Saturday, June 28, 2014

HIKMAH PUASA DALAM KEHIDUPAN...28/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 29Jun 2014).

HIKMAH PUASA DALAM KEHIDUPAN SIRI 1.

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga yang telah di perintahkan Allah ke atas umat Islam yang Hukumnya adalah FARDHU/WAJIB. Sebagai mana firman Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183).

Puasa yang disyariatkan ke atas umat Islam merupakan sambungan perintah puasa ke atas umat sebelum Islam, yang mana puasa merupakan amalan nabi-nabi yang terdahulu. Sejak zaman Nabi Adam, puasa sudah diwajibkan, hanya pelaksanaannya sahaja yang berbeza.

Ada dua sebab atau hikmah utama, Allah mewajibkan berpuasa kepada umat Islam Iaitu:

1. Allah hendak menguji hambanya.

Puasa merupakan ujian Allah kepada hambanya, ujian Allah tersebut untuk menunjukkan siapakah hamba-hambaNya yang benar bersabar. Kesabaran itu merupakan tanda untuk membuktikan mereka adalah orang-orang yang benar-benar cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul Nya.

2. Allah hendak menganugerahkan Rahmat kpd hambaNya.

Melalui perintah puasa, banyak hikmah yang tersirat didalamnya. Di antara hikmah tersebut adalah:

A. Dapat menghindarkan manusia dari pada melakukan perbuatan dosa dan kemungkaran sama ada dalam dirinya atau kepada orang lainnya.

Dalam puasa, jiwa seseorang di didik agar kuat menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yg akan menjerumuskan manusia ke jurang kebinasaan. Kerana hawa nafsu itulah yang sebenarny punca yang menimbulkan pelbagai jenis kejahatan dan kerosakan diri serta orang lain.

B. Puasa jug dapat memelihara manusia daripada melakukan kejahatan secara zahir ataupun batin. Seperti men jaga telinga, mulut, tangan dan panca yang lain.

Selagi seseorang tidak dapat mengelakkan anggota tubuh badannya, dari melakukan kejahatan, maka tidak akan sempurna ibadah puasa tersebut.

C. Puasa juga dapat mengelakkan bahkan mencegah manusia daripada sakit dan penyakit. Kerana pusat segala macam penyakit adalah pada perut kita iaitu alat menyimpan najis (maiddah).

Dengan berpuasa menjadikan sistem pencernaan dalam badan kita dapat berehat dengan baik. Yang ianya akan membawa kepada kebaikan kepada tubuh badan kita sendiri.

Oleh yang demikian wahai saudara sekalian. Jadikanlah puasa pada tahun ini untuk mendapatkan kebaikan serta hikmah yang terkandung di dalamnya.

Ya Allah jadikan Puasa kami untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup kami secara zahir dan batin kami. Sempurnakan kesihatan kami untuk dapat menjalankan ibadah puasa dengan semlurna. Aaamiin.!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal kebaikan kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

No comments: