السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
( jumaat 18 Julai 2014).
HIKMAH DISEBALIK CIPTAAN ALLAH TERHADAP MAKHLUKNYA.
Sebelumnya membuat tazkirah pagi ini, USM mendengar 2 berita yang mengejutkan, satu berita PALSU tentang meninggalnya Mursyidul am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berita yang kedua adalah berita yang sahih iatu berita terhempasnya pasawat MAS dengan no penerbangan MH17, USM mengucapkan Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un. Yang menurut beritanya di tembak di daerah sempadan Ukraine dengan Rusia. USM mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga korban dan Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan roh saudara-saudara kita yang beragama Islam berserta golongan orang-orang yang sholeh.
Yang pastinya Allah SWT menentukan ajal kepada hambanya dengan tanpa memberitahu 3 perkara yang misteri kepada hambanya:
1. Bila kita meninggal ??
2. Di mana kita meninggal ??
3. Cara Bagaimana kita meninggal ??
Oleh kerana itu berhati-hatilah dan berbuat baiklah dalam menjalani kehidupan di dunia ini, ibarat kata pepatah "berbuat baik perpada-pada berbuat jahat jangan sekali".
Walaupun demikian bagi yang masih tinggal. Kehidupan mesti diteruskan. Dan yang beragama Islam, kita sekarang berada pada hari pertama fasa yang ketiga dalam bulan bulan Ramadhan atau di sebut dengan fasa "pembebas daripada azab api neraka".
Allah SWT memberi kelebihan kepada sebahagian makhluk ciptaan Nya pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebagaimana Firman Allah SWT:
وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. (QS Al-Qasas 68 ).
Apabila kita merenung ayat di atas, maka kita akan mendapati bahawa semua ciptaan Allah mempunyai keistimewaan tersendiri, akan tetapi keistimewaan tersebut ada yang terbaik di sebalik penciptaan Nya. Yang mana hikmah di sebalik penciptaan tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahui Nya. Di antara kelebihan makhluk Allah yang diberi keistimewaan tersebut adalah:
1. Allah SWT telah menciptakan dan menjadikan Jibril sebagai penghulu para malaikat.
2. Allah SWT telah memilih baginda Rasulullah SAW sebagai penghulu pada sekalian para Ambiya dan Rasul bahkan yang terbaik dikalangan semua makhluk.
3. Allah SWT telah memilih al-Qur'an sebagai kitab yang terbaik serta pejutup bagi semua kitab dan suhuf-suhuf yang telah di turunkanNya.
4. Allah SWT juga telah memih bula Ramadhan sebagai penghulu s3bagi sebelas bulan yang lainnya di dalam Islam.
5. Allah SWT juga telah menjadikan hari Jumaat sebagai penghulu bagi hari-hari yang lainnya di dalam Islam.
6. Allah SWT telah menjadikan malam Lailatul Qodar sebagai penghulu sekalian malam yang keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.
Malam ini merupakan malam yang pertama bagi 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan yang mana kelebihan pada 10 malam yang terakhir ada salah satunya adalah malam Lailatul Qodar. Sabda Rasulullah SAW:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان.
Bersungguh-sungguhlah untuk mencari malam Lailatul Qodar pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan (Hr Bukhari Muslim).
Oleh kerana itu wahai saudaraku sekalian, janganlah kita siakan 10 malam yang terakhir di bulan puasa tahun ini untuk mencari malam yang mulia iatu malam Lailatul Qodar. Dengan beramal Ibadah sebanyak yang mampu kita lakukan.
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk berusaha mencari malam yg mulia ini. Dan nerilah kesungguhan kepada kami untuk melakukan ibadah kepadaMum terimalah amal ibadah puasa kami pada tahun ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Penyayang kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment