Thursday, June 19, 2014

Tidur vs demam bola sepak dunia...20/6/14

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Jum'at 20 Jun 2014).

TIDUR VS DEMAM BOLA SEPAK DUNIA.

Masyarakat dunia sekarang tengah di landa DEMAM BOLA. Hobi masyarakat dunia terhadap BOLA cukup tinggi termasuk negara kita Malaysia, TUA & MUDA, KAYA & KISKIN, BANDAR & DESA, semuanya BOLA.. BOLA..... BOLA..?

Lebih malang lagi. Demam BOLA DUNIA punya pasal, KERJA jadi malas, dan IBADAH SHOLAT SUBUH jadi lambat bahkan TIDUR jadi berkurangan serta EMOSI kadang tak terkawal. Semuanya berpunca dari pada DEMAM BOLA DUNIA.

Dalam aktifiti tidur misalnya. Ramai masyarakat dunia khususnya di Malaysia yang kurang tidur disebabkan nak melihat pertandingan bola secara LIVE. Mereka sanggup bersengkang mata dan tak tidur malam. Semata-mata nak melihat bola.

Secara semula jadi (sunatullah), manusia dalam menjalani aktiviti kehidupan harian memerlukan rehat yang cukup. Tidur merupakan satu ni'mat yang tak ternilai harganya dalam hidup manusia. Kerana dengan tidur, manusia dapat melangsungkan aktiviti kehidupannya dengan baik. Bayangkan kalau manusia tak tidur dan sentiasa beraktiviti selama 24 jam.

Satu di antara tanda yang diberikan Allah sebelum tidur adalah dengan diberinya rasa mengantuk di waktu malam. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ َ

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). (Q.S. al-Anfaal:11).

Juga firman Allah SWT yang lain dalam al-Qur'an:

اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Q.S al- Mu'min: 61).

Semua manusia tahu bahawa tidur merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan sehari-hari. Tetapi mungkin tak ramai manusia tahu pentingnya menjaga tidur tersebut. Dalam syariat Islam, tidur banyak memiliki faedah yang akan dapat di rasai manfaatnya oleh manusia dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Diantara faedahnya tidur Adalah:

1. Tidur yang cukup akan dapat memperbaharui tenaga manusia serta dapat membentengi manusia (sebagai antibodi) dari sakit dan penyakit.

2. Tidur yang cukup akan dapat memperbaharui sel-sel tubuh dan sel-sel otak yang akan merangsang kecergasan manusia terutamanya dalam melaksanakan amalan serta ibadah kepada Allah SWT.

3. Tidur yang cukup akan dapat menajamkan panca indera manusia. Dan orang yang kurang tidur tidak dapat menggunakan panca indera dengan sempurna.

4. Tidur yang cukup dapat membantu daya ingatan dan kefahaman yang baik. Kerana ia akan memperbaharui sel otak manusia.

5. Tidur yang cukup dapat mengurangkan berat badan dan menguatkan deria rasa (selera) manusia.

6. Tidur yang cukup akan dapat menyempurnakan tumbesaran manusia terutamanya pada kanak-kanak.

7. Tidur yang cukup boleh melanjutkan usia manusia terutamanya wanita ketika ia dapat menyusu anak dan tidur bersama anak yang di susui nya.

8. Tidur yang cukup akan menjadi ubat dan penawar bagi sakit dan penyakit yang di derita oleh manusia.

9. Tidur yang cukup dapat membantu manusia menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan bijak.

10. Tidur yang cukup dapat membantu melegakan pernafasan dan kurang terkena panyakit semput.

11. Tidur yang cukup dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dalam perut.

12. Tidur yang cukup dapat menyelamatkan manusia dari pada keracunan yang menumpuk dalam badan.

13. Tidur yang cukup dapat membantu manusia menyenangkan dan menggembirakan hati dan perasaan.

14. Tidur yang cukup dapat membantu mengatasi masalah kejiwaan seperti keresahan, kegelisahan, rasa cemas, stress serta mengobat penyakit mental.

15. Tidur yang cukup dapat melegakan dan mengurangkan ketegangan urat saraf.

Oleh kerana itu wahai saudara-saudara sekalian. DEMAM BOLA SEPAK DUNIA sekarang jangan sampai mengurangkan tidur kita. Yang akan berakibat kurangnya tumpuan dalam hidup serta pekerjaan kita sehari-hari, terlebih lagi sanggup MELAMBATKAN IBADAH SHOLAT SUBUH kerana Semata-mata melihat bola.

Ya Allah jauhkanlah kami dari perbuatan yang LAGHO (sia-sia & tak berfaedah) yang dengannya kami jadi lalai mengingati Mu serta menjauhkan kami dari Mu. Jadikalah hidup kami untuk sentiasa menjaga ibadah kepada Mu untuk menjadikan kami sebagai hamba Mu yang sholeh. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin. !!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). Terima kasih.

No comments: