Sunday, July 6, 2014

TARBIYAH RAMADHAN UNTUK AHLI KELUARGA (Siri 2). . 7/7/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 6 Julai 2014).

TARBIYAH RAMADHAN UNTUK AHLI KELUARGA (Siri 2).

Pada tazkirah semalam, USM telah menjelaskan 10 perkara untuk memberikan Tarbiyah kepada ahli keluarga kita di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Hal ini di maksudkan agar kualiti ibadah puasa keluarga kita betul-betul menepati standard yang perintahkan Allah dan Rasulnya.

Pada tazkirah pagi ini USM ingin menambahkan lagi 10 perkara yang lain lagi sebagai bentuk Tarbiyah orang tua untuk anak-anaknya, di antaranya:

11. Membangunkan anak-anak untuk bersahur sebelum waktu subuh agar dapat memperuntukkan masa bagi anak-anak untuk menunaikan ibadah sholat malam selepas sahur.

12. Memberi penekanan kepada anak-anak untuk melakukan sholat subuh berjemaah khususnya kepada anak laki-laki, kerana pada kebiasaannya selepas makan sahur terlepas untuk melakukan sholat subuh berjemaah.

13. Menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan beriktikaf di masjid. Hal ini merupakan amalan Rasulullah dengan menggunakan sepenuh malamnya dengan beribadah dan juga Beliau membangunkan ahli keluarganya untuk melakukan hal yang sama.

14. Bulan Ramadhan adalah bulan al-Qur'an. Jadikan bulan Ramadhan untuk rajin bertadarus sama ada di masjid atau surau ataupun di rumah. Di samping itu akan lebih mendalam jika dapat memahami maksud yang tersirat dalam ayat-ayat yang dibacanya.

15. Ibu bapak hendaklah mengcegah anak-anak untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berjaga malam dengan melepak atau melihat rancangan televisyen hingga larut malam.

16. Menggalakkan anak-anak untuk rajin bersedekah dengan mengambil berat hal ehwal orang di sekeliling yang memerlukan bantuan dengan bentuk memberi apa yang mereka perlukan sama ada dalam bentuk materi atau dalam bentuk yang lainnya.

17. Mengajar anak-anak untuk bersederhana dalam b ulan Ramadhan dengan mengajar makan minum mereka dalam berbuka dan bersahur pada kadar yang sederhana mengikut keperluan dan mengelakkan berlakunya pembaziran.

18. Jika ada kelebihan rizqi, digalakkan bagi ibu bapa untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan. Pahala umrah pada bulan Ramadhan itu menyamai pahala seperti mengerjakan ibadah haji.

19. Tidak terlalu membebankan diri untuk menyediakan juadah makan minum dengan menyediakan berbagai jenis makan minum yang beraneka ragam hanya untuk menyedapkan perut kita.

20. Orang tua Hendaklah memberi galakan dengan memberi dorongan serta kegembiraan kepada anak-anak dengan dijanjikan syurga Allah nanti di akhirat, jika dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna selama sebulan.

Sebenarnya masih banyak lagi faktor-faktor yang lain yang USM tidak dapat menerangkan secara detail dalam tazkirah ringkas seperti ini. Namun demikian Mudah-mudahan dari dua siri tazkirah yang di sampaikan dapat kiranya memberi galakkan kepada anak-anak untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memulakan semangat beribadah untuk dapat melakukannya sebelas bulan kedepan. Insya-Allah.

Ya Allah jadikanlah puasa kami pada tahun ini dapat mengajar kami dan anak-anak kami erti kehidupan. Dan terimalah amal ibadah puasa kami pada tahun ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pemberi kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

No comments: