Friday, June 27, 2014

MARI BELAJAR BALIK FIQH PUASA... 27/6/14.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Sabtu 27 Jun 2014).

MARI BELAJAR BALIK FIQH PUASA.
Menurut erti bahasa puasa adalah menahan diri atau menguasainya. Sedangkan menurut istilah Syara', puas adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang dapat membatalkannya, bermula dari terbit fajar hongga terbenam nya matahari,beserta dengan syarat-syarat dan rukunnya.

Puasa merupakan perkara ibadah yang hukumnya fardhu
ke atas semua umat Islam. Sebagai mana di sebutkan dalam Firman Allah SWT dalam al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183).

Secara umamnya puasa terbahagi kepada dua dua bahagian, iaitu:

1. Puasa wajib: iaitu puasa bulan Ramadhan, puasa Qadha, puasa nazar serta puasa kifarah.

2. Puasa sunnat separti puasa Isnin kamis, puasa 6 di bulan syawwal, puasa hari Arafah, puasa 'Assyura, puasa hari putih iaitu puasa pada 13, 14, 15 dan lain-lain puasa sunnat yang disebigkan dalam hadith.

Dalam melaksanakan ibadah puasa, waiiblah memenuhi syarat-syarat dan rukunnya. Adapun syarat wajibnya puas iaitu.

1. Beragama Islam.
2. Beraakal sehat serta tidak gila.
3. Baligh (dewasa) biasanya berumur 15 tahun bagj laki-laki dan 9 tahun bagi Perempuan.
4. Ada kemampuan untuk melaksanakannya.
5. Menetap di suatu tempat dan tidak dalam keadaan bermusafir.

Adapun syarat sahnya puasa adalah:

1. Beragama Islam, tidak sah berpuasa bagi orang yang bukan islam.
2. Mumayyiz atau berakal ( dapat membezakan antara betul dan salah).
3. Suci daripada haid, nifas dan wiladah (melahirkan).
4. Haram berpuasa pada dua hari raya serta hari tasyrik (11, 12 dan 13 dzu l hijjah).

Adapaun golongan yang di benarkan untuk tidak berpuasa adalah:
1. Orang yang bermusafir lebid dari 2 marhalah (81 km)
2. Wanita yang tengah hamil atau yang menyusukan anak.
3. Orang yang sakit yang tidak berdaya dan kerana bimbang sakitnya akan bertambah.
4. Orang tua yang sudah lemah dan tidak mampu lagi berpuasa.

Wahai sahabat sekalian mari kita belajar balik tentang ilmu dan kefahaman kita mengenai ibadah puasa yang akan kita laksanakan pada besok hari Insya Allah. Agar puasa kita merupakan puasa orang-orang yang berilmu. Bukan puasa yang hanya ikut-ikutan.

Ya Allah terimalah puasa kami sebagai puasa orang yang beriman dan berilmu dan bukan puasa orang-orang yang jahil. Aaamm !!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FB: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

No comments: