-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
KITAB PENAWAR BAGI HATI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
MARAH
Marah adalah salah satu sifat yang tercela dan banyak kebinasaannya. Kerana dengan marah penyebab akan memukul, memaki, membunuh dan di dlam hati ada sifat dendam, dengki, sukacita kepada orang yang ditimpa bala dan dukacita apabila orang mendapat nikmat kerana orang yang marah tidak tahu akan l rahsia tersembunyi disebalik menjaga kemarahannya.
Di dalam agama islam, menghilangkan perasaan marah yang melampau adalah perkara yang disukai Islam seperti sabda Rasulullah "orang yang kuat bukanlah mereka yang mampu mengalahkan lelaki-lelaki yang gagah tetapi orang yang kuat adalah orang mampu mengawal kemarahannya pada waktu ia berkuasa memarahinya".
Lazimkanlah diri kita dengan dua perkara agar mampu mengawal marah iaitu :
1. Menghilangkan perasaan marah. Tetapi bukan perkara yang mudah kerana ianya sifat manusia, maka gunakanlah ia untuk memerangi kemungkaran dan orang kafir. Kawalah marah itu dengan akal yang bijak seperti memaafkan.
2. Memelihara perasaan marah itu dengan mengawal hati dengan sesuatu pekerjaan ataupun berfikir kepada sesuatu yang baik. Mengawal dengan mengingati kemarahan Allah lebih besar dari marahnya.
Sebutlah
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
kerana matah itu daripada syaitan.
Seandainya masih ada lagi rasa marah setelah menyebut doa diatas, maka hendaklah kita duduk dan jika masih rasa marah maka baring dan jika masih rasa marah hendaklah ia mengambil wudhuk. Sabda Rasulullah "sesungguhnya syaitan iti dijadikan dari api dan hanya dipadamkan api iti dengan air maka apabila marah seseorang dari kamu maka hendaklah ia mengambil air sembahyang".
Sabda Rasulullah "berjaga-jaga bahawa matah itu seperti bara api pada hati anak adam, adakah tiada kamu melihat orang yang marah merah dua matanya dan urat tengkoknya timbul. Maka mmendapati seseorang seperti itu maka hendaklah ia memukul akan betisnya agar terjatuh ke bumi". Perbuatan ini untuk meruntuh kan rasa takbur dan sebagai peringatan bahawa ia hamba yang hina disisi Allah.
Sebagai hamba Allah, hendaklah kita memelihara rasa marah kerana itulah pekerjaan yang terpuji dan firman Allah: "dan yang menahan mereka itu daripada marah"
Sabda Rasulullah "barangsiapa menahan ia kan marah dalam keadaan ia berkuasa untuk marah nescaya memenuhkan Allah akan hatinya pada hari qiamat daripada rasa aman dan iman dan mendapat redho Allah". Riwayat Abu Daud....
Jauhlah dari sikap marah,
Dekatlah dengan sikap murah hati.... jom kita memaafkan insan lain yang sama ada sengaja atau tidak sengaja membuatkan kita marah kepadanya. Jadilah hamba Allah yang terbaik...
Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas khilaf dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita....UMAR..
No comments:
Post a Comment