Perempuan cantik dimakruhkan berjemaah dimasjid.

Huraian :
Dimakruhkan kepada perempuan hadir bersolat jemaah dimasjid jika ia seorang yang muda atau tua yang mempunyai daya penarik yang memberahikan. Hak memberi izin terpegang ditangan suami dan walinya. Jika ada orang yang memandang dengan penuh berahi maka haram bagi suami dan wali memberi izin kepadanya hadir kemasjid.

108) Hukum beeimamkan anak zina.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada anak zina dan orang yang tidak diketahui bapanya seperti anak pungut/ anak yang dijumpai.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

109) Hukum berimamkan orang yang fasik.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada orang yang fasik, orang yang membaca cepat yang tidak dafahami, orang yang gagap, orang yang salah bacaannya dan orang yang was-was.

110) Hukum berimamkan orang yang melakukan perkara-perkara yang makruh dalam solat.

Huraian :
Dimakruhkan berimam kepada orang yang melakukan perkara-perkara yang makruh di dalam solat. Abu sahlah alSayib bin khilaf salah seorang sahabat nabi telah bercerita katanya : "ada seorang lelaki mengimamkan satu jemaah tiba-tiba ia meludah kearah qiblat dan perbuatannya diperhatikan oleh Rasulullah. Apabila selesai solat Rasulullah bersabda : " orang ini tidak boleh jadi imam kamu selepas hari ini".

111) Hukum solat dengan berselimut.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan berselimut iaitu menutup semua badannya tanpa mengeluarkan tangannya.

112) Hukum solat dengan kain yang labuh.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan melabuhkan kain sehingga menjejak bumi dan diharamkan dengan niat takbur, tetapi tidak dimakruhkan kepada perempuan melabuhkan kainnya, kerana perempuan ini lebih menutup dan melindungkannya.

113) Hukum solat dengan membalut muka.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan membalut muka kerana pada suatu masa Rasulullah telah melihat seorang lelaki membalut mukanya lalu rasulullah pun menyuruh "dedahkan janggutmu kerana ia sebahagian dari muka".

114) Hukum solat dengan memutup muka (purdah) bagi perempuan.

Huraian :
Dimakruhkan kepada perempuan bersolat dengan menutup mukanya dan menampakkan dua matanya sahaja.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

115) Hukum solat dengan meletak tangan dimulut.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan meletakan tangan dimulutnya tanpa suatu keperluan, tetapi jika kerana suatu keperluan seperti menguap, maka diharuskan kepada seorang menutup mulut dengan tangannya, sabda Rasulullah
اذا تئاب احدكم فليرده ما استطاع فانه اذا قال ها ها ضخك الشيطان منه
"Apabila seorang dari kamu menguap, maka hendaklah ia menahannya sedaya upaya, dan jika ia mengeluarkan suara ha ha nescaya ia akan diketawakan syaitan.

116) Hukum solat diatas hamparan-hamparan (sejadah) bergambar.

Huraian :
Dimakruhkan solat diatas hamparan-hamparan yang bergambar atau berjalur-jalur seperti sejadah yaman atau tikar yang berjalur-jalur yang melalaikan solat, kata syeikh izzuddin abdul salam jika ia mendirikan solat diatas hamparan-hamparan seperti itu, maka diharuskan kita memejamkan kedua belah matanya jika ia takut terlalai.

117) Hukum solat dalam gereja.

Huraian :
Diharamkan solat didalam gereja walaupun bersih dari najis-najis jika pada dinding-dindingnya terdapat gambar-gambar atau patung-patung, sebaliknya jika pada dindingnya itu tidak terdapat gambar atai patung dan tidak pula menimbulkan sangkaan bahawa ia membesarkan syiar-syiar ibadah mereka atau memuliakan sembahan-sembahan mereka, maka hukumnya makruh didirikan solat disana.

118) Hukum solat dengan rambut yang diikat.

Huraian :
Dimakruhkan bagi lelaki mendirikan solat dengan rambut dan baju yang diikat atau disimpul sanggulnya atau disingsingkan lengan bajunya, atau dengan rambut yang diikat atau ditolak bawah serebannya. Oleh itu barang siapa yang melihat lelaki yang bersolat dengan rambut yang diikat atau lengan baju yang disingsing, maka diharuskan kepadanya menguraikan rambut dan meluruskan lengan bajunya samaada diizin orang itu atau tidak kerana mengikut amalan sahabat-sahabat r.a.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doa

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

119) Hukum mengangkat baju atau kain ketika rukuk dan sujud.

Huraian :
Dimakruhkan mengangkat baju atau kain ketika rukuk atau sujud.

120) Hukum solat dengan merapatkan dua belah kaki.

Huraian :
Dimakruhkan solat dengan merapatkan kedua belah kaki, bahkan diantara keduanya sunat direnggangkan sedikit.

121) Hukum rukuk yang tidak betul.

Huraian :
Dimakruhkan keterlaluan menunduk kepala, membongkok belakang dan mengangkat kepala tinggi daro paras kelurusan belakang ketika rukuk dan yang disunat ialah meluruskan belakang badan dengan kepala.

122) Hukum solat dihadapan perempuan.

Huraian :
Kata para ulamak dikalangan imam Syafie dimakruhkan bagi lelaki mendirikan solat dihadapan perempuan atau dihadapan lelaki yang berhadapan dengannya. Oleh itu jika ada lelaki yang duduk di masjid dan menghadapi orang-orang yang solat, maka hendaklah orang itu disuruh bangun dari tempat itu atau disuruh memalingkan mukanya kearah qiblat. Demikian mengikut nas imam Syafie.

123) Perbuatan-perbuatan yang makruh ketika sujud.

Huraian :
Dimakruhkan memegang anak-anak batu atau meratakan tanah atau batu ketika hendak sujud.

124) Dimakruhkan menghembuskan debu-debu dilantai ketika hendak sujud.

125) Hukum mengipas dalam solat.

Huraian :
Dimakruhkan mengipaskan dirinya dalam solat atau menyuruh orang lain mengipasnya. (Kipas elektrik dikecualikan).

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

126) Melihat kutu atau pijat dibajunya dalam solat.

Huraian :
Jika dalam solat ia melihat kutu atau pijat diatas bajunya maka kata syeikh abu hamid, aula baginya membiarkannya sahaja. Tetapi tidak mengapa jika ia campakkannya dengan tangannya atau ia pegangkannya hingga selesai solat. Jika ia bunuh serangga itu dalam solat, maka darahnya sahaja dimaafkan tidak kulitnya dengan erti jika ia membunuhnya dalam solat dan kulit binatang itu terlekat dikukunya atau bajunya, maka hukumnya batal solat. Kerana berdasarkan pendapat yang sohih bahawa bangkai serangga yang tidak mengalir darahnya itu adalah najis. Tetapi kata syeikh abu hamid tidak mengapa serangga itu dibunuh didalam solat.

127) Hukum memakai serban dan pakaian warna putih dalam solat.

Huraian :
Diharuskan bagi imam dan lainnya solat dengan serban dan memakai sebaik-baik pakaian, dan pakaian yang afdal ialah putih, kerana sabda rasulullah "sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi tuhan dimasjid dan di kubur-kubur kamu ialah putih".

128) Hukum tempat imam lebih tinggi dari tempat imam.

Huraian :
Dimakruhkan tempat imam itu lebih tinggi dari tempat para makmum atau sebaliknya melainkan kerana keperluan, seperti kesempitan tempat atau kerana mengajar.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

Wednesday, May 21, 2014

Aku membesarkan seorang khalifah 5

AKU MEMBESARKAN SEORANG KHALIFAH 5

Ketika mengendalikan sesi ceramah bersama guru dan ibu bapa, mereka turut ditanya mengenai impian mereka terhadap anak2.

Semuanya mengimpikan anak2 yg soleh, dapat membalas jasa, bertaqwa, beriman dan berjaya dunia akhirat.

Rumusannya, semua ibu bapa dan guru berkongsi impian, harapan dan cita2 yg sama.

Yg berbeza adalah mekanisme ataupun cara utk merealisasikan impian tersebut. Kadang kala akan berlaku sedikit sebanyak impian kita tergelincir drpd apa yg kita harapkan. Atau dgn lain perkataan kemenjadian anak2 kurang dinampakkan dgn mata kasar.

Sekadar ingatan buat semua, jgn disebabkan berlaku kegelinciran ini, kita saling menyalahkan pihak yg lain.
Ibu bapa menyalahkan guru dan sebaliknya sedangkan kita semua berkongsi impian yg sama. Adakah menyalahkan org boleh menyelesaikan masalah?

Maka, bertindaklah dgn wajar dan waras dgn sama2 bekerjasama. Bagaimana? Kelemahan ibu bapa di tampung oleh guru dan kekurangan guru dilengkapkan oleh ibu bapa.

Kan kita sedang membesarkan seorang KHALIFAH.

Apakah khalifah boleh membesar dgn hebat dlm keluarga yg sentiasa dgn tekanan, marah, sedih dan caci maki. Marahnya lebih byk berbanding kasih sayangnya....

Apakah khalifah hebat akan lahir dgn makanan yg tidak tentu halal haram dan khasiatnya...

Apakah KHALIFAH boleh membesar dgn kurangnya kelengkapan pembelajaran dan pendidikan yg biasa2 shj.

Apakah KHALIFAH boleh membesar hebat dgn hanya suruhan semata2 tanpa ada bimbingan dan tunjuk ajar. Amat besar kesilapan dan kezaliman ibu bapa yg hanya menyuruh anaknya solat tetapi tidak memberi tunjuk ajar anaknya solat.

Mmg betul hadis nabi saw menyebut :

عن عبدالله بن عمرو قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر) (رواه أبو داود وقال الألباني : صحيح) .

Maksudnya : perintahkan anakmu solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak bersolat ketika berumur 10 tahun.

Maaf kerna terpaksa menegur dan memberi ingatan kerana byk ibu bapa hanya menyuruh a
nak solat dan merotan bila tidak solat sedangkan anak2 tidak tahu bagaimana solat yg betul. Apa yg boleh diistilahkan melainkan melakukan kezaliman kpd anak2.

Kan kita pun confuse sekiranya majikan mengarahkan kita menyiapkan teks ucapannya sedangkan bos kita tidak menjelaskan teks itu berkaitan apa.. kita pun peningkan...

So jgn peningkan anak2 dgn arahan yg mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana utk melakukan.

Ertinya setiap arahan kpd anak2 perlu kpd tunjuk ajar dan bimbingan sehingga menjadi satu kebiasaan yg disebut sbg pelaziman minda.

Berbalik kpd kerjasama membesarkan seorang khalifah, ibu bapa dan guru perlu sentiasa bersangka baik antara satu sama lain, saling melengkapi dan berusaha mencapai impian yg satu.

Besarkan KHALIFAH kita dgn haknya. Hak makan minum dan kehidupan yg sempurna, hak kasih sayang dan penghargaan serta hak iman dan islamnya.

Teruskan dan perkukuhkan kerjasama sesama. Semoga usaha kita dinilai sbg amal2 soleh yg menyelamatkan dlm perjalanan barzakh dan memudahkan laluan kita meniti titian sirot.

Firman allah :

﴿ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ﴾ [المائدة: 2]

Maksudnya : dan tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan taqwa. Janganlah kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan.

Hidup mati biarlah bererti
Bakhtiar fitri hj abdul hamid

Aku membesarkan seorang khalifah 4

Aku membesarkan seorang khalifah 4
........
Terdapat persamaan dan perbezaan ibu bapa yg cemerlang dan yg belum cemerlang.
..Setiap kali dlm ceramah parenting, saya mohon ibu bapa senaraikan 10 ciri ibu bapa cemerlang. Sudah tentu mereka boleh senaraikan malahan ada yg tulis lebih dr 10. Inilah persamaannya kesemua ibu bapa.
..Namun, bila saya bertanya pula, siapakah ibu bapa yg mengamalkan semua yg disenaraikan dgn sempurna dan bersungguh2. Hampir semua tidak mengamalkan dgn sempurna dan bersungguh2. Inilah perbezaannya.
Sudah tentu yg tahu dan beramal lebih memiliki anak yg soleh dan solehah berbanding yg hanya tahu tp x beramal.
Maka benarlah kata Allah dlm surah al-'asr mengenai org2 yg rugi .
ِﺑﺴﻢ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (.وَالْعَصْرِ) (إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ) (إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ)
Kerugian ini turut akan dirasai oleh manusia yg dicampak ke dalam neraka apabila mereka akan berkata sesama diri, kenapalah masa hidup dulu aku tak solat dan melanggar perintah Allah.
Maka elakkan kerugian yg lebih dahsyat dgn melakukan perubahan.
Bahkan, dalam kebanyakan sirah nabi saw, diceritakan nabi banyak menghabiskan masa pada 2 tempat ;
1. dakwah@jihad dan
2. bersama keluarga
Dan ketika nabi bersama dgn ahli keluarga, nabi saw adalah suami dan bapa yg sgt memanfaatkan masa dan bertanggungjawab. Ini diakui oleh isteri nabi saw dlm hadis baginda yg mulia :
وعن أم المؤمنين عائشة -رضي الله تعالى عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي ( أخرجه الترمذي.)
Maksudnya : sebaik2 kamu ialah yg berbuat baik kpd ahli keluarga dan aku melakukan yg terbaik kpd ahli keluargaku.
Nah, para suami..
Apakah isteri kita mengakui kita telah benar2 melakukan yg terbaik kpd isteri dan anak2 seperti mana yg kesahan yg dilakukan oleh ummahtul mukminin saidatina aisyah ra.
Manfaatkan masa bersama anak2 dgn mempraktikkan ciri ibu bapa cemerlang dgn lebih sempurna dan kita akan merasai perubahan terhadap عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أُسْرِيَ بِي لَقِيتُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَجُلٌ حَسِبْتُهُ قَالَ مُضْطَرِبٌ رَجِلُ الرَّأْسِ كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ قَالَ وَلَقِيتُ عِيسَى فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَبْعَةٌ أَحْمَرُ كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيمَاسٍ يَعْنِي حَمَّامًا قَالَ وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِهِ بِهِ قَالَ فَأُتِيتُ بِإِنَاءَيْنِ فِي أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي الْآخَرِ خَمْرٌ فَقِيلَ لِي خُذْ أَيَّهُمَا شِئْتَ فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرِبْتُهُ فَقَالَ هُدِيتَ الْفِطْرَةَ أَوْ أَصَبْتَ الْفِطْرَةَ أَمَّا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الْخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah bersabda: Semasa aku dibawa berjalan dalam peristiwa Israk, aku telah bertemu dengan Musa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, maka ternyata beliau seorang lelaki yang tinggi kurus dan berambut ikal, seolah-olah beliau seorang lelaki dari Kabilah Syanu'ah. Selain dari itu aku juga telah berjumpa dengan Nabi Isa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, ternyata beliau berwajah dan berperawakan sederhana, berkulit merah, seolah-olah baru keluar dari bilik mandi. Kemudian aku bertemu pula dengan Nabi Ibrahim a.s dan baginda menyatakan kepada kami bahawa bagindalah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu dibawa kepadaku dua bekas, salah satunya berisi susu dan satu lagi berisi arak. Dikatakan kepadaku: Ambillah mana-mana satu yang engkau suka, lalu aku mengambil bekas yang berisi susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan kepadaku: Engkau sememangnya telah diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah, seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesatlah umatmu.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Israk Rasulullah s.a.w Ke Langit Dan Kewajipan Sembahyang
mujahidfillah.blogspot.com/2010/07/pertemuan-rasulullah-dengan-nabi-nabi.html

Syiah berbaju sunni..

Syiah berbaju Sunni
OLEH: MOHD KHAIRIL ANWAR ABDUL LATIF
Tarikh: February 21, 2014
Syiah berbaju Sunni
Sebagai umat Islam, kita perlu berpegang kepada apa yang disuruh ALLAH dan Nabi Muhammad SAW. - Gambar hiasan
DUNIA Islam tidak pernah sunyi dengan pelbagai bentuk pemikiran yang menyeleweng daripada jalan yang benar.

Benarlah apa yang diingatkan Rasulullah SAW dalam hadis al-Tirmizi dan selainnya dan dinilai oleh al-Tirmizi hasan sahih, akan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat setelah kewafatan Baginda SAW lalu.

Baginda SAW mewasiatkan agar berpegang kepada sunnahnya dan sunnah khulafa al-Rasyidin, seterusnya menjauhi bidaah dalam agama.

Perpecahan yang berlaku kepada umat Islam disebabkan jauhnya mereka daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah, berpaling daripada pada keduanya lalu mempertuhankan hawa nafsu semata, sesat dan menyesatkan.

Di sebalik itu antara rahmat ALLAH kepada umat ini adalah dibangkitkan pada setiap zaman ulama yang akan memikul bebanan dakwah berusaha menafikan penyelewengan mereka yang melampau, memerangi kebatilan dan takwilan mereka yang jahil terhadap agama.

Syiah berterusan

Di Malaysia, kesedaran tentang sesat dan bahayanya ajaran Syiah sudah meluas dan usaha ini wajib berterusan.

Tetapi dalam kerancakan masyarakat berkata mengenai kesesatan Syiah terdapat juga sekelompok kecil yang secara zahirnya mengaku ahli sunnah tetapi pegangan yang mereka anuti sebahagiannya mirip kepada fahaman Syiah.

Adakah mereka ini Syiah yang bertopengkan Sunni atau sebaliknya? Di Jordan nama Hassan al-Saqqaf terkenal dengan pemikiran yang mirip kepada Syiah dan bercampur aduk dengan pemikiran lain yang menyeleweng daripada ahli sunnah.

Dia mendakwa daripada keturunan Ali bin Abi Talib dan cukup berbangga dengan pangkat itu. Seorang yang cuba menonjolkan diri dia seorang ahli sunnah bermazhab Syafi’e.

Dalam Jurnal Penyelidikan Islam bil 19, Cawangan Aqidah Jakim menyatakan al-Saqqaf dikatakan mempunyai kecenderungan kepada Syiah disebabkan pandangan yang menyebelahi Syiah seperti mempertikaik an sahabat Nabi Muawiyah, mentashihkan hadis “Aku bandar ilmu dan Ali ialah pintunya”, menolak hadis “kitab ALLAH dan sunnahku” dan sebagainya.

Akhirnya membawa kesan buruk kepada ahli sunnah tetapi memberikan kelebihan kepada Syiah apabila kitab-kitab Syiah menggunakan bahasa ahli sunnah untuk memburuk-burukkan ahli sunnah.
Sahabat jadi mangsa kutukan

Melalui penulisan al-Saqqaf ia seolah-olah seperti mengisyaratkan akan pemikirannya yang cenderung kepada Syiah. Salah satu contohnya, dalam kitab ‘Al-Ibanah’ yang ditulis oleh Imam Abu Al-Hassan
Al-Asy’ari: “Apabila telah wajib keimaman Abu Bakar ra setelah Rasulullah SAW maka wajiblah Abu Bakar adalah orang Islam yang paling utama (Afdal)”.

Tetapi kata al-Saqqaf: “Bahkan Saidina Ali paling utama (afdal) di sisi kami (Saqqaf) dan di sisi sebahagian sahabat dan di sisi orang yang sesudah mereka”.

Apakah makna perkatan ini? Di samping itu antara sahabat yang menjadi sasaran kutukan dan cacian al-Saqqaf ialah Muawiyah bin Abi Sufian.

Contohnya jenayah ilmiyyah yang dilakukannya dengan membawa riwayat yang tidak sahih, atau riwayat yang tidak lengkap atau riwayat yang diinterpretasikan sendiri olehnya berkenaan keburukan Muawiyah seperti beliau meminum arak, menuduh Muawiyah membunuh sahabat Nabi SAW yang bernama Hijr bin Adi juga menuduh Muawiyah mengarahkan untuk membunuh anak kepada Khalid Al-Walid iaitu Abdul Rahman yang kesemuanya tidak sahih.

Al-Saqqaf juga turut mengambil suatu yang diriwayatkan tanpa sanad berkenaan kisah Al-Hasan al-Basri mencela Muawiyah hanya kerana terdapat dalam kitab Al-kamil oleh Ibn Al-Atsir, sedang dalam masa yang sama telah sedia maklum kisah-kisah sirah tidak pernah selamat dari riwayat-riwayat yang lemah dan palsu. (Rujuk Amr Abdul Mu’im Salim, La Difa’anAn Al-AlbaniFahasbBalDifa’an An al-Salafiyah)

Muawiyah bukan penulis wahyu?

Tuduhan liar terhadap Muawiyah bin Abi Sufian ini tidak akan didengari melainkan ia datang daripada mulut seseorang yang berakidah dan berfahaman Syiah.

Apa kata Imam Ahmad bin Hanbal kepada soalan yang diajukan kepadanya tentang perkataan seorang yang menyatakan Muawiyah bukan penulis wahyu, diragui dia seorang yang beriman.

Jawab Imam Ahmad bin Hanbal: “Perkataan ini sungguh jahat dan buruk, wajib menjauhi mereka ini dan jangan duduk bersama mereka dan hendaklah dijelaskan keadaan mereka ini kepada masyarakat”. (Kata al-Khallal dalam al-Sunnah no: 659 dan sanadnya sahih).

Kata Khallal dengan sanad yang sahih: menceritakan kepada kami Abu Bakar Al-Marwazi, dia bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Manakah yang afdal antara Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz?

Maka dijawab oleh Imam Ahmad: “Muawiyah lebih afdal, Kami tidak menqiaskan seorang pun dengan sahabat Rasulullah SAW kerana Nabi SAW bersabda sebaik-baik manusia ialah kurun di mana aku diutuskan bersama mereka”.

Lihatlah perbezaan perkataan antara Imam Ahli Sunnah iaitu Imam Ahmad bin Hanbal dengan si al-Saqqaf yang mengambil pendirian sama seperti Syiah.

Ini hanya dua contoh daripada sekian banyak penulisan al-Saqqaf yang memberi isyarat kecenderungannya kepada pemikiran tersebut.

Pemikiran al-Saqqaf

Antara lain yang menjadi kecenderungan pemikiran Hassan Saqqaf ialah menyesatkan, bahkan mengkafirkan tokoh-tokoh ulama ahli sunnah seperti menuduh Imam Ahli Sunnah wal jamaah iaitu Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Al-Imam Al-Baqilani sebagai berakidah tajsim iaitu akidah menyamakan ALLAH dengan makhluk.

Hassan Saqqaf memuji Aqidah Muktazilah sebaliknya mengeji Al-Imam Abu Al-Hassan dan Al-Imam Baqilani kerana kedua-dua mereka mengutuk Muktazilah.

Antara lagi tokoh ulama ahli sunnah yang banyak mendapat kritikan, kutukan, penyesatan bahkan pengkafiran daripada Al-Saqqaf ialah Ibn Taimiyyah.

Al-Saqqaf membuat fitnah terhadap Ibn Taimiyyah dengan menyeleweng fakta, menukilkan dari penulisan-penulisan Ibn Taimiyyah secara tidak amanah dan melakukan jenayah ilmiyyah yang sangat banyak.

Di negara-negara Timur Tengah, istilah ‘As Saqqafiyyah’ ini amat masyhur merujuk kepada pemikiran rosak golongan yang menjadikan penulisan-penulisan Hassan Saqqa f sebagai rujukan.

Ramai ulama menulis kitab yang membantah dan menjelaskan penyelewengan pemikiran Al-Saqqaf, antara mereka ialah Syeikh Al-Muhaddis Abdul Razak Abdul Muhsin Al-Badr, Syeikh Amr Abdul Mun’imSalim, Syeikh Ali Abdul Hamid Al-Halabi, Syeikh Sulaiman Al-Ulwan dan ramai lagi.Pentingnya untuk dijelaskan bahayanya pemikiran Hassan Saqqaf ini di Malaysia khususnya, disebabkan pemikiran seumpama ini pun berjaya meresap masuk ke dalam Malaysia melalui mereka yang belajar sendiri dengan Hassan Saqqaf, kemudian pulang ke Malaysia menyebarkan pemikiran ini.

Antara usaha mereka menterjemahkan buku-buku yang ditulis al-Saqqaf ke dalam bahasa Melayu. Menyebarkan pemikiran yang dibawa oleh guru mereka ini dengan menerapkan unsur-unsur yang berbaur Syiah seperti merendah-rendahkan martabat para sahabat Nabi SAW.

Mereka menyesatkan dan mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka dan menimbulkan pecah-belah dalam masyarakat. Oleh itu umat Islam di Malaysia, khususnya Institusi-institusi agama dan badan-badan kerajaan wajib berwaspada daripada Syiah berbulu Sunni ini yang hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

Mohd Khairil Anwar Abdul Latif
Kaunselor Agama Institut Jantung Negara (IJN)