Thursday, August 7, 2014

Boikot

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Rabu, 10 Syawal 1435H)
BOIKOT... BOIKOT... BOIKOT !

Ust Kay telah dihujani dengan pertanyaan tentang hukum boikot (barangan) Amerika dan Yahudi terutamanya. Apakah tuntutan dan adakah kewajarannya ? Sebab ada yang berhujjah; "Boikot (barangan) mereka (Yahudi dan Amerika) tidak dibenarkan di dalam Syara’, kerana Rasul SAW sendiri bermuamalah dan tidak memboikot (barangan) Yahudi yang berada di Madinah". Apakah ini benar?

PENCERAHAN :
YA !, Nabi SAW tidak memboikot Yahudi di peringkat awal dakwah kerana mereka orang-orang yang diberi perdamaian, disebabkan tidak terbukti mereka memiliki hasrat memerangi Islam dan kaum muslimin. Apabila Nabi SAW mengetahui hasrat mereka (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian, Nabi berdiam diri?

TIDAK !Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka. Malah baginda juga telah (mensabotaj) menebang pokok-pokok kurma yang ada di perkampungan mereka. Pemulauan Nabi SAW terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim meriwayatkan kisah ini dalam kitab sahihnya.

Baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan serangan ekonomi. Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran;

مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِين

“Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.” (QS al-Hasyr: 5)

Demikinlah juga yang telah dilakukan oleh Nabi SAW terhadap Yahudi Bani Quraizhah, apabila baginda mengetahui pengkhianatan dan bantuan mereka (kepada tentera kuffar) dalam peperangan Al-Ahzab. Baginda memulau mereka sehinggalah mereka dik enakan dengan hukuman Allah, tentera mereka dibunuh, perempuan dan anak-anak mereka ditawan.

Selain itu, membandingkan keadaan Yahudi dan syarikat-syarikat mereka pada hari ini dengan Yahudi Madinah yang sedikit jika dinisbahkan dengan umat Islam Madinah, dan mereka tidak mengistiharkan peperangan adalah Qiyas yang fasad. Ini kerana Yahudi hari ini, sentiasa melancarkan peperangan ke atas umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Mereka telah menyokong dengan harta, senjata dan kepakaran. Kalaulah bukan dengan sokongan mereka yang berterusan, Zionis tidak mampu untuk menduduki Palestin, ini kerana Yahudi adalah makhluk yang paling pengecut seperti yang diceritakan Allah dalam Al-Quran;

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau dari balik tembok...” (QS al-Hasyr: 14)

Maka apabila umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad dengan senjata untuk menentang mereka disebabkan perbezaan pendapat pemimpin umat Islam, dan kelemahan mereka untuk mengisytiharkan jihad, malah sebahagian mereka pula ada hubungan dengan negara kuffar, maka sekurang-kurangnya boikot ekonomi berupa serangan juga kepada mereka.

Jangan pula kita hanya boikot barangan mereka, tetapi tidak pula boikot rokok, fesyen, filem dan cara hidup mereka. Benarlah firman Allah;

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُم

“Dan orang-orang Yahudi dan Kristian sama sekali tidak ada redha terhadap mu, sehinggalah kamu mengikut agama / cara hidup mereka.” (QS al-Baqarah: 120)

KESIMPULAN :
Ya Allah jatuhkan balasan yang keras terhadap mereka dan hancurkanlah kekuatan mereka. Kami juga memohon kepada Mu Ya Allah untuk memberikan taufik kepada para ulama' agar mereka berani menyatakan kebenaran tanpa bimbangkan celaan musuh-musuh Mu. Wallahu a'lam - Aamiin Ya Rabb! Ukay's.

No comments: