Monday, June 23, 2014

Sama tapi berbeza.... 23/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Isnin, 25 S'ban 1435H)
Sama Tapi Berbeza

Cuba perhatikan dua potongan ayat Al-Quran di bawah, apa yang sama? Dan apa yang berbeza? Kalau sama kenapa dibezakan?

(1)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(QS Al-Baqarah : 183)

(2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(QS Al-Baqarah : 178)

PENCERAHAN :
Sumber dari surah yang sama, Al-Baqarah. Sama-sama ayat Al-Quran, sama-sama wahyu Allah, sama-sama datangnya dari firman Allah SWT. Sama-sama turun kepada orang yang sama iaitu kepada Baginda Rasulullah SAW tetapi kenapa dapat layanan yang berbeza? Ayat yang pertama di atas berkaitan perintah Allah tentang kewajiban berpuasa kepada semua orang yan g beriman. Alhamdulillah...semua akur dan tiada yang membantah !

Manakala ayat yang kedua ialah perintah Allah tentang kewajiban menjalankan hukuman Qisas, hukuman ciptaan Allah SWT untuk kebaikan dan maslahah manusia juga.
Samalah ayat dan perintah kewajiban melaksanakan solat dan perintah kewajiban untuk melaksanakan hukuman hudud. Apa bezanya?

Sama dan berbeza atau sama tapi dibeza pada beberapa juga perkara-perkara lain, antaranya ialah;
1. Sama-sama negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, tetapi kalau negeri itu ditadbir oleh pihak yang tidak sealiran dengan persekutuan akan mendapat layanan yang berbeza. Bahkan dimusuhi seolah-olah ia bukan sebahagian dari Malaysia.
2. Penceramah menyampaikan isi yang sama, malah dengan cara yang lebih menarik tetapi oleh kerana 'tiada nama', biasa-biasa sahaja. Oleh kerana tiada membawa pangkal nama PU Sipolan, IM Sipolan atau sebagainya, walaupun datang dari jauh maka saguhati ceramahnya ialah mengharapkan 'keikhlasan' penceramahnya sahaja, kerana Allah, kerana dakwah dan apa-apa lagi alasan yang muluk-muluk !
3. Tambahkan senarai ini lagi...bincangkan ! Banyak lagi sebenarnya, seperti layanan yang berbeza walaupun keluar dari rahim yang sama. Hanya kerana dia OKU disisihkan begitu sekali seperti apa yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

KESIMPULAN :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhukum kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah (SAW), nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." (QS An-Nisa : 61)
Wallahu a'lam - Doakan Istiqamah ! Ukay's.

No comments: