Wednesday, June 25, 2014

AHLAN WA SAHLAN YA RAMDHAN... 26/6/14

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Kamis 26 Jun 2014).

AHLAN WA SAHLAN YA RAMDHAN.

Ramdhan adalah bulan yang mulia yang dinantikan oleh setiap orang Islam, kerana banyaknya kebaikan dan keberkatan yang ada di dalamnya. Yang tidak ada pada bulan yang lainnya.

Oleh kerana itu, sempena kedatangan Penghulu segala bulan pda tahun ini yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi kedatangannya, digesa untuk membuat persiapan tersebut.

Di antara persiapan yag paling penting dan paling utama adalah persiapan hati kita serta mental dalaman kita. Agar Ramdhan yang akan datang ini kita sambut dengan perasaan hati yang gembira. Agar kita bersemangat untuk melakukan semua aktiviti yang positip di sepanjang bulan Ramdhan pada tahun ini.

Di samping itu juga ada 3 modal yang utama dalam melaksanakan ibadah puasa yang perlu dipersiapkan dalam puasa pda tahun ini. iaitu:

1. Modal KESEHATAN jasmani dan tubuh badan kita.
Kerana puasa itu merupakan ibadah yang memerlukan kekuatan tubuh badan. Justeru itu jagalah kesihatan kita sebelum dan ketika kita menjlankan ibadah puasa tersebut.

2. Modal KEIMANAN yang kuat.
Panggilan puasa adalah panggilan keimanan. Allah SWT berfirman dalam al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183).

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa ibadah puasa adalah ibadah yng pelaksanaannya memerlukan kekuatan iman kita. Kerana banyak orang yang Sehat badannya tetapi tidak mampu melaksanakan ibadah tersebut sebab keimanan mereka begitu lemah

3. Modal ILMU PENGETAHUAN yang mendalam.
Ilmu merupakan modal penyempurna dari dua modal di atas. Kerana meskipun bada n kita sihat fan iman kita kuat. Kalau puasa tak pakai ilmu, maka ibadah puasa hanya menjadi ibadah ADAT. maka akhirnya selepas puasa akan kembali sama seperti semula.

Justeru itu wahai saudara-saudara sekalian. Berusahalah menambahkan ilmu pengetahuan agama kita dalam ibadah Ramadan tahun ini agar kefahaman kita dalam melaksanakan ibadah puasa ada perubahan dari segi kualiti ibadah. Bukan puasa yang hanya ikut pada ADAT tetapi puasa yang ikut SYARI'AT.

Kerana masih banyak umat Islam beranggapan bahawa Ramadan adalah BULAN IBADAH, maka akhirnya rajin umat islam sekarang ini hanya pada bulan Ramdhan sahaja. Akan Tetapi anggapan yang betul adalah Ramdhan bulan untuk BERMULA RAJIN IBADAH. Insya-Allah meskipun sudah habis bulan Ramadhan, kita masih lagi tetap rajin untuk beribadah.

Ya Allah jadikan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan tahun lau serta jadikan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dan anggaplah Ramadhan tahun ini seolah-olah Ramdhan yang terakhir bagi kami.

Ya Allah sehatkanlah tubuh badan kami serta kuatkanlah iman dan aqidah kami dalam menjalani ibadah puasa pada Ramadhan kali ini. Kami hamba Mu yang lemah yang berharap segalanya hanya kepada Mu. Jadikanlah puasa kami untuk beroleh Taqwa di sisi Mu. Aaamiiiin !!!!!!!

Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FB: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

No comments: