السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Jum'at 27 Jun 2014).
5 PERSIAPAN AKHIR MENYAMBUT TETAMU RAMADHAN.
Bersempena akan datangnya bulan suci Ramadhan, yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam di minta untuk membuat persiapan akhir dalam menyambut kedatangan tetamu istimewa penghulu segala bulan iaitu bulan suci Ramadhan.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(AL-Baqarah:185).
Dari ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa permulaan puasa itu dimulakan dengan melihat anak bulan atau Ru'yah juga dengan perhitungan hari atau Hisab. Yang pada hari ini kita melihat anak bulan tersebut.
Namun demikian yan g pentingnya adalah persiapan akhir menyambut datangnya Ramadhan tersebut untuk mendapatkan Ramadhan yng terbaik, di antara persiapan Ramadhan tersebut adalah:
1. Menanamkan perasaan hati yang gembira dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan. Kerana ianya akan memberi dorongan dan semangat dalam menjalankan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan.
2. Menanamkan keazaman yang kuat dalam menyambut bulan suci Ramadhan untuk melipat gandakan amalan dan ibadah di sepanjang bulan suci Ramadhan tersebut.
3. Memperbanyakkan doa kepada Allah agar ditambahkan lagi kekuatan dan kelapangan serta kesempatan juga keikhlasan dalam menempuhi cabaran di sepanjang menjalankan ibadah di bulan suci Ramadhan.
4. Berusaha untuk melakukan perubahan dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan. Dari bulan ADAT menjadi bulan SYARI'AT. Seperti mengurangkan perbelanjaan makan minum untuk mengelakkan pembaziran serta mengutamakan ibadah sholat lima waktu untuk berjemaah di masjid atau surau berbanding sholat tarawih yang hanya sunnah.
5. Mengulang kaji ilmu pengetahuan yang berkait dengan pelaksanaan ibadah di bulan suci Ramadhan, terutamanya ilmu yang berkait dengan hukum-hakam fiqh, adab-adab dalam berpuasa, hikmah dan tujuan berpuasa serta ilmu-ilmu yang lainnya yang berkait dengan ibadah puasa tersebut. Semuanya bertujuan untuk penambah baikkan serta kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian, sambutlah Tetamu Ramadhan yang istimewa ini dengan sambutan yang terbaik agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini dengan yang terbaik dalam pelaksanaannya mengikut apa yang di ajarkan dalam syariat Islam yang sebenar bukan mengikut pada adat kebiasaan masyarakat dalam bulan Ramadhan.
Ya Allah gembirakan hati kami untuk menyambut datangnya bulan yang mulia ini iaitu bulan dari penghulu segala bulan. Berilah kekuatan kepada kami untuk dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik. Terimalah semua amal ibadah kami pada Ramadhan tahun ini dengan Berkat Rahmat Mu ya Allah. Aaamiiin !!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FB: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment