Friday, June 20, 2014

Muhasabhlah diri... 21/6/14

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Sabtu 20 Jun 2014).

FITNAH MANUSIA DALAM KEHIDUPAN.

Allah menjadikan makhluk bernama manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dalam penciptaannya. Dengan diberinya rupa bentuk yang lebih baik daripada yang lain. Dan kesempurnaan penciptaan Allah kepada manusia tersebut adalah dengan diberinya akal dan fikiran serta hati sanubari.

Namun demikian kesempurnaan tersebut tidak terlepas dari ujian dan cobaan yang akan datang pada setiap manusia dalam menjalani kehidupannya. Ujian dan cobaan yang dimaksudkan adalah FITNAH.

Harta adalah fitnah, anak-anak adalah fitnah, wanita adalah fitnah, pergaulan bebas adalah fitnah, bergaul dengan orang yang jahat adalah fitnah, seruan kepada kebatilan adalah fitnah, serta banyak lagi fitnah yang berada di sekeliling kita dalam hidup.

Allah SWT memerintahkan supaya kita berhati-hati dengan fitnah yang berlaku di sekeliling kita. Dengan Firman Nya:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
(Q.S al-Anfaal: 25).

Salah satu faktor yang utama datangnya fitnah tersebut adalah godaan iblis dan syaitan yang sampai akhir dunia akan sentiasa memperdayakan manusia untuk menjadi pengikutnya. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an:

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ .إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ.َ

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".(Q.S Sad, ayat 82-83).

Menurut pendap at Ibnu Qayyim dalam kitab al-Bada'i al-Fawaid, beliau menyebutkan bahawa: "sesungguhnya syaitan akan sentiasa mengajak manusia menjadi pengikutnya dengan 7 perkara.

Mereka tidak akan melangkah pada perkara yang berikutnya selama perkara yang pertama belum berhasil:

1. Iblis dan syaitan akan sentiasa mengajak manusia pada jalan syirik dan kekufuran. Jika mereka sudah berjaya pada jalan ini, maka mereka sudah berjaya menyesatkan manusia.

2. Jika tidak berhasil, maka iblis dan syaitan akan mengajak manusia pada perbuatan bid'ah. Sehinggakan manusia akan menganggap bidaah itu indah di mata manusia.

3. Jika tidak berhasil, maka iblis dan syaitan akan menjerumuskan manusia bdengan melakukan dosa-dosa besar.

4. Jika tidak berhasil maka iblis dan syaitan akan menjerumuskan manusia untuk melakukan dosa-dosa kecil.

5. Jika tidak berhasil, maka iblis dan syaitan akan menyibukkan manusia pada perkara-perkara dunia sehinggakan lupa untuk melakukan Ibadah kepada Allah.

6. Jika tidak berhasil juga, maka iblis dan syaitan akan menyibukkan manusia dengan perkara-perkara yang tidak penting dengan meninggalkan perkara-perkara yang lebih penting. Seperti melihat BOLA sampaikan lambat SUBUH.

7. Jika tidak berhasil juga, maka iblis dan syaitan akan menggunakan tipu daya yang terakhir nya dengan jalan mengerahkan bala tenteranya dari jenis MANUSIA untuk menyerang dan menghalang orang-orang beriman yang berpegang teguh kepada agama yang sebenar dengan melakukan kezaliman dan tuduhan-tuduhan serta pelbagai perkara negatif yang lainnya.

Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian. Berhati-hati lah dengan fitnah dalam kehidupan yang memang sudah ada di sekeliling kita. Dengan mempertingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah. Mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita semua dari godaan iblis dan syaitan serta memberi kekuatan kepada kita semua untuk dapat melawan godaan tersebut dengan kekuatan iman dan taqwa tersebut sehinggakan kita menjadi hamba Nya yang selamat di dunia dan di akhirat. Aamiinn. ????????

Wallahu a'lam.
Doa kan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). Terima kasih.

No comments: