Monday, July 7, 2014

MAZHAB ULAMA YG MENGIKUT IMAM SYAFIE

Sampaikah Pahala Kpd Simati?????

MAZHAB ULAMA YG MENGIKUT IMAM SYAFIE

Berkata Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori di dalam kitab Syarah al-Raudh: Mengupah membaca al-quraan di atas kubur pada suatu masa yang tertentu atau kadar yang tertentu adalah HARUS kerana si mati dapat mengambil menfaat dgn turunnya rahmat ketika alquraan dibaca. Dalil yang menunjuk keharusan tersebut ialah qias dengan mengupah azan dan mengajar alquran. yakni harus mengupah azan dan mengajar alquran. maka harus juga mengupah membaca alquran di atas kubur dgn syarat tersebut. Berkata Syeikh Ramli dalam kitab Nihayah: Doa supaya disampaikan pahala kepada si mati adalah diterima tanpa khilaf ulama. Berkata Ibn Solah: Sayugia diputuskan bahawa doa "wahai tuhanku sampaikanlah pahala bacaan kami" adalah memberi menfaat kpd si mati. Berkata Syeikh Syubramallisi: Bahawasa jika berniat pahala bacaannya kpd si mati atau berdoa supaya si mati mendapat pahala selepas bacaannya atau membaca di sisi kuburnya nescaya dapat pahala bagi mayat tersebut dan hasil juga pahala bagi orang membacanya. Berkata Imam Nawawi dalam syarah Muhazzab: Disunatkan bagi orang yang menziarahi qubur
membaca apa yang mudah daripada alquraan dan berdoa selepasnya. Inilah nas Imam Syafie sendiri dan telah disepakati oleh Ashab alSyafie

MAZHAB ULAMA YANG MENGIKUT IMAM AHMAD

Berkata Syeikh Imam Ibn Qudamah dalam kitab Mughniny bab Jenazah: Tiada mengapa membaca alquran di kubur. Riwayat drp Imam Ahmad bahawa beliau berkata( apabila kamu memasuki perkuburan, hendaklah kamu membaca ayat kursi dan surah alikhalas tiga kali. Kemudian kamu berdoa supaya kelebihan bacaan ini untuk ahli kubur sekeliannya). Berkata al-khalal; Abu Ali Hasan Bin Al-Haitham iaitu guru kami yang teguh lagi thiqah telah berkata; Aku melihat Imam Ahmad Bin Hanbal sembahyang di belakang orang buta yang membaca alquran dikubur. Ibn Qudamah menyambung lagi: Mana-mana ketaatan yang dilakukan dan dijadikan pahalanya untuk si mati nescaya si mati tersebut mendapat menfaat Insyaallah.Berkata Ibn Qayyim: Sesungguhny a ulama Salaf telah berwasiat supaya dibacakan alquran di kubur mereka sewaktu ditanam. Berkata Abdul Haq: Diceritakan bahawa Abdullah Ibn Umar menyuruh supaya dibacakan surah alBaqarah dikuburnya.

MAZHAB ULAMA YANG MENGIKUT IMAM ABU HANIFAH

Berkata Imam AlMarghainani dalam kitab Hidayahnya; Harus bagi seseorang menjadikan pahala amalnya seperti solat,puasa, sedekah untuk orang hidup atau mati. Inilah disisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Dalilnya hadith yang menceritakan bahawa Nabi telah berkorban dua ekor kibas. Seekor untuk dirinya dan seekor lagi untuk umatnya yang mengesakan allah....Imam AlBadrul Ain telah memutuskan bahawa harus bagi seseorang menjadikan pahala amalannya seperti solat, puasa, haji, sedekah,membaca alquran atau zikir untuk orang lain.Berkata Mufti Damaskus alSyam Mahmud Affendi alHamzawi: Terdapat dalam Fatwa yang dibangsakan kpd negeri Hindi bahawa pendapat yang dipilih ialah harus mengupah membaca quraan di kubur pada suatu masa yang diketahui. Demikkanlah di dalam kitab alSirajul Wahhaj. Dalam kitab AlDurru alMukhtar: Pendapat yang difatwakan ialah harus berwasiat membaca alquran di kubur dan harus mengambil upahnya

ULAMA YANG MEMGIKUT IMAM MALIK

Berkata Imam Qadhi Iyadh dalam Syarah Muslim: Ulama telah mengambil daripada hadith dua pelepah tamar bahawa sunat membaca alquran ke atas mayat kerana qias aulawi dgn tasbih pelepah tamar. Imam AlUbaiyy telah menukilkan perkataan tersebut dalam Syarah Muslimnya. Berkata Iman Qarrafi alMaliki: Mazhab Abi Hanifah dan Ahmad Hanbal bahawa pahala bacaan alquraan dapat bagi simati. Jika dibaca dikuburnya nescaya hasil bagi simati pahala mendengar. Berkata Ibn Haj alMaliki: Jika dibaca alquraan di rumah dan dihadiahkan kepada simati nescaya sampai kepadanya. Caranya ialah dia berkata aku berikan pahala bacaan aku ini kepada si anu anak si anu.

MAZHAB MUKTAZILAH

Menurut mereka tidak sampai pahala(Kekeliruan muktazilah ini telah dijawab dgn kemas dan rapi oleh Imam AlKamal Ibn Hummam alHanafi dlm kitab Fathul Qadirnya)

MAZHAB SYIAH IMAMIYAH

Berkata Im am Sodiq: Sesungguhnya mayat seronok dgn ucapan tarrahum(تراحم) dan istighfar..Barangsiapa beramal soleh daripada simati nescaya Allah mengandakan pahalanya dan Allah memberi manfaat kpd simati itu.

MAZHAB KAUM MUDA
Haram.Bidaah Sesat.Salaf Tak Buat. Sebahagian mereka berkata; Jika sampai pahala kepada simati nescaya sedaklah ore kayo(yakni orce kayo ado pitih buat upah baca)

Nota: Dalil-Dalil yang dikemukakan oleh ulama Empat Mazhab adalah tersangat banyak. Maka penulis sengaja tinggalkan di sini kerana meringkaskan jua

No comments: