Sunday, June 8, 2014

Thiqah, Yang Disalah Ertikan..8/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Ahad. 10 S'ban 1435H)
Thiqah, Yang Disalah Ertikan..

Ramai yang masih salah faham tentang definisi thiqah ini berbanding dengan maksud yang difahami oleh Imam Hassan Al-Banna di dalam risalah dakwahnya. Ada yang menggunakan kalimah ini untuk menggambarkan perwatakan orang alim, muslimah bertudung labuh atau muslim yang berkopiah putih sambil jalan menundukkan pandangan dan tidak ketawa terbahak-bahak...

PENCERAHAN :
Ternyata thiqah itu bukan seperti yang digambarkan sebelum ini. Thiqah mengandungi maksudnya yang jauh lebih mendalam. uk. Percaya pada Allah SWT, percaya pada pertolongan Allah, percaya pada manhaj Rasulullah SAW, percaya pada qiyadah, percaya pada Jundullah dan akhirnya percaya pada diri sendiri.

Kisah kethiqahan seorang wanita merangkap seorang ibu yang sungguh tabah dan thiqah kepada Allah. Diwaktu Firaun dengan pemerintahan kuku besinya membunuh anak-anak lelaki kerana merasa terancam dengan kewujudan makhluk lelaki. Allah mengilhamkan ibunya Musa a.s untuk menghanyutkan anaknya di terusan sungai Nil. Tipulah seorang ibu tidak bimbangkan meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan walaupun sekejap cuma. Dia menghanyutkan Nabi Musa dalam sebuah kotak demi menurutkan perintah Allah. Thiqah kepada Allah menjadi rahsia yang meneguhkan pilihannya

وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ فَارِغًا إِن كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَن رَّبَطْنَا عَلَىٰ قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (QS. Al-Qasas : 10)

Subhanallah... hebatnya orang sebelum kita meletakkan thiqah yang tinggi kepada Allah SWT. Begitu juga kisah nabi Ibrahim yang hampir-hampir menyembelih anaknya nabi Ismail a.s. Tak ketinggalan kisah nabi N uh yang terus thiqah dan percaya dengan perintah Allah untuk membina bahtera dalam keadaan padang pasir yang kering-kontang seolah mustahil akan munculnya bah yang besar.uk.

Daripada Abi Abdillah Khabbab ibnu Al-Arat r.a telah berkata kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang berada di bawah bayangan kaabah : “Menangkanlah kami, doakanlah kami?” Maka baginda menjawab : “ Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua. Mereka yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dan tulangnya, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya...”

Ust Kay sangat berharap Allah menthabatkan perasaan ini hingga ke akhir hayat. Tidak mahu futur lagi seperti orang yang "yamshi mukibban ala wajhihi" (mereka yang berjalan dengan wajah tertelungkup) lagi. Mahu terus berdiri tegap seperti orang yang yang "yamshi ala sirotul mustaqim" (orang yang berjalan di jalan lurus).

Adapun thiqah itu tidak cukup hanya pada Allah. Malah perlulah kita thiqah kepada qiyadah yang memimpin manhaj tarbiyah ini. uk. Percaya dengan ijtihad mereka yang bukan dilakukan berlandaskan nafsu. Thiqah dengan keputusan syura yang di dalamnya ada barakah dalam tiap tindak-tanduk yang kita lakukan. Bukan taksub pada individu itu, tetapi thiqah dan percaya. Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan tuan-tuan guru kita itu...

KESIMPULAN :
Adalah lebih baik kita menerima seorang Jundullah yang punya beberapa kelemahan kecil daripada seorang yang tidak mahu berjuang untuk Islam, hanya pandai mengkritik dan statik. Semata-mata bimbang andai melakukan sesuatu yang akan menghilangkan thiqah orang lain terhadap dirinya. Yakini diri dan terus berjalan tanpa ragu, dalam menegakkan risalah ini. Wallahu a'lam - Wala' pada pimpinan, thiqah pada Allah. Ukay's.

No comments: