Sunday, June 8, 2014

Pendeknya lah...7/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Sabtu. 7 S'ban 1435H)
Pendeknya lah...

Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya ;
"Umur-umur umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu". (HR : At-Tirmizi).

PENCERAHAN :
Memang benar purata panjang umur umat akhir zaman ini adalah pada lingkungan umur tersebut. Bagindapun diwafatkan oleh Allah SWT pada umur 63 tahun. Sekarang ini jarang kita dengar manusia yang berusia lebih 90 tahun. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kata : "Jarang-jarang !" Berusia 80 tahun : "Kadang-kadang !" dan umur 70 tahun : "Ramai-ramai !"

Sekalipun berjaya mencecah usia 63 tahun,tempoh itu masih dikira singkat dan sangat pendek berbanding jangka masa hidup di akhirat yang kekal abadi (infiniti).
Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia.

Bayangkan, jika kita berjaya hidup selama 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat.Sangat singkat. Ust Kay rasa, umur yang sangat singkat ini rugilah sekiranya kita tak penuhi dengan amal ibadat. Sebagai bekalan kita untuk kehidupan di akhirat. Lagi rugi kalau hanya dipenuhi dengan aturcara maksiat semata.
Allah SWT berfirman :

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَن لَّمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِّنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk." (QS. Yunus : 45)

KESIMPULAN :
Pendeknya lah...sependek CCUK hari ini. Wallahu a'lam - Biar singkat tapi sendat dan padat dengan ibadat. Ukay's.

No comments: