السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 6 Julai 2014).
TARBIYAH RAMADHAN UNTUK AHLI KELUARGA (Siri 1).
Salah satu ni'mat Allah SWT terhadap umat Rasulullah SAW dengam memberinya bulan yang mulia dan bulan penghulu segala bulan. Digandakan pahala amal ibadah serta ditinggikan darjat mereka yang beramal sholeh.
Umat Islam hendaknya berusaha untuk melakukan amal sholeh sebanyak mungkin yang termampu dilakukan untuk mengambil keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Yang peluangnya hanya datang setahun sekali.
Dalam kesibukan orang tua menjalankan aktiviti harian serta ibadah di bulan Ramadhan, ibu bapak hendaklah menjalankan tanggung jawabnya terhadap keluarga seperti biasa. Orang tua hendaklah memberi galakan kepada anak-anak untuk sama-sama menggalakkan mereka melakukan kebaikan dan membiaskan mereka melakukan amalan-amalan sholeh. Kerana anak akan membesar mengikut acuan apa yang biasa dilakukan oleh kedua orang tuanya.
Di bulan Ramadhan yang berkat ini, peranan ibu bapak kepada anak anaknya yang perlu dilakukan di antaranya:
1. Memeriksa puasa anak-anaknya dan memberi galakan kepada mereka untuk belajar berpuasa. Agar ketika besar nanti sudah menjadi kebiasaan mereka.
2. Menerangkan kepada anak-anaknya tentang hakikat puasa yang sebenarnya bahawa puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bahkan puasa adalah cara untuk meraih ketakwaan kepada Allah.
3. Memberi pengajaran kepada anak-anak tentang etika makan dan minum. Terutama sekali dalam kaitannya dengan jumlah makanan ya di makan serta mengelakkan pembaziran.
4. Jangan biarkan mereka leka di meja makan sehinggakan lambat dalam menunaikan ibadah sholat maghrib.
5. Mengingatkan anak-anak untuk lebih bersyukur dengan membandingkan keadaan orang yang miskin yang mereka tidak memiliki apa yang akan mereka makan ketika berbuka puasa. A gar dapat mengajar anak-anak untuk tidak membazir.
6. Mengadakan pertemuan keluarga jika berkesempatan untuk berbuka puasa bersama. Bagi mengeratkan silaturahim antara keluarga. Hal ini di lakukan untuk memperbaiki perhubungan.
7. Bagi anak perempuan khususnya dan anak laki-laki umumnya untuk membantu ibu di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa serta mengemas makanan.
8. Mengingatkan anak-anaknya untuk bersiap sedia melakukan sholat tarawih berjemaah. Agar tika leka di meja makan.
9. Mengajak dan mengajar anak-anak untuk melakukan sholat tarawih berjemaah. Samada di rumah atau di tempat ibadah. Agar mereka terbiasa dengan ibadah tersebut.
10. Mengingat anak-anak berkaitan dengan bersahur. Dengan menyebutkan kelebihannya.
Dari 10 faktor diatas wahai saudara sekalian. Lakukanlah amalan tersebut dengan yang baik. Agar hikmah di sebalik ibadah puasa tersebut dapat kita rasakan dalam hidup kita. Untuk masa depan anak-anak yang lebih baik.
Ya Allah jadikanlah puasa kami dapat mengajar kami dan anak-anak kami erti kehidupan. Da terimalah amal ibadah puasa kami pada tahun ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pemberi kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment