Wednesday, July 2, 2014

Kasih akan kemegahan.... 1/7/14

-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
KITAB PENAWAR BAGI HATI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

��KASIH AKAN KEMEGAHAN��

Kemegahan adalah ingin memiliki sagala hati manusia supaya mentaati kehendaknya, seperti menguasai harta yang banyak dan sebab menunaikan keinginan dan menyampaikan tujuan untuk diri sendiri. Sesungguhnya kemegahan adalah dicela dan sebab kepada kebinasaan. Firman Allah :
تِلۡكَ الدَّارُ الۡاٰخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِيۡنَ لَا يُرِيۡدُوۡنَ عُلُوًّا فِى الۡاَرۡضِ وَلَا فَسَادًا​ ؕ وَالۡعَاقِبَةُ لِلۡمُتَّقِيۡنَ‏. سورة القصص (83).

"Itulah negeri akhirat, Kami (Allah) jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang yang bertakwa".

Allah menerangkan dari ayat di atas bahawa negeri akhirat adalah untuk orang-orang jauh dirinya dari dua perkara iaitu dipandang tinggi oleh manusia dan suka kemegahan. Firman Allah :
من كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُون(15)
أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُو(16) سورة هود

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya..
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan".

Ayat ini adalah pelengkap bagi mereka yang suka kemegahan yang mana ianya adalah sebesar-besar kesedapan dari segala kesedapan hidup di dunia dan sebanyak-banyak perhiasan daripada segala perhiasan.

Sebenarnya kemegahan itu tidak dicela semuanya, bahkan ada juga yang dipuji
seperti seseorang yang mahu memberi nasihat kepada pemerintah a tau raja supaya tidak melakukan kezaliman, maka perlu sedikit kepada kemegahan supaya didengari pemerintah atau raja nasihatnya.

Perlu juga kita ketahui penawar atau ubat kasih kepada kemegahan iaitu ilmu dan amal. Adapun dengan ilmu, memberitahu kepadanya akan kebinasaan yang cepat didunia kerana orang yang memiliki kemegahan amat takut kemegahannya hilang. Kita perlu tahu bahawa Allah taala مقلب القلوب dan jika manusia sujud pada kemegahan nescaya tiada berkekalan kerana ia akan mati.

Adapun amal adalah melakukan pekerjaan yang boleh menggugurkan pangkat engkau pada sisi manusia. Satu kisah diceritakan seorang raja menziarahi seorang زاهد (tinggalkan kemewahan dan kemegahan dunia) dan orang yang zahid ini tahu kedangan raja tersebut dan dia cepat-cepat menghidangkan makanan. Maka orang yang zahid tadi makan dengan sangat loba (gelojoh). Orang zahid melakukan sedemikian adalah kerana ingin menghilangkan dalam hati raja yang dia bukan seorang zahid. Selepas raja melihat perkara tersebut maka raja berpalinh dan kembali ke istana. Berkatalah orang yang zahid itu :
الحمدلله الذي صرفك عنی..
"Segala puji bagi Allah taala yang memalingkan ia akandikau daripada aku".

Wallahuaklam......

Mohon maaf dan teguran diatas khilaf dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita....UMAR..

No comments: