Friday, July 11, 2014

RAMADHAN BULAN KEMENANGAN - 12/7/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Sabtu, 14 Ramadhan 1435H : RAMADHAN BULAN KEMENANGAN - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)

Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan kemuliaan yang penuh dengan ketaatan dan kebaikan tetapi juga adalah bulan kemenangan bagi kaum Muslimin. Kemenangan yang dimaksudkan bukan dalam erti kata menang dalam melawan hawa nafsu dalam berpuasa selama sebulan semata-mata, tetapi juga menang dalam peperangan jihad mengalahkan musuh, membuka kawasan/wilayah baru dan menyebarkan dakwah.

PENCERAHAN :
Jihad adalah puncak ibadah dalam Islam. Kebaikannya merupakan yang tertinggi, seperti disebutkan dalam banyak tempat di Al-Qur’an dan Sunnah. Rasulullah SAW, bersabda :

” … Sesungguhnya di dalam syurga terdapat seratus tingkat yang disediakan bagi orang yang berjihad di jalan Allah, jarak antara tingkat yang satu dengan yang lain sama seperti jarak antara langit dan bumi, jikalau kalian meminta syurga maka mintalah syurga firdaus kerana ia marupakan syurga yang paling utama dan yang paling tinggi, di atasnya terdapat ‘Arasy Allah dan darinya mengalir sungai-sungai syurga” (HR. Bukhari)

Bulan Ramadhan dalam kehidupan nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang beriman adalah bulan yang sangat dinantikan. Pertempuran-pertempuran berskala besar sepanjang kehidupan Rasulullah SAW terjadi di bulan ini, bulan jihad, penuh semangat dan kesungguhan.

Abu Bakar As-Siddiq r.a mengatakan pada khutbahnya yang pertama kali (ketika diangkat menjadi Khalifah): “Tidaklah sebuah kaum meninggalkan jihad kecuali mereka pasti hina.”

Perintah jihad juga dilaksanakan agar kita tidak terkena sifat orang-orang munafiq, sebagaimana sabda Beliau SAW : “Barang siapa yang mati dan belum berperang dan belum membisikkan hatinya untuk berperang, ia mati di atas salah satu cabang kemunafikan.” (HR. Muslim)

Berikut m erupakan ringkasan sebahagian daripada kemenangan dan kegemilangan yang pernah diraih oleh umat Islam di bulan Ramadhan:

1) 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah Perang Badar Al-Kubra. Pasukan tentera Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan.
2) Ramadhan tahun ke-5 Hijrah Persiapan Perang Khandaq.
3) 21 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah Fathul Mekah (Pembukaan Kota Mekah). Pasukan tentera Ra
4) Ramadhan tahun k-9 Hijrah Perang Tabuk.
5) Ramadhan tahun ke-53 Hijrah Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes (berhampiran Greek).
6) Ramadhan tahun ke-91 Hijrah Pasukan Islam mendarat di selatan pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus melanacarkan jihad.
7) Ramadhan tahun ke-92 Hijrah Panglima Thariq bin Zaid mengalahkan Raja Frederick dalam perang Fashillah.
8) Ramadhan tahun ke-129 Hijrah Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan di bawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.
9) Ramadhan tahun ke-584 Hijrah Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi bersama-sama kaum Muslimin mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
10) Ramadhan tahun ke-658 Hijrah Kerajaan Tartar hancur dan pasukannya ditahan di pintu gerbang Mesir di kota ‘Ain Jalut. Tentera Tartar sebelum ini telah menguasai sebahagian daripada wilayah Islam dan ini dianggap telah mengancam kekuatan Islam di seluruh dunia.

Catatan di atas membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus semata-mata, tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk meninggikan syiar Islam. Beberapa peristiwa yang tercatit dalam sejarah ini menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang sentiasa bergerak dengan dakwah dan jihad walaupun dalam keadaan lapar dan dahaga.

Namun jangan kita lupa, ketika balik dari satu peperangan Tabuk yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda be rkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."
(HR : al-Baihaqi)

Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati, tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.

Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Yusuf : 53)

KESIMPULANNYA :
Sesungguhnya, dalam kita menunaikan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan ini, kita juga wajib untuk berjuang dalam menegakkan kembali Dinullah dengan menegakkan semula Islam di atas muka bumi Allah ini bermula dengan jihad melawan hawa nafsu masing-masing. Mudah-mudahan, Ramadhan pada kali ini menjadi bulan penyatuan dan kemenangan kepada seluruh umat Islam, insyaallah...! Wallahu a'lam - Jihad kita hanya guna pensel 2B, undi parti yang diredha Ilahi. Ukay's

No comments: