Wednesday, June 25, 2014

Rahsia allah disebalik air mata... 25/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Rabu 25 Jun 2014).

RAHSIA ALLAH DISEBALIK AIR MATA (MENANGIS). SIRI 1.

Titisan air mata atau tangisan seseorang merupakan sikap semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Sebagai bentuk ekspresi kejiwaan yang ada manusia itu sendiri. Menangis bukan bermakna seseorang itu lemah. kerana menangis tsb banyak memgandungi erti dan makna yang berbeza.

Ada orang yang menangis kerana takut, ada orang yang menangis kerana sedih, ada orang yang menangis kerana gembira atau bahagia dan ada orang menangis kerana kecewa dan lain sebagainya. Semuanya adalah bentuk ekspresi kejiwaan seseorang yang diluahkan melalui tangisan.

Rasulullah SAW adalah pribadi yang sempurna, perkasa, tahan uji serta sifat-sifat terpuji lainnya dan jauh dari sifat-sifat lemah, namun pada masa yang sama Baginda adalah pribadi yg mudah menangis dan menitis air mata.

Abu Bakar dan Umar, merupakan dua pribadi yang dekat dengan Rasulullah, keduanya adalah pribadi yang gagah dan tegas dalam melalui liku kehidupan, namun demikian beliau2 juga merupakan pribadi yang mudah mengalirkan air mata, begitu juga dengan para sholihin, para auliya serta para ulama, mereka begitu cekal dalam menghadapi cabaran dan rintangan, namun merekapun begitu mudah menitiskan air mata dalam hidup mereka.

Dalam al Quran banyak ayat-ayat yang menyebutkan keutamaan menangis atau anjuran untuk mengalirkan air mata. Salah satunya adalah firman Allah SWT:

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Oleh kerana itu mereka tertawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah At-Taubah: 82).

Ayat di atas menegaskan kepada kita untuk membanyakkan menangis dan mengurangkan tertawa dalam hidup. Namun kenyataan dalam hidup kita sekarang ini, manusia lebih suka mencari perkara yang menyebabkan tertawa dan lawak jenaka, meskipun ia nya hanya di buat-buat yang kadang kala tidak ada benda yang melucukan untuk membuatnya tertawa.

Hal ini dapat kita saksikan dengan banyaknya rancangan televisyen yang mengajak para penonton untuk tertawa terbahak-bahak. Bahkan tidak jarang pula benda yang dibuat bahan jenaka tersebut menyalahi syariat atau dilakukan dengan cara yang tidak sopan dan menyalahi akhlaq Islam.

Islam tidak melarang umatnya untuk tertawa dan lawak jenaka. Rasulullah & para sahabat pun suka dengan tertawa dan lawak jenaka, asal ianya tidak dilakukan secara berlebihan dan menepati konsep dalam ajaran Islam itu sendiri.

Banyak menangis lebih berfaedah berbanding dengan banyak tertawa.Diantara manfaat menangis dalam syariat Islam adalah:

1. Diselamatkan oleh Allah dari azab api neraka.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW besabda yang artinya: "Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah" (H.R At-Tirmizi dan An-Nasai).

2. Mendapatkan kecintaan daripada Allah SWT.

Dalam hadith riwayat Abdullah bin 'Abbas, beliau berkata bahawasanya Rasulullah bersabda: " ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga dalam jihad fii sabilillah. " (H.R At-Tirmizi).

3. Mendapatkan perlindungan Allah nanti di akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Ada 7 golongan manusia yang akan mendapatkan naungan di padang Mahsyar," salah satunya adalah, ".....seorang yang mengingati Allah di waktu malam di tengah keheningan malam dengan bersendirian, lalu kedua matanya berlinangan air mata". (HR Bukhari dan Muslim).

4. Diselamatkan dari berbagai fitnah dalam kehidupan.

Di riwayatkan dari 'Uqbah bin ' Aamir babawa Rasulullah SAW bersabda: :"Tahanlah lidahmu (sari bercakap lagho) jadikanlah rumahku adalah tenang untuk beribadah dan menangislah atas kesalahan tersebut. (HR Ahmad & Tarmiz i).

5. Mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW Bersabda dari hadith Tsauban: "Berbahagialah siapapun orang nya yang dapat menguasai lisannya, yang rumahnya lapang baginya serta dapat mengalirkan air mata menangisi kesalahan yang telah dilakukannya pada masa yang lalu". (HR Ath-Tabranii).

Oleh kerana itu wahai saudara-saudara sekalian, jadilah kita hamba yang mudah mengalirkan air mata dalam hidup ini. Ya Allah lembutkan hati dan perasaan serta jiwa kami ya Allah untuk dapat menghayati setiap ajaran Mu, serta mudahkanlah mata kami untuk menangisi dosa serta masa lalu kami. Jadikanlah tangisan kami untuk meraih RidhoMu. Aamiinn .!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan kami tetap istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU SEMUANYA MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FB: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

No comments: