Wednesday, July 16, 2014

KEHEBATAN AMALAN MEMBACA AL-QUR'AN...17/7/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Kamis 17 Julai 2014).

15 KEHEBATAN AMALAN MEMBACA AL-QUR'AN.

Bulan Ramadhan adalah bulan membaca al-Qur'an. Bagi seorang Muslim, membaca al-Qur'an merupakan satu keperluan dalam hidup seorang muslim. Sebagai renungan bersama. Setiap hari Kita selalu membaca MESSAGE berulang kali dari kawan - kawan dan orang yang kenal dengan kita melalui whatsapp,Telegram atau pesanan ringkas yang lain.

Namun demikian, membaca al-Qur'an merupakan ibadah yang mendapatkan pahala di sisi Allah bagi sesiapa yang melakukannya. Hal ini sesuai dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (QS al-Isra': 9).

Adapun sebahagian manfaat membaca al-Qur'an adalah:

1. Mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda.
2. Menjadi manusia yang terbaik dalam kehidupan.
3. Orang yang mahir membaca al-Qur'an bersama dengan para malaikat.
4. Mendapatkan syafaat (pertolongan Allah) nanti di alam kubur serta akhirat nanti.
5. Dikaruniakan oleh Allah nikmat dan ketenangan jiwa dan perasaan.
6. Membaca al-Qur'an satu atau dua ayat itu lebih baik daripada mendapatkan satu atau dua ekor unta besar.
7. Membaca setiap huruf dalam al-Qur'an akan mendapatkan sepuluh kebaikan.
8. Membaca al-Qur'an akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT.
9. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan diangkat darjatnya di sisi Allah.
10. Orang yang rajin membaca al-Qur'an dianggap seperti orang yang rajin bersedekah
11. Orang yang menghafaz al-Qur'an akan mendapatkan kemuliaan.
12. Orang yang menghafaz al-Qur'an adalah keluarga Allah.
13. Orang yang rajin membaca al-Qur'an diibaratkan sebagai orang berniaga yang tidak pernah rugi.
14. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan.
15. Salah satu ibadah yang paling kukia disisi Allah dengan rajin membaca al-Qur'an

Dengan demikian wahai saudaraku sekalian. Jadikanlah lisan dan lidah kita yang banyak menyebut al-Qur'an. Agar al-Qur'an yang kita baca nanti akan memberi syafaat di hari kiamat. Insya Allah.

Ya Allah jadikanlah puasa kami dapat mengajar kami dan anak-anak kami erti kehidupan. Da terimalah amalan membaca al-Qur'an serta ibadah yang lainnya dan semoga ibadah puasa kami pada tahun ini akan lebih baik pada tahun akan datang. Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pemberi kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan Pesanan ini dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

No comments: