Sunday, July 13, 2014

Qadha puasa.. 114/7/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Isnin 14 Julai 2014).

QADHA PUASA.

QADHA adalah berpuasa pada hari yang lain yang di bolehkan berpuasa (bukan pada hari yang di haramkan berpuasa) sebagai ganti puasa yang tertinggal kerana batal atau rosak.

Mengqadha puasa tidak di bolehkan pada hari yang di haramkan berpuasa seperti berpuas pada hari raya aidil fitri atau aidil adha atau berpuasa pada hari hari tasyriq (11, 12 dan 13 dzulhijjah). Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah: 185).

Mengqadha puasa tidak diwajibkan untuk di lakukan dengan segera. Tetapi diberi kelapangan pada hari yang mana sahaja yang di bolehkan padanya pu asa. Namun demikian lebih baik jika dilakukan qadha puasa tersebut dengan sesegera yang mungkin.

Membayar qadha juga tidak di wajibkan untuk dilakukan secara berturut-turut. Diriwayatkan bahawa Sayyidatina Aisyah RA pernah mengqadha puasa ramadhan pada tahun sebelumnya dilakukan pada bulan Syaaban (sebulan sebelum Ramadhan). Maka dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda dLam hadith Abdullah bin Umar:

إن شاء فرق وإن شاء تابع.

"Boleh dilakukan dengan tidak berturut-turut, dan boleh juga dilakukan dengan berturut-turut" (HR Daraqutni)

Namun jika mengundurkan qadha puasa tersebut hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya, maka ulama berbeza pendapat.

1. Menurut pendapat Mazhab Hanafi:

Jika telah masuk Ramadhan, maka wajib melakukan puasa Ramadhan tahun tersebut, kemudian barulah membayar qadha puasa yang tertinggal pada tahun sebelumnya. Tanpa wajib membayar fidyah, Meskipun menunda qadha tersebut kerana keuzuran ataupun tanpa keuzuran.

2. Menurut Pendapat Jumhur Ulama (Maliki, Syafi'i dan Hambali).

Jika melambatkan qadha puasa tersebut tanpa ada keuzuran dan alasan yang di bolehkan oleh syarak, maka wajib membayar FIDYAH (denda/tebusan) di atas kecuaian melambatkan puasa tersebut. Namun Jika mengundurkan qadha puasa tersebut kerana ada keuzuran yang di benarkan menurut Syarak, tidak perlu membayar fidyah (denda tersebut).

Itulah sedikit keterangan dan penjelasan berkaitan dengan qadha puasa Ramadhan. Untuk lebih jelasnya mungkin para asatidz dan asatidzah akan menjelaskan lebih mendalam dalam majlis tazkirah berbanding dalam tulisan tazkirah yang USM sediakan. semoga puasa kita tahun ini tidak ada qadha puasa dan bagi Muslimah yang mungkin ada qadha di sebabkan keuzuran bulanan (haid) di harap untuk membayar sesegera yang mungkin.

Ya Allah jadikanlah puasa kami dapat mengajar kami dan tentang makna kehidupan. Dan terimalah amal ibadah puasa kami pada tahun ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal A fiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

No comments: