Saturday, June 21, 2014

Alim & abid... 21/6/2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Sabtu, 23 S'ban 1435H)
Alim & Abid

Daripada Abi Umamah Al-Bahili berkata disebut kepada Rasulullah SAW berkenaan dua orang lelaki, salah seorangnya seorang yang Abid (ahli Ibadat), dan satu lagi seorang yang Alim (Ahli Ilmu). Bersabda baginda Rasulullah SAW; "Kelebihan orang Alim berbanding orang Abid adalah seperti kelebihanku atas manusia yang paling rendah dikalangan kamu..." Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, penduduk Langit dan Bumi hinggakan semut di atas batu dan ikan-ikan dilautan berselawat kepada sesiapa yang mengajar manusia dengan kebaikan." (HR : At-Tirmizi)

PENCERAHAN :
1) Hadis ini menjelaskan tentang perbezaan di antara alim (orang yang mempunyai ilmu) dan abid (ahli ibadah) seolah-olah seumpama perbezaan di antara Nabi Muhammad SAW dan orang yang paling rendah martabatnya di kalangan manusia. Maksudnya, orang alim lebik baik daripada orang abid.
2) Ini adalah kerana mereka yang mempunyai ilmu (alim) akan dapat memastikan setiap ibadah yang dilakukan adalah bertepatan dengan syariat Allah SWT. Di samping itu juga, mereka dapat membimbing orang lain dengan sumbangan ilmu yang diberikan kepada masyarakat.
3) Sebaliknya, ahli ibadat (abid) pula hanya dapat memberikan kelebihan kepada dirinya sendiri berbanding orang ramai. Di samping itu, ibadahnya juga ada kebarangkalian untuk tersalah atau tidak menepati rukun dan syarat-syarat sahnya.

Baginda SAW pernah bersabda bahawa terdapat seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang manusia. Dengan hidayah Allah, hatinya terbuka untuk bertaubat. apabila sang pemuda ini mencari dimanakah insan yang boleh menunjukkan jalan taubat kepada beliau. ditunjukkan kepada seorang abid. maka apabila beliau bertanya jawab si abid tiada lagi taubat untuk mu yang ada hanyalah kemarahan Allah sahaja. lantas sang pemuda itu membunuh si abid tersebut.

Timbul penyesalan atas dosa tersebut sehingga sang pemuda tersebut telah memb unuh 100 orang manusia. pencarian seorang mursyid yang boleh menunjukkan jalan diterus sehingga ditunjukkan kepada seorang alim yang bijaksana maka jawab si alim engkau pergilah ke suatu tempat kerana di situ penduduknya adalah manusia yang beriman kepada Allah sahaja.

Satu kisah lagi, pada suatu masa dahulu terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid (yang hanya beribadah tanpa ilmu). Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut. Maka, secara tidak sedar, Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Berbeza cara penyelesaian oleh Sang Alim. Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

KESIMPULAN :
Itulah perbezaan antara orang yang berilmu dan si abid. kebanyakkan ulama menafsirkan bahawa antara kelebihan orang berilmu dengan si abid adalah orang yang berilmu akan terselamat dari mara bahaya di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam - Jadi alim yang tak mahu beribadah sama lah dengan abid yang tak alim. Ukay's

No comments: