Wednesday, July 23, 2014

TUNTUNAN IKTIKAF. ...23/7/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
( Rabu 24 Julai 2014).

TUNTUNAN IKTIKAF.

Pada tazkirah pagi hari ahad 20 julai beberapa hari yang lalu. USM menjelaskan kelebihan iktikaf dalam Islam. Pada tazkirah pagi ini ingin menjelaskan tentang tuntunan beriktikaf.

Salah satu cara yang dilakukan dalam meraih keberkatan lailatul qadar pada 10 hari yang terakhir di bulan Ramadhan adalah dengan melakukan iktikaf. Amalan iktikaf adalah menetap atau tinggal di dalam masjid atau tempat ibadah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah sekaligus menjauhkan diri dari pada perbuatan dosa dan maksiat.

Amalan iktikaf merupakan amalan lama yang pernah di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan putranya Ismail. Hal ini disebutkan dalam al-Qur'an:

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (QS. Al-Baqarah: 125).

Sebaik-baik tempat iktikaf adalah di masjid. Namun ada sedikit perbezaan ulama dalam hal adakah masjid untuk sholat Jumaat atau sholat berjemaah :

1. pendapat Imam Syafi'i: Bahawa Iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid yang didirikan sholat Jumaat selain sholat lima waktu.

2. Menurut pendapat Imam Hanafi dan Ahmad bin Hambal: iktikaf boleh di lakukan di masjid ya ng di gunakan untuk sholat berjamaah.

Yang pastinya, iktikaf di lakukan di rumah Allah yang merupakan bentuk persiapan diri untuk mendekatkan diri serta untuk memfokuskan ibadah kepada Allah SWT.

Pada hakikatnya Iktikaf dalam pandangan Islam terbahagi kepada 2 jenis:

1. Iktikaf khas:
Iaitu iktikaf yang dilakukan pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang terakhir. Maka dengan sendirinya iktikaf ini di sertai dengan puasanya sekali.

2. Iktikaf 'Am
iaitu iktikaf yang di lakukan di luar bulan Ramadhan. Iktikaf ini tidak disertai dengan puasa. Iktikaf 'Am trrbahagi kepada dua bahagian;

A. Iktikaf Mutlak: iaitu iktikaf yang tidak mempunyai waktu tertentu dan di lakukan pada bila-bila masa. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

B. Iktikaf Nazar iaitu iktikaf seseorang kerana ada nazar yang telah di penuhinya. Maka iktikaf ini hukumnya wajib.
Dalam satu riwayat, sahabat Umar bertanya kepada Rasulullah:

يا رسول الله إني نذرت أن أعتكف ليلة في المسجد الحرام. فقال النبي صلى الله عليه وسلم اوف بنذرك.

"Ya Rasulullah, saya bernazar untuk beriktikaf di Masjidil Haram, maka Nabi bersabda, Tunaikan lah nazarmu itu"
(HR. Bukhari).

Walau bagaimanapun wahai saudaraku sekalian, berusahalah untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan amal ibadah serta amalan sunnah dalam bulan suci Ramadhan yang mulia ini. Terutama pada 10 malam yang terakhir. Terutamanya dengan amalan beriktikaf untuk dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ya Allah berikanlah kekuatan pada kami untuk tetap istiqomah dalam beramal ibadah pada 10 yang terakhir. Serta jadikanlah rumah Mu sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepadaMu terimalah semua amal ibadah puasa kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pengasih dan penyayang kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiin

No comments: