Saturday, June 7, 2014

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM.. 154 - 183..tammat

HuKITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

154) Makmum mengingatkan kelupaan imam dengan tasbih.

Huraian :
Jika imam terlupa dan makmum mengucap tasbih mengingatkan kelupaan imam maka hendaklah imam amalkam tasbih itu jika ia teringat bahawa ia benar-benar lupa, tetapi jika ia tidak teringat dan tidak yakin dengan peringatan yang diberikan oleh makmum maka tidak harus bagi imam mengamalkan perkataan para makmum bahkan wajiblah diatas imam mengamalkan dengan keyakinan dirinya sendiri jika berlaku kelebihan dan kekurangan dalam solat dan jangan bertakliq kepada mereka(makmum yg ucap tasbih) walaupun bilangan mereka ramai menurut pendapat yang sohih. Imam nawawi telah menyebut ada dua pendapat dalam masalah makmum yang ramai yang sampai bilangannya begitu banyak dan jelas hingga tidak munasabah mereka boleh seia sekata membuat salah. Menurut pendapat yang pertama imam jangan meruju' kepada perkataan mereka dan menurut pandapat kedua imam hendaklah meruju' kepada perkataan makmum. Ujar imam nawawi dalam alBayan kebanyakan ashabul syafie berpendapat imam jangan meruju' kepada perkataan para makmum, tetapi abu ali alTobari berpendapat imam hendaklah meruju' kepada perkataan makmum.

155) Kewajipan imam musafir yang solat qasar mengingatkan makmumnya yang bermukim.

Huraian :
Diharuskan kepada imam jika ia seorang musafir dan solat qasar berkata selepas salam kepada orang-orang yang bermukim yang menjadi makmumnya :"cukupkan solat anda kerana kami orang misafir" supaya para makmum itu tidak menyangka ia memberi salam kerana terlupa. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah selepas memberi salam kepada penduduk mekah "cukupkan solat kamu kerana kami adalah orang-orang musafir".

156) Kedudukan makmum dengan imamnya.

Huraian :
Tidak harus tempat berdiri terkedepan dari tempat berdiri imam. Jika terkedepan nescaya batallah solat menurut pendapat imam syafie di mesir (qaul jadid). Dimakruhkan berdiri sama sejajar dengan imam dan perbuatan itu me
.... Maaf keciciran masa kopipes huhuhuh....

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

157) Mengikut imam dalam kaabah.

Huraian:
Jika imam solat dalam kaabah, sedangkan makmum solat diluarnya dengan dihalangi oleh dinding kaabah, maka ikutan itu sah sama seperti berimam pada maajid-masjid yang bersambung-sambung satu sama lain. Walaupun pintu kaabah itu tertutup sedangkan makmum mengetahui gerak geri perpindahan imam di dalam kaabah itu, maka ikutannya itu sah.

158) Cara-cara berimam yang sah di dalam kaabah.

Pertama : kedua-dua makmum dan imam mengadap kesatu hala kaabah dengan syarat makmum tidak terkedepan dari imam.

Kedua : imam berhadapan muka dengan makmum dan menghadapi hala masing-masing.

Ketiga : makmum dan imam membelakangi antara satu sama lain dengan syarat makmum mengetahui gerakan perpindahan imam kerana kedua-duanya menghadapi hala yang berlainan.

159) Jarak diantara imam dan makmum.

Huraian :
Jika imam dan makmum solat dipadang, maka disyaratkan jarak diantara keduanya tidak melebihi tiga ratus hasta, satu hasta bersamaan dua jengkal dan jika barisan-barisan makmum itu bersambung-sambung, maka tidak mengapa jika makmum itu berjauhan dari barisan pertama dan dari imam walaupun lebih seribu hasta.

160) Hukum mengikut imam diatas kapal yang berasingan.

Huraian :
Jika seorang yang berada diatas sebuah kapal berimamkan seorang yang solat diatas sebuah kapal yang lain dihadapannya, sedangkan jarak diantara dua buah kapal itu tiga ratus hasta, maka ikutannya itu sah dengan syarat kedua-dua kapal itu sama sejajar. Dan jika kapal-kapal itu bersambung-sambung, maka setiap kapal dikira satu barisan atau satu saf.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

168) Memilih diantara dua imam yang sedang berjemaah.

Huraian :
Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing sedang bersolat dengan jemaahnya, keadaan makmum masing-masing semuanya sama banyak begitu juga kedua-duanya sama-sama mempunyai sifat-sifat imam yang dikehendaki kecuali seorang darinya lambat mambaca dan yang satu lagi cepat membaca. Oleh itu adakah disunatkan kepada makmum itu mengikut imam yang lambat membaca atau mengikut imam yang cepat membaca? Kata alFurani dalam kitab alIbanah "hendaklah ditilik kepada makmum itu sendiri? Jika ia seorang yang lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca dan sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang cepat membaca. "Apa yang dikatakan oleh alFurani itu adalah tepat kerana jika makmum yang lambat membaca itu mengikut imam yang cepat membaca maka sudah sudah tentu ia tidak dapat menyempurnakan bacaan dibelakang imam dan ini menjadikannya masbuk, dan diharuskan kepada imam jika ia mengetahui keadaan makmumnya lambat membaca menunggu dalam qiam sehingga makmum itu menyempurnakan bacaan Fatihahnya. Begitu juga diharuskan kepadanya memanjangkan sujud dan rukuk, jika makmum itu lambat gerak bangkitnya supaya ia sempat bersama imam.

Imam alTurmizi telah menaqalkan dalam sunan abi daud iaitu diharuskan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum dibelakangnya sempat bertasbih tiga kali. Ujar imam syafie dalam kitab al-um "pada pendapat aku eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi kesempatan kepada makmum-makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaan yang kena dibaca oleh makmum atau lebih. Begitu juga aku berpendapat eloklah bagi imam memperlahankan bacaannya, turun dan bangkit suoaya sempat diikuti oleh makmum yang tua, yang lemah dan yang berat, tetapi jika imam tidak berbuat demikian bahkan melakukann ya dengan cara yang paling ringkas maka aku makruhkan perbuatan itu".

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...
KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

169) Diharuskan kepada imam berdoa dengan lafaz jamak.

Huraian :
Ujar imam ghazali diharuskan kepada imam ketika duduk diantara dua sujud, dalam rukuk dan sujud dengan lafaz jamak seperti diharuskan pa bacaan qunut. Oleh itu hendaklah ia berkata dalam sujud :
اللهم اغفرلنا وارحمنا واهدنا وعافنا وارزقنا وادخلنا الجنة ونجنا من النار واصلح لنا شأننا كله
Dan dalam rukuk :
اللهم لك ركعنا وبك امنا ولك اسلمنا.
Bagi makmum dan orang yang bersembahyang sendirian hendaklah berdoa sengan lafaz mufrad iaitu
اللهم اغفرلى / اللهم لك سجدت
hingga akhir.

170) Jika kepala tempat berjemaah itu berputar dari qiblat.

Huraian :
Imam dan para makmum berjemaah diatas sebuah kapal, tiba-tiba kapal itu berputar dari qiblat, maka wajib diatas imam dan para makmum berpusing kehala qiblat dan jika dengan pusingan itu menyebabkan para makmum terkedepan dari imam, maka hendaklah mereka membetulkan kedudukan itu dengan mara kedepan atau berundur kebelakang sebanyak dua langkah jika dapat dibuat demikian, dan jika tidak dapat, maka wajiblah mereka bermufarakah dan segeralah mereka menampilkan salah seorang yang berada dibarisan depan itu menjadi imam mereka seperti masalah istikhlaf (mengadakan imam ganti) yang mana makmum menjadi imam dan imam menjadi makmum.

Bersambung..........

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada Ustaz Mahfuz sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

177) Hukum solat dibelakang imam berhadas.

Huraian :
Solat dibelakang imam berhadas itu sah jika makmum tidak mengetahui imam berhadas, tetapi adakah solat itu dikira solat berjemaah atau solat sendirian? Jawapannya ada dua pendapat tetapi pendapat yang asoh ia dikira sebagai solat berjemaah. Pendapat ini dikatakan oleh syeikh abu hamid dan kebanyakan ulamak, juga dinaskan oleh imam syafie didalam al-umm.

178) Hukum melihat duri didalam solat.

Huraian :
Jika imam atau makmum melihat duri terpacak dikakinya (dalam solat) dan bahagian yang lahir dari duri itu kelihatan jelas, maka wajiblah ia memberhentikan solatnya jika duri itu sudah ada semasa mngambik wudhuk lagi kerana bahagian duri yang lahir itu menghalangkan kesohihan wudyuknya, tetapi jika duri itu mengenai kakinya selepas mengambil wudhuk lalu dia membongkokan belakangnya (dalam solat) untuk mencabut duri itu, nescaya batallah solatnya jika ia membongkok hingga ketahap rukuk, kerana ia dikira berpindah dari satu rukun kesatu rukun yang lain. Ia dibolehkan mengangkatnya kakinya untuk mencabut duri itu, tetapi jika ia berbuat dengan gerakan yang banyak nescaya batallah solatnya dan jika tidak melakukan gerakan yang banyak maka solatnya tidak batal. Hukum ini telah dinyatakan oleh alBughawi didalam alFatawa. Berdasarkan fatwa ini juga ia mencabut duri dari tangannya atau yang lain anggota semasa ia duduk tasyahud atau semasa berdiri dengan melakukan gerakan yang banyak nescaya batallah solatnya. Apabila solat imam itu batal dengan sebab gerakan yang banyak itu, maka makmum tidak harus mengikutinya lagi.

179) Hukum terkena duri didalam solat.

Huraian :
Jika ia terkena duri dikakinya didalam solat dan dia tidak dapat mencabutnya melainkan dengan melakukan gerakan yang banyak, sedangkan dia merasa sulit untuk berdiri diatas kakinya dan hilang khusyuknya, maka bolehlah ia solat dengan duduk tanpa dikenakan i'adah (ulang solat) sama sepert i orang yang sakit.

180) Hukum digigit ular atau kala didalam solat.

Huraian :
Jika seseorang itu digigit ular nescaya batallah solatnya, dan jika ia digigit kala maka solatnya tidak batal. Perbezaan ini kerana racun ular itu zahir ditempat gigitnya, sedangkan racun kala walaupun ia najis tetapi ia tidak zahir ditempat gigitnya kerana ia dipancutkan kedalam daging menerusi sengatnya yang dibenamkan kedalam daging dan bahagian dalam daging tidak wajib dibasuh. Ada pon air liur ular dan basahan mulutnya itu menjadi najis apabila ia bercampur dengan racunnya oleh sebab itulah tempat gigitnya wajib dibasuh. Diantara ulamak yang mengatakan racun ular itu najis ialah abul futuh al-a'jli dalam ulasan-ulasannya diatas kitab al-wasid dan al-wajir.

181) Hukum kena anak panah dalam solat.

Huraian :
Jika seseorang yang sedang solat terkena anak panah lalu keluar darah yang menitis keatas tanah (lantai/sejadah), maka solatnya tidak batal. Syarah al-muhazab menyebut masalah seorang sahabat yang terkena anak panah didalam aolat lalu dia mencabutnya tanpa memberhentikan solatnya.

182) Hukum tertinggal qunut.

Huraian :
Apabila seseorang itu tertinggal bacaan qunut lalu turun hendak sujud tiba-tiba ia teringat bahawa dia belum lagi membaca qunut ketika ia membongkok ketahap rukuk, maka ia diharuskan kembali semula membaca qunut, juga diharuskan sujud sahwi pada akhir solat.

183) Hukum terlupa tasyahud.

Huraian :
Jika ia terlupa tasyahud awal kemudian ia teringat kembali ketika ia sedang bangun hingga ketahap rukuk, maka hendaklah ia kembali bertasyahud dan dia tidak dikenakan sujud sahwi.

TAMMAT...

Mohon maaf dan teguran seandainya berlaku
khilaf dan kesilapan.
Doakan keikhlasan & kerahmatan kepada UMAR sekeluarga dan muslimin dan muslimat...

والله اعلم...

No comments: