السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Jumaat, 20 Ramadhan 1435H : RAMADHAN 10 MALAM TERAKHIRNYA - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,
Ada kain rentang di sebuah masjid yang berbunyi "KERUGIAN BESAR ORANG YANG MENGUTAMAKAN KEREHATAN PADA 10 RAMADHAN TERAKHIR". Maka semestinya kita akan memberikan perhatian dan melipatgandakan amal-amal soleh. Amalan-amalan terbaik pada 10 malam akhir Ramadhan, antaranya ialah;
PENCERAHAN :
1. Menghidupkan malam-malamnya.
Telah diriwayatkan di dalam hadith sahih daripada Aisyah r.a bahawa Nabi SAW bila masuk 10 malam akhir baginda akan menghidupkan malam, membangunkan isteri-isterinya, mengetatkan tali kainnya. Maknanya, menghidupkan malam iaitu berjaga malam dengan mendirikan solat, zikir dan sebagainya.
2. Iktikaf di masjid
Terdapat riwayat bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir tanpa balik-balik lagi ke rumah baginda. Berkhemah, masak, makan dan minum di dalam masjid
3. Melaksanakan pelbagai bentuk ibadah
Bahkan Nabi SAW menghidupkan malamnya dengan qiam, membaca al-Quran, berzikir dengan hati, lidah dan anggotanya.
4. Membangkitkan ahli keluarga
Daripada Aisyah r.a berkata: Rasulullah SAW menghidupkan malam dengan solat, doa dan ibadah-ibadah yang lain. Baginda memastikan isteri-isterinya turut sama dalam kebaikan ini dengan membangkitkan mereka untuk qiam bersamanya”. (HR : Muslim)
5. Memperbanyakkan doa
Ketika Aisyah r.a bertanya nabi dengan berkata:
"Apakah pendapatmu seandainya engkau tahu bahwa malam itu adalah malam Lailatul Qadar apa yang patut aku doakan? Lantas Nabi mengajarkan: “Bacalah: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني”. (HR : Tirmizi dan Ibn Majah)
6. Menjauhi persengketaan dan permusuhan
Dari Ubadah bin Somit r.a berkata: Nabi telah keluar untuk memberitahu kami tentang malam Laitul Qadar, tetapi nabi telah melihat dua lelaki Is lam sedang bersengketa dan bertengkar. Lalu nabi bersabda: “Aku telah keluar untuk memberitahu kalian tentang malam Lailatul Qadar tetapi dua lelaki telah bertengkar menyebabkan kebaikan malam itu diangkat”. (HR : Bukhari)
7. Banyak membaca al-Quran
Diriwayatkan bahawa Aswad bin Yazid mengkahatamkan al-Quran setiap enam hari. Tetapi apabila masuk bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam tiga malam, bahkan apabila masuk 10 malam yang akhir beliau mengkhatamkan setiap malam. Demikian riwayat tentang Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie yang mengkhatamkan setiap malam.
8. Mandi dan memakai pakaian baru
Diriwayatkan bahwa para salaf as-soleh apabila memasuki 10 malam mereka mandi setiap amalam dan mengkhususnya malam ganjil dengan memakai pakaian baru. Ibn Jarir berkata: Mereka suka mandi setiap malam 10 akhir. Di antara mereka mandi dan memakai pakaian cantik pada malam-malam yang diharapkan Laitul Qadar.
KESIMPULANNYA :
Ayuh kalau berani ! Wahai saudaraku kita merebut malam 10 akhir Ramadhan sebagai pecutan terakhir untuk menuju ke syurga dan keredhaan Allah. Insya Allah ! Wallahu a'lam - Jom 'merempit' ke masjid. Ukay's
No comments:
Post a Comment