السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Selasa 24 Jun 2014).
JADILAH INSAN YANG RIDHO.
Ridho pada hakikatnya adalah menerima segala apa yang berlaku dengan perasaan hati yang ikhlas dan lapang dada kerana hal itu merupakan ketentuan Allah SWT.
Ridho merupakan sifat yang amat mulia di sisi Allah dan lebih tinggi derajat dan kedudukannya dari sifat sabar. Dalam kesabaran, boleh jadi seseorang masih merasa bersedih dengan musibah yang menimpanya. Sedang kan Ridho, seseorang sudah tidak lagi merasa sedih dengan apa bentuk musibah yang menimpanya.
Ridho berkait dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati seseorang, seperti kehilangan orang yang dicintainya, kehilangan harta benda yang dimilikinya hilangnya pangkat jawatan dan kedudukan yang di sandangnya serta lain sebagainya.
Kesabaran berkait dengan hati dan perasaan hati seseorang sedangkan Ridho berkait dengan aqidah dan iman seseorang. Oleh kerana itu kedudukan ridho lebih tinggi daripada kedudukan sabar. Namun demikian keduanya merupakan sifat mulia yang wajib dimiliki oleh insan yang beriman dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.
Sifat ridho itu akan menjadi sebab kebahagiaan seorang mukmin di dunia dan di akhirat jika kita ikhlas menjalaninya. Kerana orang yang ridho hakikatnya masih tetap merasakan pedih dengan sesuatu musibah yang menimpanya. Tetapi mereka memiliki keyakinan yang kuat bahawa apa yang berlaku tersebut ada hikmah di sebaliknya serta yakin bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang terbaik di masa hadapan. Sama ada di dunia atau nanti di akhirat.
Agar seseorang tersebut dapat mencapai peringkat ridho, diperlukan ilmu dan kesedaran dan juga kesabaran yang tinggi dalam menghadapinya. Di antara cara untuk mencapai derajat ridho adalah:
1. Seseorang yang ridho wajib meyakinkan dirinya bahawa musibah yang menimpa dirinya merupakan ketentuan Allah SWT sebagai bentuk ujian atau kasih sayang Allah atau tujuan yang lainnya yang kita tidak tahu maksud dan tujuan Allah menimpakan hal tersebut kepada kita. Allah berfirman dalam al Quran:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
( Surah Al Mulk: 2).
2. Seseorang wajib meyakini bahawa apapun bentuk musibah yang berlaku, pasti ada hikmah Allah di sebaliknya. Allah SWT berfirman dalam al Quran:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang musuh dan pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), hanya Allah Yang Maha mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: 216).
3. Meyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah ujian dan ujian tersebut merupakan sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati dan jiwa serta akal fikiran seseorang. Akan tetapi jika seseorang tersebut ridho maka akan dinaikkan derajatnya di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Al Quran:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمئنة. ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي . وَادْخُلِي جَنَّتِي.ُ
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetaplah dengan kepercayaan dan bawaan baiknya.
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanku). Dan masuklah kedalam hamba-hamba Ku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga Ku. (Al-Fajr : 27-30).
Wahai saudaraku sekalian jadilah kita hamba Allah yang redho dengan segala apa yang berlaku pada. Kerana Mgkn apa yang berlaku terssbut ada hikmah di sebaliknya.
Ya Allah !! kami adalah hamba Mu yang lemah serta dhaif dari menerima perkara yang menyedihkan dan menyusahkan hidup kami. Namun kami sedar kekuasaan Mu diatas segala-galanya. Jadikanlah kami hamba Mu yang dapat belajar dari musibah yang sedang atau yang telah menimpa hidup kami dan jadikanlah kami sebagai hamba Mu yang ridho menerima segala ketentuan Mu. Aamiinn ya Robbal 'Aalamiin. !!!!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FB: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
Maaf lambat. USM sekarang ada di kampung. Cirebon, Bandung Indonesia.
Jumpa abang serta ahli keluarga sebelum puasa dan ziarah kubur kedua orang tua yang sudah tiada. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh kedua orang tua USM. Aamiin !!!!
No comments:
Post a Comment