Monday, June 9, 2014

Aku membesarkan seorang khalifah 6.

Aku membesarkan seorang khalifah 6.

1 minggu berbaki cuti sekolah anak2 kita. Apakah sudah sempurna solat 5 waktunya?
Bagaimana kerja sekolahnya? Bagaimana aktiviti harian? Apakah teratur?

Jgn sekali kali menyebut kita dah terlambat utk membuat jadual waktu utk seminggu. Cuma kita masih belum bermula lagi. Lantas bermulalah sekarang.

8.00 pg bacaan alquran 2 ms
9.00 pg hafazan surah sekurang kurang 10 ayat selama 30 min. Pastikan disemak dan dibantu hafalan.

10.00 pg solat dhuha
10.30 pg rehat

12.00 tgh hr makan tgh hr
1.00 ptg solat zohor berjemaah di surau@masjid
Baca quran 2 ms

2.00 ptg. Latihan math/english/sains.

3.00 ptg rehat
4.15 ptg asar berjemaah di surau@masjid
Baca quran 2 ms.

5.30 ptg riadhah
7.00 mlm maghrib berjemaah di surau@masjid
Baca quran n hafalan 10 ayat
Semak...
Solat isyak berjemaah.

9.30 mlm rehat
11.00 mlm tidur.

Adjustlah jadual mengikut kesesuaian dan kemampuan anak2 kita.

Masih belum terlambat.
Berpegang dgn prinsip...
Mana mungkin kita bisa mendambakan hasil yg luarbiasa dgn hanya melakukan perkara yg sama shj....

Jangan bertangguh.
Nabi pernah berpesan..

عَنْ ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمَنْكِبِي، وَقَالَ: "كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّك غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ". وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِك لِمَرَضِك، وَمِنْ حَيَاتِك لِمَوْتِك.

رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (رقم: 6416)

Kata ibnu umar. Nabi memegang bahuku seraya berkata, jadilah kamu di dunia ini seperti org asing atau pengembara. Berkata ibnu umar r.a., apabila berada pd waktu ptg, jgn menunggu waktu pagi. Apabila berada pd waktu pg jgn menunggu ptg. Rebutlah waktu sihat sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati

So ayah ibu...
Ingat!!! Kita membesarkan seorang dan beberapa orang khalifah...

Lakukan perubahan dan penambahbaikan. Semoga usaha yg sedikit memberi impak yg sgt bermakna..

Hidup mati biarlah bererti
Bakhtiar fitri hj abdul hamid

No comments: