السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Selasa 15 Julai 2014).
NUZULUL QUR'AN & MUKJIZAT AL-QUR'AN.
Al-Qur'an adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Yang di mulai dengan surah al- Fatihah dan di akhiri dengan surah an-Naas. Yang diriwayatkan secara Mutawatir.
Sebagai kitab suci yang terakhir di turunkan Allah kepada Rasulullah, Al-Qur'an mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya adalah:
1. Al-Qur'an bersifat umum dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia. Firman Allah SWT:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
Hari ini 17 Ramadhan kita meraikan hari di turunkannya Al-Qur'an. Meskipun ada khilaf pendapat tentang tarikh tsb. Namun tidaklah mengurangkan isi kandungan tsb.
Al-Qur'an adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Yang di mulai dengan surah al- Fatihah dan di akhiri dengan surah an-Naas. Yang diriwayatkan secara Mutawatir.
Sebagai kitab suci yang terakhir di turunkan Allah kepada Rasulullah, Al-Qur'an mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya adalah:
1. Al-Qur'an bersifat umum dan menyeluruh. Di mana pun dan sampai kapan pun.
Firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). (Qs Saba: 28).
2. Ajaran Al-Qur'an mencakupi segala aspek kehidupan.
Seperti aspek ekonomi, politik, hukum hakam, seni, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Allah SWT berfirman:
مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍَ
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini. (Qs al-An'aam 38)
3. Mendapat jaminan Allah daripada pemalsuan.
Al-Qur'an sampai hari ini terjamin keasliannya dari tangan manusia menokok tambah. Firman Allah SWT.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (QS al-Hijr:9).
4. Allah menjadikan Al-Qur'an mudah untuk di hafal dan di fahami. Sebagaimana firman Allah SWT:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Qs al-Qamar:17).
5. Al-Qur'an berperanan sebagai nasikh, muhaimain, mushoddiq terhadap kitab suci sebelumnya. Allah berfirman:
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Qs al-Maidah: 38)?
6. Yang paling utama bahawa Al-Qur'an adalah mukjizat yang terbesar yang di turunkan Allah kepada Rasulullah SAW. Untuk menunjukkan Nubuwwah & Risalah Nabi Muhammad SAW.
Semoga Nuzul Al-Qur'an yang kita raikan pada hari ini akan menjadikan asbab keberkatan dan syafaat Al-Qur'an kepada kita semua nanti di akhirat.
Ya Allah jadikanlah Al-Qur'an sebagai panduan hidup kami untuk membawa kami jalan yang selamat di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah Zat yang Maha Pemberi Petunjuk kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment