Aku membesarkan seorang khalifah 7
Seorang ibu mengadu masalah anaknya yg susah utk mendengar cakap dan perlu beberapa kali disuruh baru nk bergerak. Pada ana, suara seorang ibu ini mewakili suara ribuan ibu yg lain.
Ada juga yg bercakap, anak skrg dh x takut dgn org tua..
UBF jwb bukan x takut tp cara didikan kita dh x sama dgn ibu bapa kita...
Kenapa? Jom kita bincangkan...
UBF pernah menyebut antara perkara pertama utk mendidik anak2 adalah mesti kenal siapa anak kita. Sikap, tingkahlaku, pengaruh dan lain2. Bila dh kenal, barulah rangka strategic planning dan modus operandi.
Ini yg disebut oleh junjungan besar saw :
أنتم أعلم بأمور دنياكم
Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu.
Antara kesilapan ibu bapa ialah:
1. Samakan cara didik anak lelaki dan perempuan.
2. Mengambil bulat2 cara didikan org lain dan tidak disesuaikan kpd anaknya sendiri.
3. Sentiasa membezakan anak org lain baik, anak sendiri degil. Mana dtg degilnya klu x turun dr ibu bapanya... kan jawapan ada pd ibu bapa.
Drpd beberapa pembacaan dan penelitian terhadap anak2 sepanjang hampir 15 tahun dlm bidang motivasi dan latihan, terdapat beberapa ciri anak2 kita:
1. Anak yg tidak perlu disuruh berulang kali bahkan bleh melakukan sesuatu tanpa disuruh. Anak ini pastikan dibimbing agar perkara yg dilakukan menjadi rutin dan pastikan anak ini mampu pula membimbing adik beradik yg lain melakukan kebaikan. Kan mudah kerja ayah ibu.
2. Anak yg kadang2 buat kadang2 malas. Kenapa berlaku demikian? Masa yg kita peruntukkan utk lakukan kebaikan bersama2 anak ini belum cukup utk menjadikannya rutin atau amalan. Anak ini perlu kpd bimbingan berterusan dan masa yg lebih drpd ayah ibu. Mohon kpd ayah dan ibu alpa dgn anak ini. Kebanyakan ayah ibu cukup dgn 2 atau 3 kali ajar menganggap anak ini sudah boleh melakukannya sendiri. So, plz pay more attention to this children in order to build the manners and mankind. Kata pakar psikologi, ibu bapa perlu mengulangi sesuatu perkara BERSAMA2 anak ini sekurang kurangnya 15 kali utk menjadi pelaziman mind
a. Cthnya, solat berjemaah 15 hari agar setidak tidaknya bila ayah ibu tiada, anak ini bleh solat sendiri kesan jemaah selama 15 hari. Klu bleh pastikan berterusan hingga akhir hayat.
3. Anak yg sentiasa disuruh2 utk melakukan kebaikan dan sgt mudah melakukan kenakalan. Ayah ibu, sila ambil perhatian yg serius!!! Anak berumur 7-12 tahun, perkembangan kognitifnya disebut sbg operasi formal. Ertinya, mereka sgt mudah meniru, kuat ingatan, mula memilih kawan dan mula membentuk identiti. Pd UBF, mulakan anak ini dgn urutan anak 1 dan 2. Marahlah anak bila perlu. Di mana keperluannya? Apabila sengaja melakukan kesalahan berulang dan tujuan memberhentikan perangai negatif yg melampau. Ayah ibu mesti memberikan perhatian dan masa yg lebih lagi terutama dr segi melakukan amalan kebaikan yg mesti dilakukan bersama2 anak.
Buat ayah ibu, berikan masa kpd anak2 utk berubah kerana perjalanan mereka masih panjang. Izinkan mereka melakukan kesilapan kerana mereka masih memiliki masa utk membetulkan.
Sbg ayah ibu, setelah puas berusaha berdoa dan bertawakkallah kpd allah kerana di sana ada sesuatu yg allah sediakan atas usaha, doa dan tawakkal kita.
Sekurang kurangnya ayah ibu telah mencapai maksud spt mana firman Allah
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ) [Surat At-Tahrim : 6]
Ingat pesan UBF, kenali anak kita dan usaha mendidik anak setelah kenal anak kita.
Hidup mati biarlah bererti
Bakhtiar fitri hj abdul hamid
No comments:
Post a Comment