Saturday, June 21, 2014

Tanda2 insan yg bahagia... 19/6/2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Kamis 19 Jun 2014).
TANDA-TANDA INSAN YANG BAHAGIA.
Semua manusia menginginkan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia juga kehidupan di akhirat. setiap kali kita sholat lima waktu pasti doa yang akan di baca setiap kali doa akan di tutup dengan meyebut doa dalam ayat 201 surah al-Baqarah.
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Q.S. Al-Baqarah 201).
Bagaimanakah Islam mengajarkan kepada kita umatnya agar mendapatkan kebahagiaan di dunia ini. adapun cara untuk mendapatkan kebahagiaan yang di ajarkan Islam kepada kita di antaranya:
1. Dengan menjaga sholat lima waktu dengan baik termasuklah yang sunatnya.
2. Wara' ( berhati-hati). Sama ada banyak ata sedikit terhadap perkarayang haram ata perkara yang syubhat.
3. Tidak bayak bercakap melainkan pada perkara yang berfaedah.
4. Zuhud ( tidak terlalu cinta) dengan dunia dan berharap besar dengan akhirat.
5. Melazimkan zikrullah dalam hidupnya dengan membaca al-Quran atau kalimah thoyyibah.
6. Tawaddhu' dengan sedikit kelebihan diri yag di berikan Allah kepada kita. Firman Allah dalam Al Quran:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Asy-syu'ara 215).
7. Bergaul rapat dengan orang yang sholeh yang beriman. untuk dapat mengajar kita pada jalan yang benar yang di redhoi Allah.
8. Pemurah dengan sesama manusia dan tidak terlalu kedekut juga tidak terlalu boros. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْ خَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 267)
9. Bersikap lemah lembut terhadap sesama saudara Islam yang lain. Allah SWT berfirman:
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari Qmerekalah, keampunan dan pahala yang besar.
(Q.S. al-Fath 29).
10. Sentiasa mengingati mati dalam setiap keadaan. kerana orang yang bijak bukanlah orang yang pandai akalnya. Tetapi orang yang sentiasa mengingati mati dalam hidupnya. Firman Allah:
وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (al-Munafiquun 11).
wahai saudara sekalian. Jadilah kita orang-orang yang bahagia dalam hidup dengan dapat mengamalkan 10 perkara menjadi manusia yang bahagia.
Ya Allah jadikanlah kami sebagai hamba mu yang beriman dan bertakwa dan berilah kebahagiaan dalam hidup kami di dunia yang sementara ini untuk dapat merasai kebahagiaan yang haqiqi nanti di akhirat. Aamiiin !!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). Terima kasih. 

No comments: