السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Selasa 8 Julai 2014).
HIKMAH PUASA TERHADAP KESEHATAN FIZIKAL DAN MENTAL. (Siri 1)
Allah SWT memerintahkan manusia untuk melaksanakan ibadah puasa bertujuan untuk menjadikan manusia hidup yang terbaik baik dari segi zahir dan batinnya. Bahkan Al-Qur'an menyebutkan bahawa puasa merupakan ibadah lama yang sudah ada sebelum ajaran Islam lahir. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(QS al-Baqarah 183).
Ramai ilmuan sama ada Islam atau bukan Islam yang mengkaji rahasia di sebalik ibadah puasa tersebut. Hasil kajian tersebut dapat disimpulkan sebagai berikut:
1. Puasa merupakan waktu rehatnya tubuh badan. Ia memberi peluang kepada tubuh badan untuk memperbaiki kerosakan sistem sel dalam badan dan mengembalikannya pada keadaan yang asal.
2. Puasa menghentikan proses penyerapan bahan-bahan
yang negatif yang masih tersisa dalam badan. Puasa berperanan untuk membuang bahan-bahan negatif tersebut. Jika tertinggal lama dalam usus akan menimbulkan masalah pada usus itu sendiri.
3. Puasa merupakan salah satu cara untuk membuang racun-racun serta toksik yang tertinggal dalam badan manusia.
4. Dengan puasa, sistem pengosongan dan pembuangan akan kembali menjadi efektif serta sistem penghadaman akan bekerja kembali secara normal. Sehinggakan sistem pembuluh darah akan lebih terkawal dan bekerja dengan baik.
5. Dengan puasa akan dapat membantu badan untuk mengesan bahan-bahan asing serta pengendapan yang membahayakan dalam jaringan tubuh badan seseorang.
6. Puasa akan dapat meremajakan serta mengembalikan sel-sel serta jaringan dalam tubuh seseorang menjadi muda dan hidup kembali.
7. Dengan puasa akan dapat memperbaiki sistem pernafasan serta sistem pencernaan dalam tubuh badan. Serta menjadikan putaran dalam badan kita menjadi lancar.
8. Puasa merupakan terapi yang paling efektif untuk menyembuhkan berbagai penyakit mental, penyakit fizikal serta penyakit sosial dalam kehidupan manusia.
9. Dengan puasa akan dapat membukakan mata hati manusia serta menguatkan kecerdasan akal dan minda seseorang.
Oleh kerana itu wahai saudara sekalian. Lakukanlah ibadah puasa dengan baik agar hikmah tersebut di atas akan dapat kita rasakan dalam mejalani kehidupan kita sehari hari-hari
Ya Allah jadikanlah puasa kami dapat menjadikan jasmani dan rohani kami jauh lebih sehat dan sempurna. Dan jadikanlah puasa kami dapat memahami erti sebuah kehidupan terimalah amal ibadah puasa kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pemberi kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment