السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Isnin 11 Ogos 2014).
SIKAP ORANG-ORANG MUNAFIQ.
Kehidupan manusia di akhir zaman seperti sekarang ini penuh dengan permainan sandiwara dan kepura-puraan. Dalam Islam sifat yang demikian di namakan dengan MUNAFIQ.
Menurut erti bahasa MUNAFIQ adalah menyembunyikan sesuatu. Sedang menurut istilah, MUNAFIQ adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dengan menyatakan keimanan. Atau dalam bahasa yang lain MUNAFIQ adalah menyatakan iman dengan lisannya dan kafir pada hatinya (berpura-pura). Oleh kerana itu Sikap Orang munafiq dalam kehidupan adalah:
1. Orang Munafik adalah orang yang berpenyakit hati.
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Qs. Al-Baqarah:10).
2. Orang Munafiq adalah Pembohong.
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Qs al-Munafiqun:1).
3. Orang Munafiq adalah musuh orang yang beriman.
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Dan apabila engkau meli hat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran). (QS al-Munafiqun:4).
4. Allah memerintahkan Nabi dan Orang-orang beriman untuk melawan dan memerangi orang-orang Munafiq.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(Qs at-Taubah: 73).
Oleh kerana itu wahai saudara sekalian, berhati - hati dengan kemunafikan serta orang-orang munafiq dalam hidup. Mereka ada di sekeliling kita. Yang kadang kita tak perasaan kerana munafiq ini merupakan musuh yang tak nampak secara terbuka dan terang-terangan.
Ya Allah jauhkan kami dari sifat kemunafikan serta hindarkan dalam hidup kami dari golongan orang munafiq. Tunjukkan kepada mereka Jalan yang lurus dengan berkat hidayah Mu. Aamiinn !!!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
No comments:
Post a Comment